Saturday, March 31, 2012

KELANA PUTERA DUNGUN: RENUNGAN AL-QURAN 67

KELANA PUTERA DUNGUN: RENUNGAN AL-QURAN 67: BISIKAN SYAITAN KEPADA ADAM DAN HAWA (18)Allah berfirman: “Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir....

RENUNGAN AL-QURAN 67

BISIKAN SYAITAN KEPADA ADAM DAN HAWA

(18)Allah berfirman: “Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka semuanya);

(19)“Dan wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim”.

(20) Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: “Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga”.

(21) Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): “Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua”.

(22) Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: “Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?”

(23) Mereka berdua merayu: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”. (Surah Al-A’raaf: 18-23)

17. Then I will come to them from before them and behind them, from their right and from their left, and You will not find most of them as thankful ones (i.e. they will not be dutiful to You)."
18. (Allah) said (to Iblis) "Get out from this (Paradise) disgraced and expelled. Whoever of them (mankind) will follow you, then surely I will fill Hell with you all."
19. "And O Adam! Dwell you and your wife in Paradise, and eat thereof as you both wish, but approach not this tree otherwise you both will be of the Zalimun (unjust and wrong-doers)."
20. Then Shaitan (Satan) whispered suggestions to them both in order to uncover that which was hidden from them of their private parts (before); he said: "Your Lord did not forbid you this tree save you should become angels or become of the immortals."
21. And he [Shaitan (Satan)] swore by Allah to them both (saying): "Verily, I am one of the sincere well-wishers for you both."
22. So he misled them with deception. Then when they tasted of the tree, that which was hidden from them of their shame (private parts) became manifest to them and they began to stick together the leaves of Paradise over themselves (in order to cover their shame). And their Lord called out to them (saying): "Did I not forbid you that tree and tell you: Verily, Shaitan (Satan) is an open enemy unto you?"
23. They said: "Our Lord! We have wronged ourselves. If You forgive us not, and bestow not upon us Your Mercy, we shall certainly be of the losers."
Renungan
Ayat-ayat 18 hingga 23 Surah Al-A’raaf di atas menceritakan hal Iblis yang telah Allah usir dari syurga, perintah Allah kepada Adam dan Hawa semasa hidup bersama di dalam Syurga, Syaitan yang telah mengambil kesempatan dengan memberi bisikan dan berjaya memperdayakan Adam dan Hawa sehingga melanggar perintah Allah dan permohonan Adam dan Hawa untuk mendapatkan keampunan dan rahmat Allah swt.
Sekian, Was’salaam!

KELANA PUTERA DUNGUN: RENUNGAN AL-QURAN 64 - SURAH AL-LAIL

KELANA PUTERA DUNGUN: RENUNGAN AL-QURAN 64 - SURAH AL-LAIL: Surah Al-Lail Dengarkan Surah Al-Lail Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1) Demi malam apabila ia menyelubungi s...

RENUNGAN ALQURAN 66


IBLIS DAN SYAITAN MEMUSUHI BANI ADAM

(11) Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam"; maka merekapun bersujud kecuali Iblis. Dan dia tidak termasuk mereka yang bersujud".   
`
(12) Allah berfirman: "Apakah yang menghalangmu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab Iblis; "Aku lebih baik daripadanya : Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku dari api seddang dia Engkau jadikan dari  tanah".

(13) Allah berfirman: "Turunlah engkau dari syurga itu; kerana  tidak sepatutnya engkau  menyombongkan diri di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau termasuk orang-orang yang hina"
.
(14) Iblis menjawab: "Beri tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".

(15) Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan mereka yang diberi tempoh".

(16) Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) telah menghukum daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalang-halangi mereka dari menjalani) jalan Engkau yang lurus".

(17) "Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka, dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta diri kiri mereka, dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". (Surah Al-A'raaf: 11-17)

11. And surely, We created you (your father Adam) and then gave you shape (the noble shape of a human being), then We told the angels, "Prostrate to Adam", and they prostrated, except Iblis (Satan), he refused to be of those who prostrate.
12. (Allah) said: "What prevented you (O Iblis) that you did not prostrate, when I commanded you?" Iblis said: "I am better than him (Adam), You created me from fire, and him You created from clay."
13. (Allah) said: "(O Iblis) get down from this (Paradise), it is not for you to be arrogant here. Get out, for you are of those humiliated and disgraced."
14. (Iblis) said: "Allow me respite till the Day they are raised up (i.e. the Day of Resurrection)."
15. (Allah) said: "You are of those allowed respite."
16. (Iblis) said: "Because You have sent me astray, surely I will sit in wait against them (human beings) on Your Straight Path.
17. Then I will come to them from before them and behind them, from their right and from their left, and You will not find most of them as thankful ones (i.e. they will not be dutiful to You)."

