Thursday, February 23, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 58


KEBENCIAN KAUM KAFIR TERHADAP ISLAM

Allah Taala berfirman dengan maksudnya:

Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka), sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): “Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada (A-Li ‘Imran:119)

Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan. (A-Li ‘Imran: 120)

Dalam ruangan Renungan Al-Quran 56 yang lalu kita telah berkesempatan meneliti dan memahami sedikit sebanyak mengenai larangan Allah kepada orang-orang beriman (mukmin) supaya jangan mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan mereka sebagai orang dalam yang diberi kepercayaan sepenuhnya. Maksud “orang-orang yang bukan dari kalangan kamu” dalam ayat 118 ini adalah merujuk kepada tiga kumpulan orang-orang berikut mengikut pendapat atau kaul yang berbeza iaitu; (a) orang-orang Yahudi, (b) orang-orang kafir dan (c) orang-orang munafik.

Ayat-ayat 119 dan 120 surah A-Li ‘Imran di atas adalah merupakan peringatan yang lebih berbentuk amaran terhadap orang-orang mukmin yang tidak memahami dan tidak mengerti tentang kebencian dan kemarahan orang-orang kafir, Yahudi dan orang-orang munafik terhadap diri mereka dan agama Islam.

Dalam ayat 119 Allah swt. memberi amaran dengan menyatakan bahawa orang-orang mukmin (Islam) sengaja melanggar larangan Allah, iaitu dengan menyukai dan mempercayai orang-orang kafir, sedangkan orang-orang kafir itu tidak sukakan orang-orang mukmin.

Suatu perbezaan yang besar ialah orang-orang mukmin  adalah beriman dengan kitab-kitab Allah, sedangkan orang-orang kafir sebaliknya adalah tidak beriman.  Orang-orang kafir itu sebenar telah lama menolak dan mendustakan kitab-kitab Allah seperti Taurat, Injil dan Al-Quran.

Mereka hanya berpura-pura dengan mengatakan “Kami beriman” di hadapan orang-orang mukmin. Tetapi bila berada sesama sendiri di kalangan mereka,  mereka begitu geram dan marah kepada orang-orang Islam, sambil mengigit hujungnya.

Sikap orang kafir ini ditempelak dengan kata-kata “Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui segala isi hati yang ada dalam dada manusia.

Dalam ayat 120 Allah mengingatkan bahawa orang-orang kafir itu sakit hati bila orang-orang mukmin beroleh kebaikan seperti kemewahan dan kemenangan dan mereka bergembira bila orang-orang mukmin ditimpa bencana.

Allah seterusnya memberi petunjuk kepada orang-orang mukmin (Islam) bahawa jika mereka bersabar dan bertaqwa, segala tipu daya orang-orang kafir ini tidak akan mendatangkan bahaya sedikitpun kerana semua yang mereka lakukan itu berada dalam pengetahuan Allah jua.

Sekian, Was’salam!


Wednesday, February 22, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 57

ALLAH MELARANG MENGAMBIL ORANG-ORANG KAFIR SEBAGAI TEMAN RAPAT


Allah Taala berfirman dengan maksudnya:
“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.” (A-Li ‘Imaran;  28)
Ini adalah suatu ayat yang merupakan perintah dan larangan Allah kepada orang-orang mukmin (orang-orang yang beriman) agar jangan menjadikan oang-orang kafir sebagai teman rapat atau akrab dan sekaligus meninggalkan orang-orang mukmin (saudara seagama Islam). Menjadikan teman rapat boleh diertikan sebagai memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada orang-orang kafir dalam bersabahat baik, menyimpan rahsia dan meletakkan kepercayaan kepada mereka.
Perbuatan ini dilarang dan ditegah oleh Allah dan sesiapa yang berbuat demikian ia tidak akan mendapat perlindungan apa-apapun dari Allah. Hubungan rapat mungkin hanya perlu dilakukan bila sekiranya orang-orang Islam bertujuan untuk menjaga diri daripada sesuatu ancaman dan bahaya daripada pihak kafir tersebut.
Dalam ayat ini Allah memerintahkan orang-orang beriman supaya beringat-ingat mengenai kekuasaanNya dan kepadanNya jua tempat mereka di kembalikan. Barang diingat bahawa sesungguhnya kepada Allahjualah orang-orang Islam mesti berlindung dan memohon  pertolongan daripada segala bentuk ancman dan kejahatan orang-orang kafir itu.
Sekian, Was’salam!



Friday, February 17, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 54

KEMATIAN

Kematian ia sesuatu yang telah Allah tetapkan kepada setiap makhluk yang bernyawa. Berikut ini adalah beberapa firman Allah SWT. yang memberikan peringatan dan petunjukNya kepada manusia mengenai erti kematian dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Marilah  sama-sama kita merenung fikir mengenai semua maksud daripada ayat-ayat berikut dengan harapan kita akan lebih mengerti dan memahami akan hakikat kematian itu dan hikmahnya.
Alaah Taala berfirman dengan maksudnya:
“Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)” (Al-‘Ankabut: 57)
"Dialah (iaitu Allah) yang telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian Dia ditentukan ajal (kematianmu), dan satu lagi ajal yang ditentukan di  sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat), dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan)” ( Al-An’aam: 2)
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberi tahu kepada kamu apa yang telah kamu lakukan (serta membalasnya)” (Al- Jumu’ah: 8)
“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: “Ini adalah dari sisi Allah” dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: “Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu”. Katalah (wahai Muhammad); “Semua itu (kebaikan dan bencana) adalah berpunca dari sisi Allah”. Maka apakah yang menyebabkan kamu itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?” (An NIsaa’: 78)
“Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi ia member tempoh kepada mereka hingga kesuatu masa yang tertentu, kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta untuk dikemudiankan sesaatpun, dan tidak pula mereka akan dapat meminta untuk di dahulukan” (An-Nahl: 61)
Perkara mengenai mati dan kematian ini adalah amat baik sekiranya kita memahami dan mempelajarinya dengan mendalam kerana Nabi saw. bersabda dengan ertinya:
“Perbanyakkanlah mengingati mati, kerana yang demikian itu akan mengurangkan seseorang itu melakukan dosa dan menjadikannya berzuhud dalam urusan dunia”
Siapakah mukmin yang utama? Jawab Nabi saw. “Yang terbaik budi akhlaknya” Mukmin manakah yang terkaya? Jawab Nabi saw. “Yang banyak ingat mati dan baik persediaanya”
Sekian, Was’salam!







