Tuesday, April 30, 2013

MUTIARA HADIS - KEBAIKAN DAN KEBURUKAN DICATAT

BERBUAT KEBAIKAN MENDAPAT PAHALA YANG BERGANDA

Sabda Nabi saw. “Sesungguhnya Allah telah mencatatkan kebaikan dan keburukan serta telah menjelaskannya di dalam Kitab-Nya. Sesiapa yang telah berniat  untuk berbuat kebaikan namun tidak mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia benar-benar menerjakannya, maka Allah akan menuliskan untuknya 10 hingga 700 kebaikan, bahkan mampu lebih banyak lagi. Sesiapa yang telah berniat untuk berbuat keburukan (kejahatan) namun tidak mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia benar-benar megerjakannya, maka Allah akan menulis satu keburukan untuknya". (Riwayat Muslim 2564)

MUTIARA HADIS-ORANG YANG TIDAK DITERIMA SOLATNYA


10 ORANG YANG TIDAK DITERIMA SOLATNYA

Nabi saw. telah bersabda;; “Sepuluh orang yang tidak diterima solatnya oleh Allah SWT. mereka ialah:
1.Lelaki yang solat bersendirian tanpa membaca (Al-Fatihah).
2. Lelaki yang tidak mahu menunaikan zakat.
3. Lelaki yang mengimami sesuatu kaum, sedangkan dia di benci oleh mereka.
4. Hamba yang lari (dari pemiliknya).
5.Lelaki yang terus menerus meminum arak.
6. Perempuan yang tidur, sedangkan suaminya marah kepadanya.
7. Perempuan yang merdeka yang solatnya tanpa tudung kepala.
8.Orang yang memakan riba.
9. Imam yang zalm.
10. Lelaki yang solatnya tidak dapat mencegah dirinya dari maksiat dan kekejian, dan tidak adalah keadaannya, melainkan bertambah jauh dari Allah”.

GETARAN JIWA - SENGKETA ANAK WARISAN


SENGKETA ANAK WARISAN

Anak-anak merdeka
warisan nusa bangsa
kini jadi ayah bonda
datuk nenek
miliki bumi beruah
Semenanjung Emas
khazanah bumi kaya raya
hanya sedikit milik kita
melangkah  jejak- jejak pertiwi
pelihara  martabat maruah
genggam kuasa kebebasan
kemerdekaan kedaulatan
tegakkan keadilan saksama
dokong ketuanan bangsa
dalam kemelut pancaroba
dunia globalisasi-liberlisme
sengketa terus sengketa
dalam kemaruk dendam
politik  kuasa
ada benteng memisahkan
visi perjuangan berbeda
Melayu bercerai berai
sampai bila dan
bagaimanakah akhirnya?

Kelana Putra
Taman Bijaya Sura
Dungun, Trg.
Jumaat 18.1.2013
6 Rabiu-Awal 1434.

Sunday, April 28, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 283 -UTUSAN ALLAH

NABI SAW. ADALAH UTUSAN ALLAH

45. Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita genbira (kepada orang-orang yang beriman) serta memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). 46. Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan taufiq yang diberi-Nya; dan sebagai lampu yang menerangi. 47. Dan (dengan itu) sampaikanlah berita yang menggembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya mereka akan beroleh limpah kurnia yang besar dari Allah. (AL-AHZAAB: 45-47)

BISIKAN JIWA - Senja di desa

SENJA DI DESA

Wajah senja berkilau-kilauan
Sungai Jengal beralun tenang
lumba-berlumba bergalah sampan
riang petani berdayung pulang.

Irama desa di wajah senja
Awan berarak menampak seri
memang petani berhati waja
tahan berdiri diterik mentari.

Sekawan unggas terbang-terbangan
kicau murai meniti dahan
lunak manis bichara perawan
bermandi-manda berkejar-kejaran.

Riuh rendah tawa jejaka
sepak raga tinggi melambung
berdetik hati muda remaja
senyum gadis jeling-menjeling.

MASMAN
Ulu Dungun, Trg.
6hb April 1965.

Saturday, April 27, 2013

MUTIARA HADIS - 10 JALAN KESELAMATAN


10 JALAN KESELAMATAN
Rasulullah saw. bersabda:
Keselamatan (hamba) berada di atas 10 jalan, 5 di dunia dan 5 di akhirat. Adapun yang lima di dunia itu ialah;

1.Ilmu
2.Ibadah

3.Rezeki yang halal
4. Sabar menghadapi ujian

5. Bersyukur atas anugerah nikmat

Adapun yang 5 di akhirat ialah;
1.Dia didatangi oleh malaikat maut, mencabut nyawa dengan kasih dan lembut

2.Dia tidak dikejutkan oleh malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur.
3.Dia merasa terancam pada hari yang paling menakutkan (hari kiamat)

4.Dia dihapuskan kesalahan-kesalahan dan diterima kebaikan-kebaikannya
5.Dia melalui titian Siratul Mustaqim seperti cahaya kilat, dan selamat masuk ke syurga.