Renungan

Semua ayat di atas menerangkan satu peristiwa penting yang telah berlaku bila Allah SWT. menciptakan Nabi Adam a.s. dan tidak tanduk Iblis yang begitu angkuh, hina dan kemudiannya di usir oleh Allah. Permusuhan Iblis terhadap umat manusia bermula sebaik sahaja Allah swt. menciptakan Adam a.s. Allah telah memerintahkan malaikat-malaikat dan Iblis sujud (memberi hormat) kepada Nabi Adam dan Iblis dengan angkuhnya mengingkari perintah ini dengan mendakwa dirinya yang dicipta daripada api itu adalah lebih baik daripada Adam yang Allah ciptakan daripada tanah.

Kesombongannya menyebabkan Allah murka dan memberikan hukuman kepada Iblis iaitu memasukkannya ke dalam golongan orang-orang yang hina dan Allah mengusirnya keluar dari syurga. Lantaran itu Iblis memohon izin kepada Allah hinggalah ke hari kiamat dan Allah telah memberi tempoh kepadanya. Iblis bersumpah untuk menghalang manusia daripada mengikuti jalan Allah yang lurus, iaitu jalan agama Allah yang sebenar-benarnya. Iblis juga menyatakan untuk mendatangi manusia dari semua arah iaitu dari hadapan, belakang, kiri dan kanan. Tujuan iblis ialah untuk memesongkan dan menyesatkan umat manusia (Bani Adam) daripada mengikuti jalan Allah yang lurus.
Sekian, Was’salaam!

Friday, March 30, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 65 - AYATUL KURSI

AYATUL KURSI (The Throne Verse)

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah:255)

255. Allah! La ilaha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursi extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great. [This Verse 2:255 is called Ayat-ul-Kursi.]

Renungan

Ayatul Kursi (Ayat 255 Surah Al-Baqarah). Di ceritakan bahawa turunnya ayat ini pada malam hari, sewaktu turun bersama 40,000 Malaikat, memperlihatkan kemuliaannya. Ayat ini juga dikenali dengan 93 nama dan di antaranya ialah Ayatul Kursi, A’zhamul ayaat, ayatul-fat-hi, ayatul muqaddasah, Ayatu’ttauhid, ayatul mustaghissin, ayatunnafi’ah, ayatul hafizhah dan lain-lain.

Marilah sama-sama kita mempelajari, memahami dan meneliti maksud setiap patah perkataan yang terkandung dalam Ayatul Kursi ini. Secara ringkasnya ayat ini menceritakan kekuasaan dan kemuliaan Allah swt. sebagai Tuhan yang berhak disembah, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal Selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhluk dengan sifat-sifatnya.Yang memiliki alam semesta, yang menjaga dan memelihara langit dan bumi.  Dia adalah Tuhan Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar. Semuanya ini boleh kita teliti daripada tafsir dan kupasan yang banyak dinyatakan oleh para ulamak tafsir dan tauhid mengenai Ayatul Kursi ini.

Ayatul Kursi ini mempunyai banyak kelebihan, kemuliaan dan keistimewaannya. Nabi saw. bersabda dengan maksudnya: “Tidaklah dibaca ayat (Ayatul Kursi) ini dalam satu rumah, melainkan pindah syaitan selama 30 hari, dan tidak masuk tukang sihir pemuda dan wanita selama 40 hari” “Yaa Ali, ajarkan ia kepada anakmu dan keluargamu dan jiranmu. Tidaklah diturunkan ayat yang lebih agung dan mulia daripadanya”.

Dengan itu adalah amat bermanfaat dan beruntung jika kita semua dapat menjadikan Ayatul Kursi ini sebagai amalan harian dengan sekurang-kurang membacanya sekali dalam tempoh sehari semalam dan yang lebih baik lagi ialah tiap-tiap kali selepas solat fardhu.