Wednesday, February 15, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 53

KEMATIAN

Kematian ia sesuatu yang telah Allah tetapkan kepada setiap makhluk yang bernyawa. Berikut ini adalah beberapa firman Allah yang memberikan peringatan dan petunjukNya kepada manusia mengenai erti kematian dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Marilah  sama-sama kita merenung fikir mengenai semua maksud daripada ayat-ayat berikut dengan harapan kita akan lebih mengerti dan memahami akan hakikat kematian itu dan hikmahnya.
Alaah Taala berfirman dengan maksud;
“Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)” (Al-‘Ankabut: 57)

“Dialah (iaitu Allah) yang telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian Dia ditentukan ajal (kematianmu), dan satu lagi ajal yang ditentukan di  sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat), dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan)” ( Al-An’aam: 2)

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberi tahu kepada kamu apa yang telah kamu lakukan (serta membalasnya)” (Al- Jumu’ah: 8)

“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: “Ini adalah dari sisi Allah” dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: “Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu”. Katalah (wahai Muhammad); “Semua itu (kebaikan dan bencana) adalah berpunca dari sisi Allah”. Maka apakah yang menyebabkan kamu itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?” (An NIsaa’: 78)

“Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi ia memberi tempoh kepada mereka hingga kesuatu masa yang tertentu, kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta untuk dikemudiankan sesaatpun, dan tidak pula mereka akan dapat meminta untuk di dahulukan” (An-Nahl: 61)

Perkara mengenai mati dan kematian ini adalah amat baik sekiranya kita memahami dan mempelajarinya dengan mendalam kerana Nabi saw. bersabda dengan ertinya:

“Perbanyakkanlah mengingati mati, kerana yang demikian itu akan mengurangkan seseorang itu melakukan dosa dan menjadikannya berzuhud dalam urusan dunia”

Siapakah mukmin yang utama? Jawab Nabi saw. “Yang terbaik budi akhlaknya” Mukmin manakah yang terkaya? Jawab Nabi saw. “Yang banyak ingat mati dan baik persediaanya”

Sekian, Was’salam!














Tuesday, February 14, 2012

RENUNAN AL-QURAN 52

BILA DIHASUT OLEH SYAITAN
Allah Taala berfirman dengan maksudnya:
"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Al-A'Raaf: 200)
"Sesunggunya orang-orang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)" (Al-A'raaf: 201)
”Sedang saudara (pengikut) Syaitan-syaitan, dibantu oleh Syaitan-syaitan itu dalam melakukan kesesatan,  kemudian mereka tidak berhenti-henti (melakukan pebuatan yang sesat lagi menyesatkan itu” (Al-A'raaf: 202)
Ayat-ayat di atas mengandungi peringatan dan petunjuk Allah kepada manusia mengenai hasutan syaitan dan perlindungan bagi menghadapinya. Antara maksud utama dalam firman Allah dari ayat-ayat ini ialah:
Pertama, seseorang itu diseru supaya meminta perlindungan daripada Allah swt. apabila ia dihasut oleh syaitan kerana Allah sahaja yang dapat memberi pertolongan dari bencana tersebut.
Kedua, orang-orang bertaqwa (beriman dan beramal soleh) pasti merujuk kepada ajaran-ajaran Allah bila mereka di sentuh oleh seesuatu imbasan (pemikiran dan perasaan hati) yang berupa hasutan syaitan. Imbasan-imbasan ini pastinya mengajak dan mendorong manusia untuk kepada melakukan apa sahaja perbuatan yang hina, keji, mungkar dan sesat yang ditegah oleh Allah swt.
Ketiga, syaitan-syaitan menjadikan manusia tertentu sebagai sahabat-sahabatnya. Mereka mengajak dan memperdayakan orang-orang ini dengan berbagai tipu helah dan muslihat agar akhirnya orang-orang ini sentiasa bergelumang dalam pelbagai amalan buruk, keji, engkar dan sesat serta menyesatkan.
Iblis (bapak syaitan-syaitan) itu mendapat murka dan dilaknati Allah, iaitu apabila ia enggan bersujud kepada Adam dan seterusnya telah berjaya memperdayakan Nabi a.s. dan isterinya Hawa di dalam syurga. Kemudiannya Allah memerintahkan Adam dan Hawa turun dari syurga dan menjalani kehidupan di muka bumi. Bahkan Allah telah memberi peringatan kepada semua manusia (Bani Adam) bahawa iblis dan syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi umat manusia sehinggalah hari kiamat.
Sekian, was’salam!

AAKJ.COM: HINA RASULULLAH MURTAD!! NIK AZIZ SIAP ADA VIDEO ...

AAKJ.COM: HINA RASULULLAH MURTAD!! NIK AZIZ SIAP ADA VIDEO ...: Hamza diekstradisi ke Arab Saudi Seorang kolumnis akhbar dari Arab Saudi, Mohammad Najeeb A. Kashgari yang ditahan pihak berkuasa Malaysi...

AAKJ.COM: HINA RASULULLAH MURTAD!! NIK AZIZ SIAP ADA VIDEO ...

AAKJ.COM: HINA RASULULLAH MURTAD!! NIK AZIZ SIAP ADA VIDEO ...: Hamza diekstradisi ke Arab Saudi Seorang kolumnis akhbar dari Arab Saudi, Mohammad Najeeb A. Kashgari yang ditahan pihak berkuasa Malaysi...

PEWARIS ANAK BANGSA: PM? DAH UMUM JADI PM BEFORE PRU? Hehehehehe....

PEWARIS ANAK BANGSA: PM? DAH UMUM JADI PM BEFORE PRU? Hehehehehe....

PEWARIS ANAK BANGSA: PM? DAH UMUM JADI PM BEFORE PRU? Hehehehehe....

PEWARIS ANAK BANGSA: PM? DAH UMUM JADI PM BEFORE PRU? Hehehehehe....

PEWARIS ANAK BANGSA: PM? DAH UMUM JADI PM BEFORE PRU? Hehehehehe....

PEWARIS ANAK BANGSA: PM? DAH UMUM JADI PM BEFORE PRU? Hehehehehe....

Kelana Putra: nur Hidayah 5

Kelana Putra: nur Hidayah 5: KISAH TIGA SAHABAT (sambungan) Maka berdoalah pula orang yang kedua: “Ya Allah, bahawa Engkau telah mengetahui bahawa dahulu ke...

Kelana Putra: nur Hidayah 5

Kelana Putra: nur Hidayah 5: KISAH TIGA SAHABAT (sambungan) Maka berdoalah pula orang yang kedua: “Ya Allah, bahawa Engkau telah mengetahui bahawa dahulu ke...

Kelana Putra: nur Hidayah 5

Kelana Putra: nur Hidayah 5: KISAH TIGA SAHABAT (sambungan) Maka berdoalah pula orang yang kedua: “Ya Allah, bahawa Engkau telah mengetahui bahawa dahulu ke...

nur Hidayah 5

KISAH TIGA SAHABAT (sambungan)
Maka berdoalah pula orang yang kedua:
“Ya Allah, bahawa Engkau telah mengetahui bahawa dahulu kedua ayah bondaku masih hidup dan keduanya telah tua, saya biasa memerah susu untuk keduanya, sebelum yang lain-lain, dan pada suatu hari ketika saya datang membawa susu untuk keduanya, tiba-tiba keduanya telah tidur, maka saya segan untuk membangunkan keduanya, saya juga berasa khuathir atas kambing-kambingku. Kalau-kalau dimakan oleh binatang buas, tetapi saya tidak dapat meninggalkan ayah bondaku, maka saya tunggu keduanya hingga terbit fajar, sedang bekas susu tetap ditanganku. "Ya Allah, jikalaulah perbuatanku itu benar-benar ikhlas untukMu, maka hindarkan kami dari bahaya ini.” Maka terbukalah batu itu sedikit dan belum dapat keluar dari gua.
Maka berdoalah orang yang ketiga:
“Ya Allah,  dahulu saya memelihara buruh-buruh yang bekerja untukku dengan upah dua mud makanan, maka bila selesai pekerjaan buruh itu, saya bayar tunai upahnya, tiba-tiba ada seorang berkata. Saya bekerja lebih baik, maka saya minta upah lebih, saya tolak permintaan itu, tiba-tiba ia marah.
Dilain riwayat: Tiba-tiba ada seorang pekerja datang lambat pada tengahari, dan bekerja hanya setengah hari, maka saya tidak mengurangkan upahnya sehingga memyebabkan orang lain mengadu, bahawa orang itu bekerja setengah hari diberi upah sama, saya bertanya padanya, Apakah saya mengurangi upahmu, tiba-tiba ia marah dan  meninggalkan upahnya, maka sisihkan yang dua mud itu, lalu saya tahan sehingga ia berkembang menjadi kekayaan yang besar , apabila saya belikan lembu, kambing dan unta, kemudian setelah lama datanglah orang itu, menuntut haknya, sesudah ia merasa sangat berhajat benar-benar, maka saya katakan kepadanya: Lihatlah semua yang ada di sini daripada ternak kambing, lembu dan unta itu kamu punya.
Ya Allah, jika aku berbyat benar-benar dengan ikhlas untukMu, maka hindarkanlah kami dari bahaya ini” maka berpalinglah batu itu dari pintu gua sehingga keluarlah ketiga orang itu.
Hadis ini juga diriwayatkan oleh an-Nu’man bin Basyier dari Rasulullah saw. juga ia meriwayatkan hadis arraqiem itu dengan catatan ashabul khafi. Dan hadis ini juga diriwayatkan oleh beberapa sahabat dari Rasulullah saw. dengan lafaz yang berbeza-beza.
Sekian, wallahu’alam.  Was’salam!

Monday, February 13, 2012

tun faisal dot com: [Kisah dulu-dulu] Malaysiakini wajar diajar

tun faisal dot com: [Kisah dulu-dulu] Malaysiakini wajar diajar: Nota : Dalam beberapa wawancara sebelum ini saya sering menyebut tentang templat perang siber yang salah sejak tahun 1998. Ini merupakan s...

tun faisal dot com: [Kisah dulu-dulu] Malaysiakini wajar diajar

tun faisal dot com: [Kisah dulu-dulu] Malaysiakini wajar diajar: Nota : Dalam beberapa wawancara sebelum ini saya sering menyebut tentang templat perang siber yang salah sejak tahun 1998. Ini merupakan s...

nur hidayah 4

KISAH TIGA  SAHABAT

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata: “Di masa dahulu ada tiga orang yang sedang berjalan-jalan di atas muka bumi, tiba-tiba hujan turun, maka mereka masuk ke dalam gua di bawah bukit, dan ketika berada di sana tiba-tiba jatuh batu besar dari atas bukit langsung menutupi pintu gua itu, sehingga mereka berkata: “Hilang bekas dan putus berita, dan kini tidak ada lagi bagi kami pelindung kecuali Allah dan amal soleh yang dahulu kami telah berbuat, semoga dengan itu Allah menghindarkan kami dari bencana bahaya ini”.

Maka berkatalah orang yang pertama:

“Ya Allah: Engkau mengetahui bahawa aku mempunyai sepupu puteri amiku yang cantik, yang telah menawan hatiku, dan kerana itu saya pujuk untuk berbuat lacur, tetapi ia menolak, sehingga ia menderita kelaparan, maka ia datang meminta tolong kepadaku, maka aku tolak permintaannya kecuali jika ia mahu menyerah kepadaku, pada mulanya ia menolak, tetapi keadaannya sangat susah, maka ia menyerah padaku.

Di lain riwayat: “Bahawa suaminya sakit, sedang ia mempunyai anak-anak yang masih keil dan sedang ditimpa oleh kekurangan makanan, maka ia datang kepadaku meminta tolong, tetapi saya tolak kecuali jika ia mahu menyerahkan dirinya kepadaku, pada pertama, kedua dan ketiga ia menolak, tetapi akhirnya ia menyerah kepadaku dan berkata: “Terserah padamu”.
Maka ketika saya telah berada di atas dadanya, sebagaimana biasa seorang lelaki di atas isterinya, tiba-tiba ia gementar dan berkata: “Tidak halal bagimu membuka tutup kecuali dengan hak. (Di riwayat yang lain: “Bertawakallah kepada Allah, dan jangan engkau buka tutup-tutup ini kecuali dengan hak”
Maka sekitika itu saya tinggalkan, dan saya beri padanya apa yang ia perlukan, "Ya Allah, jika saya berbuat itu benar-benar kerana mengharap redhaMu, Maka hindarlah kami dari bahaya ini”. Maka seketika itu batu itu bergerak sedikit longgar tetapi belum dapat keluar daripadanya.