Seterusnya dikabarkan dan dinyatakan bahawa sesiapa yang mengamalkan Ayatul Kursi mengiringi tiap-tiap solat fardhu, Allah swt. akan mengampunkan dosanya dan dihapuskan daripadanya tiap-tiap kejahatannya. Seseorang itu juga akan terpelihara daripada tiap-tiap kejahatan syaitan, jin, manusia dan binatang buas sekiranya ia membaca ayat ini sekali ketika hendak tidur.

Nabi saw. pernah berpesan kepada Saidina Ali r.a. katanya: “Apabila berkehendak engkau akan sesuatu hajat, maka bacalah Ayatul Kursi, kemudian langkahkanlah dengan kaki kanan, mudah-mudahan apa-apa dihajatkan itu diperkenankan Allah”.

Semoga kita dapat mengambil pelajaran dan peringatan daripada ayat yang mulia ini serta memanfaatkanya.

Sekian, Was’salaam!


KELANA PUTERA DUNGUN: PASANGAN MANUSIA MULA PERTAMA

KELANA PUTERA DUNGUN: PASANGAN MANUSIA MULA PERTAMA: ADAM DAN HAWA DI DALAM SYURGA Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi A...

PASANGAN MANUSIA MULA PERTAMA

ADAM DAN HAWA DI DALAM SYURGA

Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan? (Al-Baqarah:33)

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. (Al-Baqarah: 34)

Dan kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim”. (Al-Baqarah: 35)


ADAM AND HAWWA IN PARADISE

33. He said: "O Adam! Inform them of their names," and when he had informed them of their names, He said: "Did I not tell you that I know the Ghaib (unseen) in the heavens and the earth, and I know what you reveal and what you have been concealing?"

34. And (remember) when We said to the angels: "Prostrate yourselves before Adam.". And they prostrated except Iblis (Satan), he refused and was proud and was one of the disbelievers (disobedient to Allah).

35. And We said: "O Adam! Dwell you and your wife in the Paradise and eat both of you freely with pleasure and delight of things therein as wherever you will, but come not near this tree or you both will be of the Zalimun (wrong-doers)."

Thanks, Was’salam!


GETARAN JIWA - MAWAR PUTIH



MAWAR PUTIH

Mawar putih mahkota kasih
Selembut sutera setulus air mata
Mutiara kasih anak - ayah bonda
Belaian mesra  permata jiwa
Tanpa batas ruang masa
Apakah untuk selamanya?

Mawar putih anugerah Ilahi        
Berkorban nyawa bertarunglah jiwa
Melahirkan dan membesarkan
Bersama kemelut derita dan bahagia
Kasih sejati ditagih jua
Sampai bila dan bagaimana?

Mawar putih mekar suci murni
Seharum kasturi meniti masa
Ayah bonda dimamah usia
Jiwa raga kian pudar
Semakin pilu bertambah lesu
Menunggu saat penghujung nyawa

Sebuah harapan bernama memori
Tak mungkin padam di dalam hati
Pada yang kasih dan tersayang
Mawar putih seindah mimpi harapan
Setinggi gunung mencecah janji
Dekat di mata jauh di hati

Lupa diri menjadi durhaka
Tiada lagi dakapan kasih mesra
Di taman hati sudah buta dan beku
Mawar putih hilang entah ke mana
Anak berkelana cari ayah bonda dan...
di manakah jalan lurus ke pintu Firdausi?


Kelana Putra
Selasa 25 Februari 2011
20 Safar 1432, Sura, Dungun.






Perkasa Minda Hati Budi - 2

PENCIPTAAN MANUSIA –  ADAM A.S.

Allah Taala berfirman dengan maksudnya:

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfrman kepada Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmah ketetapan hikmah Tuhan itu dengan berkata: “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak ketahui”. (Al-Baqarah: 30)

30. And (remember) when your Lord said to the angels: "Verily, I am going to place (mankind) generations after generations on earth." They said: "Will You place therein those who will make mischief therein and shed blood, - while we glorify You with praises and thanks (Exalted be You above all that they associate with You as partners) and sanctify You." He (Allah) said: "I know that which you do not know."

Renungan

Adam a.s. adalah manusia pertama ciptaan Allah SWT dan tinggal bersama isterinya Hawa di dalam surga. Kemudian berlaku peristiwa di mana Allah memerintahkan Adam bersama Hawa beserta dengan Iblis untuk terus menjalani kehidupan di alam dunia. Mulai saat itulah Nabi Adam a.s. dan Hawa memulakan kehidupan di dunia dan di teruskan oleh umat manusia (Bani Adam) menjalani kehidupan dunia hinggalah ke suatu masa yang Allah tetapkan iaitu bila tibanya hari Kiamat. Manakala Iblis dengan anak cucunya telah diberi izin oleh Allah untuk menyesatkan manusia hingga hari kiamat, kecuali orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, jalan agama, jalan Islam, jalan yang Allah tunjuki dengan kitab-kitabNya (Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran) menerusi Rasul-rasul utusanNya.
Melalui Rasul-rasulNya Allah memberi peringatan, amaran dan petunjukNya sebagaimana yang terkandung dalam Al-Kitab  agar  semua manusia dan jin menyembah dan beribadat kepadaNya.
Sekian, Was'salaam!




Monday, March 26, 2012

KISAH PARA NABI-NABI YUSUF

Semasa Nabi Yaakub a.s. mengunjungi anaknya, Nabi Yusuf a.s. di Mesir, beliau memilih untuk tinggal bersamanya. Nabi Yaakub a.s. tinggal bersama Nabi Yusuf a.s. selama lebih kurang 19 tahun. Ketika hampir sampai ajalnya, beliau berwasiat kepada Nabi Yusuf a.s. supaya membawa jenazahnya ke Syria dan mengebumikannya di sebelah bapanya Nabi Ishak a.s. Maka Nabi Yusuf a.s. menunaikan wasiat bapanya itu.

Semenjak itulah Nabi Yusuf semakin sedar yang kehidupan dunia itu tidak kekal. Oleh sebab itu, beliau MERINDUKAN SYURGA. Maka beliau akhirnya berangan-angan untuk meninggal dunia. Ibu Abbas berkara: "Belum ada seorang Nabipun sebelum beliau pernah berangan-angan untuk meninggal dunia".

Nabi Yusuf berkata:  (yang maksudnya):
"Wahai Tuhanku! sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan dan mengajarku sebahagian dari ilmu tadbir mimpi. Wahai Tuhan Pencipta langit dan bumi, Engkaulah Pelindungku dunia dan akhirat; matikanlah aku dalam Islam, dan temukanlah aku dengan orang yang soleh". (Yusof: 101)

Sunday, March 25, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 64 - SURAH AL-LAIL

Surah Al-Lail
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(1) Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya),
(2) Dan siang apabila ia lahir terang-benderang;
(3) Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); -
(4) Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya.
(5) Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), -
(6) Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik,
(7) Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga)
(8) Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, -
(9) Serta ia mendustakan perkara yang baik,
(10) Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;
(11) Dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (ke dalam azab seksa hari akhirat)?
(12) Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah).
(13) Dan sesungguhnya Kamilah yang menguasai hari akhirat dan alam dunia.
(14) Maka (serentak dengan memberi hidayah petunjuk) Aku juga telah memberi amaran mengingatkan kamu akan api neraka yang marak menjulang,
(15) Yang tidak akan menderita bakarannya melainkan orang yang sungguh celaka, -
(16) Yang telah mendustakan (kebenaran) dan berpaling ingkar
(17) Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, 
(18) Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya,
(19) Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,
(20) Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;
(21)Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya). 

Dalam surah ini terkandung firman-rirman Allah Taala mengenai orang-orang yang celaka dengan menerima azab seksa neraka dan orang-orang yang bertaqwa yang dibalas dengan kesenangan syurga. Ringkasnya ada sekurang-kurangnya lima perkara utama yang perlu dipelajari dan difahami sebagai peringatan dan petunjuk Allah kepada manusia iaitu: 

(a) Penciptaan Allah mengenai malam yang gelap gelita dan siang yang terang benderang, serta penciptaan makhluknya berpasangan lelaki perempuan (jantan betina).

(b) Allah memberikan kesenangan iaitu balasan syurga kepada orang-orang yang berbuat kebajikan, bertaqwa dan mengakui dan meyakini perkara-perkara baik yang dilakukan.

(c) Allah sebaliknya membalas dengan kesusahan dan kesengsaaran (iaitu azab seksa neraka) kepada orang-orang yang bakhil (kedekut untuk berbuat kebajikan dengan hartanya), merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahan dunia yang mereka nikmati serta mendustakan perkara-perkara yang baik. Sebenarnya harta yang mereka miliki itu tidak akan dapat sedikitpun menolong diri mereka pada hari akhirat kelak.