Maka berdoalah orang yang kedua …… (bersambung dalam siri seterusnya..insyaallah)




<iframe width="560" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/jiPpXHIqnhA" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

RENUNGAN AL-QURAN 51

BERDERMA DAN BERSEDEKAH DI JALAN ALLAH

Allah Taala berfirman dengan maksudnya: MMM IST NAFKAHKAN…

“Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnianya, Lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya” (Al-Baqarah: 261)

“Wahai  orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah sengaja kamu memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan dan kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejam mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji. (Al-Baqarah:267)

“Syaitan itu menjanjkan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah dan berderma) dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut), sedangkan Allah menjanjikan kamu dengan keampunan daripadaNya serta kelebihan KurniaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Luas limpah rahmatnya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. (Al-Baqarah: 268)

Ketiga-tiga ayat di atas mengandungi firman Allah swt. mengenai perihal membelanjakan harta pada jalan Allah iaitu berkait dengan amalan menafkahkan harta iaitu dengan memberikan derma dan sedekah.

Pertama, orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah dengan memberi derma dan sedekah akan memperolehi pahala atau kebaikan berlipat kali ganda. Derma dan sedekah yang diberikan itu Allah umpamakan sebagai sebiji benih yang mengeluarkan tujuh tangkai dan setiap tangaki itu mengandungi seratus biji. Itulah kelebihan bagi orang-orang yang memberi derma dan sedekah pada jalan Allah.

Kedua, Allah menyeru orang-orang yang beriman supaya membelanjakan pada jalan Allah  sebahagian daripada hasil usaha yang baik-baik (umpamanya kekayaan dan harta benda yang halal) dan sebahagian yang diperolehi dari bumi seperti hasil-hasil tanaman, ternakan, galian dan lain-lain.

Ketiga, Allah  melarang daripada sengaja memilih hasil atau harta yang buruk untuk diderma dan disedekahkan pada orang-orang lain, sedang mereka sendiri tidak suka menerima yang buruk itu jika diberikan kepadanya.

Keempat, syaitan sentiasa menakut-nakutkan manusia kepada kemiskinan dan kepapaan sekiranya mereka menderma dan bersedekah. Bahkan syaitan itu lebih suka manusia melakukan perbuatan yang keji iaitu dengan bersifat bakhil dan kedekut.

Kelima, Allah swt. telah menjanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda, keampunan dan rahmat kurniaNya kepada orang-orang yang membelanjakan harta benda mereka dengan menderma dan bersedekah atau menafkahnya di jalan Allah.

Semoga kita dapat mengambil peringatan dan mempelajarinya.
Sekian was’salam!


Saturday, February 11, 2012

TITISAN TINTA 15


AMBILLAH SECUKUPNYA

“Orang-orang beriman jarang MENGGENGGAM DUNIA, tapi ambillah dari bahagiannya yang diberikan dan menetapkan hati bersama Tuhan. Berhentilah di sana sampai cahaya dunia tersingkir; memanggil hati untuk memasukinya, pertalian sirri menghasilkan sirri menuju hati, dan hati menuju jiwa yang tenang dan anggota tubuh yang tunduk. Ketika hal itu terjadi ternyata memperkaya keluarga dan menerapkan antara dirinya dengan keluarga cukup memuaskan, bahkan mereka mematuhiNya-maka teraturlah antara hati dan keluarga. Sekarang ia peribadi tetap bersama Allah seakan-akan makhluk tidak dicipta untuk bersandar kepadanya, seakan tiada makhluk lain untuk Tuhan selain ia sendiri – bersama Allah Maha Berbuat – dan ia terkenai perbuatanNya. TETAPLAH YANG DICARI, SEDANG IA PENCARINYA, TETAPLAH SUMBERNYA DAN IA CABANGNYA, IA TIDAK MELIHAT YANG LAIN SELAIN DIA, IA TERLIPAT DARI CIPTAAN”

(Nukilan: Syeikh Abdul Kadir Jailani)

T

MUTIARA HADIS -13

MENGINGATI MATI DAN BERSEDIA UNTUKNYA

Nabi saw. bersabda dengan ertinya:
“Perbanyakkanlah mengingati mati, kerana yang demikian itu akan mengurangkan seseoang itu melakukan dosa dan menjadikannya berzuhud dalam urusan dunia”
“Cukup mati itu menjadi penasihat (menginsafkan)”
“Mati ini bagaikan kenderaan seseorang mukmin” (Almautu rahitul mukmin)

Ibn Mas’ud r.a. berkata Nabi saw. ditanya:

“Siapakah mukmin yang utama? Jawab Nabi saw. : Yang terbaik budi akhlaknya. Dan mukmin manakah yang terkaya? Yang banyak ingat mati dan baik persediaannya”
Sebagai satu kesimpulan ringkas, sama-samalah kita sedari dan hayati akan erti dan hakikat kematian yang sebenarnya. Sesungguhnya  kehidupan manusia itu adalah dari tingkat demi tingkat, dari alam arwah (roh), memasuki alam rahim dan seterusnya menjalani hidup di alam dunia, kemudian menghadapi maut dan bersemadi di alam barzahk, hingga tiba hari kebangkitan semua (dari kubur) menuju alam akhirat yang kekal abadi. Setiap diri, dengan berbekalkan iman, ilmu dan amal masing-masing pasti melalui perjalanan hidup yang panjang ini, samaada dalam derita azab kepayahan mahupun dalam bahagia nikmat kesejahteraan .  
Apakah kesudahannya nanti setiap diri kita di sisi Allah?  

Sekian, was’salam!