(d) Allah jualah yang  oleh memberi hidayah petunjuk (mengenai segala yang benar dan yang salah) dan demi sesungguhnya Allah jua yang dengan serentak memberi hidayah petunjuk dan memberi amaran mengingatkan mengenai api neraka yang marak menjulang. 

(e) Orang-orang yang telah mendustakan dan berpaling engkar adalah orang-orang yang celaka dan menderita di bakar dalam neraka.

(f) Orang-orang yang sungguh berkaqwa iaitu yang mendermakan hartanya dengan tujuan untuk membersihkan dirinya dan hartanya serta mengharapkan keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi tetap akan berpuas hati pada hari akhirat kerana mendapat segala apa yang mereka diharapkan, iaitu balasan syurga.

Sekian, Was'salam!

Thursday, March 22, 2012

TITISAN TINTA 16 (2012) HAMBA YANG ARIF

TANDA-TANDA HAMBA YANG ARIF
Dari Usman r.a

“Tanda-tanda HAMBA YANG ARIF itu ada lapan perkara iaitu “HATInya sentiasa berasa TAKUT. HARAPAN (iaitu takut kepada ancaman Allah dan HARAPAN kepada balasan baik yang telah dijanjikanNya). LIDAHnya sentiasa bersama ucapan SYUKUR dan PUJIAN terhadap Allah. Kedua MATAnya selalu bersama rasa MALU dan TANGIS. KEMAHUANnya sentiasa bersama kepuasannya untuk  MENINGGALKAN dan mencari KERIDHAAN (iaitu meninggalkan dunia dan mencari keridhaan Tuhannya)”

PERIHAL SOLAT 10 - KESEMPURNAAN SOLAT 4


MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

MEMBACA AL-FATIFAH, Kemudian membaca al-Fatihah, dan merasakan nikmat kerana ia tidak tergolong pada orang-orang yang dimurkai Allah atau tersesat dari jalan yang diredhai Allah. Juga merasa beruntug kerana dapat mengikuti jejak, tuntutan Nabi saw.

Membaca al-Fatihah adalah rukun sembahayang yang mesti diucapkan dalam semua solat fardhu dan solat sunat dan ia wajib dibaca dalam semua rakaat kerana sabda Nabi saw. :

“Tidak ada solat (sembahayang) bagi orang yang tidak membaca surah al-Fatihah”.

Maksudnya solat seseorang itu tidak sah jika ia terlupa ataupun sengaja tidak membaca surah al-Fatihah. Hukum membaca surah al-Fatihah itu adalah wajib.

Maksud firman-firman Allah swt. dalam surah al-Fatihah

1.Apabila mengucapkan basmalah – hendaklah niat bahawa segala sesuatu adalah dengan izin dan kehendak Allah.

Al-Fatihah adalah doa dan kata-kata munajat antara hamba dengan Allah swt. maka apabila membaca al-Fatihah maka hati dendaklah mendahului lidah, yakni hati batin hendaklah lebih dahulu mengingat makna dan kemudian barulah lidah mengucapkan bacaannya. Jika tidak dapat berbuat demikian, hendaklah lisan menjadi guru bagi hati, yakni hendaklah hati batin mengingat makna sesudah lidah membaca lafaz. Sedapat mungkin janganlah hendaknya lidah bergerak kalau hati batin dalam kelalaian.

2. Apabila membaca: Alhamdu’lillahi’rabbil’alamin, hendaklah ingat bahawa segala pujian yang indah-indah bertetapan dengan kebenaran yang semuanya adalah kepunyaan dan hak Allah swt, kerana Allah swt. yang menjadikan alam semesta, mengatur, mengurus dan mentadbirkannya.

Jika semua perkara itu adalah atas izin Allah, maka sudah tentu segala puji hanya untuk Allah semata-mata. Dengan itu kesyukurann (terima kasih) mestilah ditujukan kepada Allah sahaja sebab semua nikmat adalah anugerah dan pemberianNya.

(…..bersambung dalam tajuk KESEMPURNAAN SOLAT-5 siri berikutnya) Insyaallah. 

Sekian, Was’salam!