Friday, February 10, 2012

TITISAN TINTA 14

TANDA ORANG YANG CELAKA

"Lima perkara sebagai tanda orang yang celaka:
1. Keras hati,
2. Mata hatinya beku,
3. Sedikit malunya,
4. Keinginan yang keras terhadap dunia dan
5.Panjangnya angan-angannya"  

(Drp: Fadil bin Iyad)

RENUNGAN AL-QURAN 50

CAHAYA ALLAH
Allah Taala berfirman dengan maksudnya:
“Allah  (Pemberi)  cahaya kepada langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar (misykaat), Pelita itu di dalam kaca, dan kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperi mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkatnya, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis). Allah membimbing kepada cahayaNya  sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. (An-Nuur: 35)
Dalam ayat di atas Allah memberi peringatan dan petunjukNya mengenai Nur Allah atau Cahaya Allah. Ada beberapa perkara utama yang patut sekali kita pelajari dan kalau dapat meneliti dan mendalaminya dengan merujuk kepada ayat-ayatNya di dalam Al-Quran dan hadis Nabi saw.
1.  Allah ialah Pemberi cahaya kepada langit dan bumi.
2. Cahaya Allah diumpamakan sebagai sebuah lubang yang tidak dapat ditembusi.
3. Cahaya itu  diumpamakan sebagai sebuah pelita besar (misykaat) yang sentiasa menyala dan bersinar walaupun tak di sentuh api.
4. Cahaya Allah adalah berlapis-lapis, dinyatakan sebagai cahaya di atas cahaya.
5.  Allah membimbing manusia kepada cahayaNya.
6. Allahlah yang memilih sesiapa yang Dia kehendaki untuk memperolehi bimbingan kepada cahayaaNya.

TITISAN TINTA 13

IMAN (Imam Al-Ghazali r.a.)

"Adapun pengetahuan yang membawa manusia kepada kehidupan zuhud ini ialah IMAN. Kerana iman itulah yang menjadikan manusia memalingkan perhatian dan cintanya kepada DUNIA yang fana ini, kerana melihat kelebihan dan keistimewaa apa yang ada DI SISI ALLAH. Iman inilah yang membersihkan HATI hingga hati manusia dapat melihat bahawa kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal kalau dibandigkan dengan kehidupan dunia, laksana perbedaan perhiasaan yang asli dengan yang palsu"

Wednesday, February 8, 2012

Cinta Sufi - 1

DIALOG DENGAN TUHAN
“Engkau, Yang Nafasmu, adalah wewangian yang terharum bagi hati nan merana,
Dzikir kepadaMu, melantunkan ketenteraman bagi kekasihMu,
“Beri kami cahaya, Ya Rab’bi” teriak mereka, sembari mencoba memandang wajahMu,
Berlimpah manusia tiada terhitung, yang kekasih, dan yang papa.
Tersandung-sandung di jalan derita, “Allah, Allah” seru melengking.
Dan api pemisah menghanguskan hati dan dada,
Dan mata-mata bersimpah air mata, kerana cinta yang tak mententeramkan.
“Kefakiran adalah kebanggaanku” – demikianlah kekasih-kekasihMu mengangkat pekik jihad ke Langit.
Dan gmbira menelan kecaman manusia, membiarkan seluruh dunia berlalu.
Serasa meneguk habis minuman pembangkit birahi, “Pir-i-Anshar”
Yang bingung putus asa, bagai putri Laila, meliuk-liuk lewat dunia yang rusak.
Ya Rahman, Yang mengkarunia Rahmat!
Ya, Ghafur, Yang mengampuni dosa-dosa!
Ya, Baqi’, Yang tiada terjangkau akal!
Ya Ahad, Yang tiada berbanding!
Ya Jabbar, padaMu Perkasa Ilahi!
Ya Khalik, Petunjuk jalan bagi hati nan khilaf!
Kepadaku, Kau anugerahkan dari kesempurnaanMu,
Dan bagi mataku, dari PendaranMu.
Dan bagi kami, segala yang terbaik, dari Rahmat dan KemurahanMu.
Kau ciptakan WarisanMu.
Ya Rab’bi, dalam curahan Rahmat, jiwaku hidup, dan dengan limpah kesabaran, kepedihan tak membuatkanku duka.
Betapa dapat aku tahu, yang terbaik mesti dicari?
Hanya Engkaulah yang tahu, karunialah yang Engkau ketahui!”
(Nukilan: Abdullah Al-Anshari Al-Farisi)

RENUNGAN AL-QURAN 49

KALIMAH-KALIMAH YANG BAIK DAN YANG BURUK
Allah Taala berfirman dengan maksudnya:
"Tidakkah engakau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbndingan, iaitu kalimah yang baik adalah seperti sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnyanya) tetap teguh dan cabang puncaknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka beringat (mendapat pelajaran)" (Ibrahim: 24 dan 25)
"Dan bandingan kalimah yang jahat-buruk samalah seperti sebatang pohon yang  tidak berguna yang mudah terbongkas akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup” (Ibrahim: 26)
Allah menetapkan  ( pendirian ) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang teguh itu dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki" (Ibrahim:27)
Pertama,  Allah  mengumpamakan kalimah yang baik seperti pohon yang baik dengan akarnya yang teguh dan cabang puncaknya tegak menjulang ke langit. Dengan izin Allah, pohon itu memberikan hasil iaitu buahnya pada setiap masa atau musim. Rangkaian kata kalimat yang baik telah ditafsirkan sebagai kalimah atau perkataan tauhid iaitu dua kalimah syahadah, termasuk juga segala perkataan dan ucapan yang menyeru manusia kepada kebaikan (kebajikan), mencegah daripada kemungkaran, serta segala amal perbuatan yang baik.
Kedua, Allah mengumpamakan kalimah yang jahat-buruk seperti pohon yang tidak berguna yang mudah terbongkas atau tercabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi dan pohon ini tidak dapat berdiri tegak sedikitpun. Logiknya pohon seperti ini tidak bermanfaat dan akhirnya mati. Rangkaian kata kalimat yang jahat buruk itu  ditafsirkan sebagai ialah kalimat-kalimat kufur dan syirik, termasuklah segala perkataan yang tidak benar serta perbuatan yang tidak baik iaitu perbuatan-perbuatan maksiat,  mungkar dan jahat.
Ketiga, yang dimaksudkan dengan kalimah yang teguh dalam ayat ke 27 di atas ialah kalimatun thoyyibah  (kalimah yang baik) seperti di dalam ayat 24 yang terdahulunya. Allah menambah keteguhan iman kepada orang-orang yang beriman dengan kalimah yang baik dalam kehidupan mereka di dunia dan di akhirat. Orang-orang yang beriman ini dijanjikan dengan mendapat balasan baik daripada Allah. Manakala orang-orang yang zalim disesatkan dan mendapat balasan buruk sebagaimana yang Allah kehendaki.
Keempat, terdapat perbezaan yang begitu besar dan amat bertentangan di antara orang-orang yang mengucapkan kalimah yang baik dengan orang-orang yang mengucapkan kalimah yang buruk.  Begitulah juga perbezaan antara orang-orang yang beriman dan beramal baik berbanding dengan orang-orang yang kufur dan beramal buruk dan jahat. Kedua-dua golongan ini pasti mendapat balasan masing-masing di sisi Allah baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.
Kesimpulannya, apakah dapat kita umpamakan diri kita sendiri sebagai suatu pohon.  Iman kita umpamakan sebagai akar tunjang yang kuat mencengkam bumi, pohon itu pasti dapat berdiri tegak dan gagahnya. Pohon itu akan terus hidup subur membesar di atas batangnya atau tiangnya, yang kita umpamakan sebagai syariat Islam. Daripada batangnya yang kukuh, pohon itu menumbuhkan cabang-cabang dengan daun-daun yang lebat rimbun dan meghasilkan buah-buah untuk dinikmati sebagai kurnia dan balasan Allah kepada semua amal perbuatan baik (amal soleh dan taqwa) yang telah dikerjakan.
Sekian,was’salam!


Tuesday, February 7, 2012

RENUNGAN AL-OURAN 48

BERDUSTA TERHADAP ALLAH
Allah Taala berfirman dengan maksudnya:
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat kedustaan terhadap Allah atau orang  yang berkata: “Telah dberi wahyu kepadaku”, padahal tidak diberikan sesuatu wahyupun  kepadanya, dan orang yang berkata: “Aku akan meurunkan seperti apa yang diturunkan Allah”. Dan (sungguh ngeri) ketika orang-orang yang zalim itu di dalam penderitaan “sakratul-maut”  (ketika hendak putus nyawa), Sedang Malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata dengan menengking dan mengejek): “Keluarlah nyawa kamu” (dari tubuh kamu sendiri), pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan oleh apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya”(Al-An’aam: 93)
“Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah Kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka) dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat)" (Al-An'aam; 94)
Firman Allah swt. dalam ayat-ayat di atas menceritakan perihal orang-orang yang berkata dusta terhadap Allah dan ayat-ayat Allah. Orang-orang ini merupakan orang-orang yang paling zalim, keji, hina dan akan mendapat azab seksa Allah. Salah satu perkara yang amat ngeri atau dahsyat ialah ketika mereka menderita menghadapi “sakratul-maut” iaitu ketika nyawa akan bercerai dari badannya. Pada ketika ini malaikat-malaikat maut memukul dan menyeksa sambil menengking dengan kerasnya.
Orang-orang yang berdusta kepada Allah dan ayat-ayatNya dengan kesombongan dan ketakburan pasti akan di kembalikan kepada Allah pada hari kiamat. Mereka datang kepada Allah secara bersendirian dan tidak ada lagi sebarang penolong yang semasa hidup di dunia dahulu mereka persekutukan dengan Allah. Mereka meninggalkan semua apa yang mereka perolehi sebagai kurnia Allah dan hilang lenyaplah segala apa yang dahulunya mereka anggap dan sifatkan sebagai berfaedah dan bermanfaat.
Sekian, was'salam!

MUTIARA HADIS - 12

10 ORANG YANG TERGOLONG KAFIR
Nabi saw. bersabda dengan ertinya:
“Ada sepuluh orang dari umat ini, yang mereka telah tergolong KAFIR terhadap ALLAH Yang Maha Agung, sedang mereka masih mengira bahawa mereka adalah orang-orang yang  beriman:
1. Pembunuh tanpa kebenaran hukum.
2. Tukang sihir.
3. Dayus (yakni suami yang tidak merasa cemburu terhadap isterinya).
4. Orang yang menahan mengeluarkan zakat.
5. Orang yang meminum arak.
6. Orang yang sudah sampai kewajipan ke atas dirinya untuk mengerjakan haji, tetapi dia tidak mahu melaksanakannya.
7. Orang yang menyebarkan fitnah.
8. Orang yang menjual senjata kepada musuh.
9. Orang yang bersetubuh dengan isterinya melalui pintu bekalang.
10. Orang yang menikahi perempuan yang mempunyai hubungan keluarga dengannya yang  haram dinikahi….. Jika ia menganggap semua perbuatan ini hukumnya halal, maka dia telah kafir”

Sunday, February 5, 2012

MUTIARA HADIS - 11

TIGA PUNCA ASAL KESALAHAN MANUSIA
Nabi saw. telah bersabda dengan ertinya:
“Allah telah mewahyukan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. di dalam kitab Taurat bahawa asal kesalahan (manusia) adalah dari tiga perkara iaitu:
1.TAKKABUR
2. DENGKI
3. TAMAK
Lalu dari tiga perkara ini lahirlah enam perkara:
1. KENYANG
2. TIDUR
3. BANYAK ISTIREHAT
4. CINTA KEPADA HARTA
5. SUKA KEPADA SANJUNGAN DAN PUJIAN
6. CINTA KEPADA KEDUDUKAN YANG TINGGI ”

al-Hidayah 3

BAGAIMANAKAH SEHARUSNYA DIRI PADA WAKTU PAGI
Nabi Isa bin Maryam a.s. ketika di tanya’ ‘Bagaimana keadaanmu di waktu pagi ini hai Rasulullah?
Baginda menjawab: “Saya di waktu pagi ini tidak memiliki apa yang aku harap, dan tidak dapat menolak apa  yang aku takutkan, dan aku tergantung pada amalku sedang kebaikan bukan di tanganku, dan tidak ada miskin yang lebih miskin daripadaku”.
Nisahat Umar r.a. kepada Mujahid:
“Hai Mujahid, jika kamu di waktu pagi maka jangan berasa sampai ke petang, dan jika kamu di waktu petang jangan berasa akan sampai pagi, dan pergunakanlah kesempatan hidup sebelum mati, dan sihat sebelum sakit, sebab kamu tidak mengetahui apakah namamu kelak di hari kemudian (yakni  apakah termasuk abraar atau fujjar)”
 Syaqiq bin Ibahim berkata: “Bila dia hidup 200 tahun tetapi ia tidak mengetahui empat perkara ini maka tidak layak baginya kecuali masuk neraka, 1. Mengenal Allah, 2. Mengenal perbuatan Allah, 3. Menenal dirinya, dan 4. Mengenal musuh Allah dan musuh dirinya. Adapun mengenal Allah, maka harus mengenal bahawa tiada yang memberi dan menolak melainkan Allah.
Adapun mengenal perbuatan Allah, maka harus mengetahui bahawa Allah tidak akan menerima amal kecuali yang benar-benar ikhlas kepadaNya. Adapun mengenal diri, maka harus mengetahui kelemahannya, lalu ia harus menerima semua keputusan Allah dan takdirNya. Adapun mengenal musuh Allah dan dirinya, maka ia harus mengenal kejahatan sehingga dapat menghindarinya dan mematahkannya”
Tidak tiba suatu hari pada anak Adam, melainkan Allah mewajibkan padanya sepuluh macam:
1.  Berzikir kepada Allah ketika bangun tidur.
2.  Menutup aurat.
3.  Menyempurnakan wuduk.
4.  Menyelesaikan solat tepat pada waktunya.
5.  Berasa tenang terhadap Allah dalam urusan rezeki.
6.  Qanaah (Menerima apa yang ada) dengan rezeki pebahagian Allah.
7.  Tawakkal berserah kepada Allah.
8.  Sabar menerima takdir dan hukum Allah.
9.  Syukur terhadap nikmat Allah.
10. Makan minum yang halal.


ALLAH MENYEMPURNAKAN JANJINYA

IBLIS ALAMI MAUT PALING AZAB DI SAKSIKAN ADAM DAN HAWA

Abu Laits meriwayatkan dari sanadnya dari Ahnaf bin Qaysbdul berkata:
Saya pergi ke Madinah ingin bertemu dengan Umar bin al-Khaththab r.a. tiba-tiba saya bertemu dengan majlis orang-orang sedang mengerumini Ka’bul Ahbaar yang sedang bercerita:
Ketika Adam a.s. akan mati ia berkata; “Ya Rabbi, musuhku pasti akan mengejek padaku jika ia melihat aku telah mati, padahal ia diberi tempoh hingga hari kiamat”
Dijawab: “Hai Adam, kamu langsung menuju ke syurga, sedang si mal’un ditunda hingga hari kiamat supaya merasakan sakit maut, sebanyak makhluk yang pertama hingga yang terakhir”
Maka Adam bertanya kepada malakulmaut: “Sebutkan kepadaku bagaimana rasa pedihnya maut”
Maka sesudah diterangkan, Adam berkata: “Tuhanku cukup, cukup”
Maka gemuruhlah para hadirin berkata: “Hai Abu Ishaq, ceritakan kepada kami, bagaimana ia merasakan maut”.
Pada mulanya Ka’bul Ahbaar menolak, tetapi kerana di desak maka ia berkata:
“Jika dunia sudah akhir dan hampir ditiup sangkakala, sedang orang sibuk di pasar bertengar dan berdagang, tiba-tiba terdengar suara yang sangat keras, sehingga separuh penduduk bumi pengsan kerananya, maka tidak sedar kecuali tiga hari, sedang yang sisanya tidak pengsan, kelam kabut bagaikan kambing ketakutan binatang buas, dan ketika orang-orang dalam keadaan sedemikian, tiba-tiba terdengar suara gemuruh bagaikan suara halilintar yang sangat keras, maka tiada seorangpun melainkan mati kerananya, maka binasalah dunia dan tidak ada lagi tinggal di bumi seorang manusia atau jin atau syaitan atau binatang.
Maka ini lah saatnya yang ditentukan oleh Allah iaitu kepada Iblis. Kemudian Allah berfirman pada malakulmaut:
“Aku taah menjadikan untukmu pembantu sebanyak orang yang pertama hingga yang terakhir, dan Aku telah memberimu kekuatan penduduk langit dan bumi dan kini Aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan kemarahan, maka turunlah dengan membawa murka dan marahKu kepada si mal’un yang terkutuk Iblis maka rasakanlah kepadanya kepedihan maut yang dirasakan oleh orang yang dahulu hingga terakhir dari jin dan manusia, berlipat-lipat ganda, dan hendaknya kamu membawa tujuh puluh ribu malaikat yang semuanya penuh rasa murka dan kecemasan, dan tiap-tiap malaikat zabaniyah membawa rantai dari neraka ladha, dan cabutlah dengan tujuh puluh ribu cungkil (bantolan) dari neraka ladha dan beritakan kepada malaikat Malik supaya membuka pintu-pintu neraka”
Maka tururunlah malaikul maut dengan bentuk yang sangat menggerunkan, sehingga andaikan penduduk langit dan bumi dapat melihat bentuk itu nescaya akan cair semuanya kerana sangat ngerinya. Maka apabila sampai kepada Iblis dan dibentaknya sekali sahaja langsung ia pengsan dan berdengkir, dan andaikan dengkur itu didengar oleh penduduk timur hingga barat, nescaya pengsanlah mereka.
Lalu malakul maut membentak Iblis:
“Berhentilah wahai penjahat, kini saya mersakan kepadamu kepedihan maut sebagaimana dirasakan oleh banyaknyaa hitungan orang telah kamu sesatkan dalam beberapa abad yang kamu hidup, dan hari ini ialah hari yang telah ditentukan oleh Tuhan bagimu, maka ke manakah kamu akan lari?”
Maka larilah Iblis itu kehujung timur, maka malakul maut telah ada didepannya, lalu ia menyelam ke dalam lau, tiba-tiba malakul maut di depannya, maka ia dilemparkan oleh laut, maka ia lari keliling bumi, tapi tidak ada tempat untuk berlindung baginya.
Kemudian ia berdiri  di tengah dunia di kubur Adam a.s. sambil berkata: “Keranamu aku telah menjadi mal’un , duhai jika aku tidak dijadikan”
Kemudian ia tanya kepada malakul maut: “Miniman apakah kah yang akan kamu berikan padaku”
Jawabnya: “Dengan minuman dari neraka ladha, serupa dengan ahli neraka dan berlipat-lipat kali ganda”,
Maka bergulinganlah Iblis ditanah sambil menjerit berteriak sekeras suaranya, kemudian lari dari barat ke timur dan berbalik ia sampai ke tempat ia pertama diturunkan, sudah dihadang oleh malaikat Zabaniyah dengan batolnya, sedang bumi ini bagaikan bara api sedang ia dikerumuni oleh Zabaniyah yang menikamnya dengan bantolan dari neraka, sehingga merasakan seksa naza’ (sakaratulmaut) akan mati itu.
Kemudian dipanggil Adam dan Hawa untuk melihat keadaan Iblis, maka bangkitlah keduanya untuk melihat itu, dan sesudah melihat itu keduanya berdoalah:
 “Ya Tuhan kami,Engkau telah menyempurnakan nikmatMu pada kami”

Saturday, February 4, 2012

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS NABI SAW.

ALLAH MENYERU ORANG-ORANG BERIMAN SUPAYA BERSELAWAT
DAN SALAM KE ATAS NABI SAW.
Allah Taala berfirman dengan maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepad, Nabi (Muhammad saw.): wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya” (Al-Ahzaab: 56)
Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi saw. bersabda dengan ertinya:
“Bacalah selawat untukku, sebab bacaan selawat itu membersihkan kekotoranmu (dosa-dosamu) dan mintalah kepada Allah untukku wasilah”.  “Apakah wasilah itu ya Rasulullah?” Jawabnya: “Satu darjat yang tertinggi dalam syurga yang tidak akan dicapai kecuali oleh seseorang, dan saya berharap sayalah orangnya”.
Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi saw. bersabda dengan ertinya:
“Sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, maka Allah memberi selawat untuknya sepuluh kali dan dihapuskan sepuluh dosa-dosa”.
Kesimpulannya, selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah saw. adalah suatu ibadat ke atas setiap orang Islam. Ini amat jelas kerana Allah sendiri menetapkannya seperti dalam ayat 56, surah Al-Ahzaab di atas. Bahkan di dalam solat itu sendiri kita membaca selawat di penghujung rakaat terakhir sebelum member salam. Selain itu kita amat beruntung jika dapat menjadikan selawat dan salam ke atas Baginda saw. ini dalam setiap masa yang terluang.
Sekian was’salam.


KHUTBAH BAGINDA RASULULLAH  saw.
 

Sebagai orang Islam – mukmin yang sebenar-benarnya  kita semua wajib besyukur  ke Hadrat  Allah swt. kerana telah dilimpahkan dengan bermacam-macam nikmat terutama sekali  nikmat iman, nikmat Islam, nikmat ilmu, nikmat usia, nikmat kesihatan, rezeki dan pelbagai nikmat hidup lain yang tidak terhitung nilai dan banyaknya. Semuanya ini tidak sekali-kali kita mampu menidakkannya dan membayarnya dengan emas perak atau apa jua sekalipuj yang kita miliki di dunia ini. Syukur Alhamdulillah!

Selawat  dan salam kita tujukan  kepada Baginda saw. kerana menegakkan agama Allah (Islam) sebagai jalan yang benar dan lurus yang terus kita  ikuti dan taati. Juga kepada semua para sahabat, kaum keluarga dan seluruh  kaum muslimin dan muslimat samaada kepada yang hidup ataupun yang telah kembali kerahmatullah.  Semoga kita semuanya berada di bawah perlindungan Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin!

Baginda Rasulullah saw. pada suatu hari telah membaca khutbah dari waktu asar hingga terbenamnya matahari. Khutbah  ini berupa wasiat, nasihat, peringatan  dan pesanan untuk seluruh umat manusia akhir zaman. Peristiwa penting ini telah berlaku lebih dari 1370 tahun yang lalu sebelum Baginda SAW. wafat pada 12 Rabi’ul  awwal tahun 11H bersamaan 8 Julai 632M.


Telah diriwayatkan oleh Abul Laits Assamarqandi dengan sanadnya dari Abu Said Alkhudri r.a. berkata; Rasullululah SAW berkhutbah sejak waktu asar hingga terbenam matahari, diingati oleh orang-orang yang ingat dan dilupakan oleh orang-orang yang lupa,  dan di antara kalimat yang Baginda saw. sabdakan ialah:

“Ingatlah bahawa dunia ini hijau molek dan manis, dan Allah akan menyerahkan kepadamu sebagai khalifah, maka Allah akan melihat bagaimana perbuatanmu."

"Ingatlah, berhati-hatilah kamu dari pengaruh dunia dan hati-hati juga dari pengaruh wanita."

"Ingatlah bahawa Bani Adam dijadikan bertingkat-tingkat, ada yang lahir mukmin, dan hidup mukmin hingga mati mukmin, dan ada yang lahir mukmin dan hidup mukmin dan mati kafir, dan ada yang lahir kafir, dan hidup kafir, dan mati mukmin."

"Ingatlah bahawa marah itu berupa api yang nyala dalam kalbu (hati) anak Adam, tidaklah kamu melihat matanya yang merah dan tegang semua uratnya,  maka siapa merasa yang demikian hendaklah ke tanah (yakni duduk atau berbaring)."

"Ingatlah sebaik-baik orang yang lambat marah dan lekas rela, maka bila   ia cepat marah,  cepat rela, maka ia sama-sama."

"Ingatlah bahawa sebaik-baik pedagang, yang baik cara menerima, dan baik pula jika membayar, maka  jika ia baik cara penerimaan dan jelek ketika membayarnya, maka ia sama-sama."

"Ingatlah sesungguhnya sejahat-jahat pedagang yang jelek cara menerima dan jelek cara mengembalikan, maka itu sama-sama."

"Ingatlah jangan ada orang di antara kamu kerana takut kepada sesama manusia sehingga tidak berkata benar terhadap apa-apa yang diketahui dan disaksikannya,  sehingga bila teah sampai kemasa terbenamnya matahari, lalu ia berkata."

"Ingatlah sesungguhnya tiada tinggal umur dunia sejak masa yang lalu itu, melainkan sebagaimana tinggalnya matahari yang akan terbenam ini.”

Sekian semoga mutiara peninggalan Baginda Rasulullah saw. ini tetap memberikan sinar cahayanya kepada hati kita semua. Wassalam!