Renungan Al-Quran 282 - Nikmat Allah

13. Dan apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi yang berlainan jenisnya (dimudahkan jua untuk kegunaan kamu). Sesungguhnya yang demkian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi kaum yang mahu mengingati nikmat Allah itu. (AN-NAHL: 13)

Friday, April 26, 2013

SIAPAKAH TOK WALI....?

10 AKHLAK PARA WALI

1.Bersih hati 2. Ringan tangan (dermawan) 3. Benar lidah 4. Merendah diri 5. Sabar dalam penderitaan 6. Menangis di waktu sendirian 7.Menasihati sesama makhluk 8. Kasih sayang kepada sesama mukminin 9. Memikirkan kerosakan dunia dan 10. Mengambil pelajaran daripada segala kejadian dan peristiwa.

 

RENUNGAN AL-QURAN 281


MAUT AKAN DATANG MENDAPATKAN MANUSIA

78. Dan di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng (tembk-tembok) yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup) mereka berkata: "ini adalah dari sisi Allah" ; dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka pula berkata: "Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu. Katakanlah (wahai Muhammad): "Semua itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? (AN-NISAA": 78)

RENUNGAN AL-QURAN 280

TIMBANGAN AMAL

102. Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. 103. Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam Neraka Jahanam. (AL-MUKMINUN: 102-103)

RENUNGAN AL-QURAN 279


MENOLAK AL-QURAN

71. Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang ada padanya. (Bukan sahaja Kami memberi agama yang tetap benar) bahkan Kami memberikan kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka juga tidak mahu menerimanya. (AL-MUKMINUN: 71)

Thursday, April 25, 2013

GETARAN JIWA - Apakah kita ini benar?

APAKAH KITA INI BENAR?

Pada pagi yang hening damai ini
ingin aku ajak
ingin aku madah
semua sahabat taulan
dari jauh dari dekat
merenung fikir sejenak
melihat nun jauh saujana
selagi mata mampu melihat
selagi minda mampu memikirkan
selagi gelora jiwa mampu mengasyikkan
selagi hati kalbu mampu menusukkan
selagi budi mampu ditaburkan
apakah pilihan kita ini benar
apakah undi kita ini benar
apakah jalan yang kita bina ini benar
agar kebenaran ini menjadi milik besama
bukan kebenaran lari jauh tinggalkan kita semua.

Kelana Putra
Gelora Jiwa PRU 13,
Pantai Teluk Lipat,
Dungun, Terengganu.

Isnin 15 April 2013.

RENUNGAN AL-QURAN 278


ORANG-ORANG YANG BERIMAN MEWARISI SYURGA FIRDAUSI

1.Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. 2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya; 3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; 4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); 5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya: 6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela; 7.Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; 8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; 9. Dan mereka yang tetap memelihara solatnya. 10. Mereka itulah orang-orang berhak mewarisi – 11. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (AL-MUKMINUN; 1-11)

Tuesday, April 23, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 277

SIAPAKAH ORANG-ORANG YANG DILUPAKAN DAN DITINGGALKAN PADA HARI KIAMAT?
 
124."Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". 125. Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu celik? 126. Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan dan meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".127.Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya; dan demi sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.  (TAHA: 124-126)

Monday, April 22, 2013

GETARAN JIWA - API

API

api cinta asmaradana
rinduan merpati sejoli
kicauan gelora jiwa
dendam bara mahligai
membakar dua jiwa
tari asyik cinta bahagia
damailah dunia
api dendam kesumat
tak mudah hilang padam
iblis syaitan membisik
menyanyikan puisi
marah dendam benci
membakar nafsu diri.

Kelana Putra
Cinta Abadi
Selasa 23 April 2013.

Sunday, April 21, 2013

DOA NABI NUH A.S.


Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibubapaku, serta bagi sesiapa yang masuk kerumahku dengan kaedaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekelian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan! (Nuh;28)

Tuesday, April 16, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 276

JAGALAH DIRI KAMU
"Dan jagalah diri kamu daripada (melakukan) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus, (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya'. (AL-ANFAAL:25)

Sunday, April 14, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 275 - Pewaris bumi

MEWARISI BUMI
 
105. Dan demi sesungguhnya Kami telah tulis di dalam kitab-kitab yang kami turunkan sesudah ada tulisanya pada Lauh Mahfuz; "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh". (AL-ANBIYAA': 105)
**Catatan ada ahli tafsir yang berpendapat bahawa "bumi itu" ialah bumi Syurga dan ada juga yang berbendapat bahawa ia adalah bumi kita ini, yakni bumi ini akan diwarisi oleh kaum yang layak memakmurkannya.

Getaran Jiwa - Apakah kita ini benar?

Salam pagi mesra mawar merahPada pagi yang hening damai ini
ingin aku ajak
ingin aku madah
pada semua sahabat taulan
dari jauh dari dekat
untuk renung fikir sejenak
melihat nun jauh saujana
selagi mata mampu melihat
selagi minda mampu memikirkan
selagi gelora jiwa mampu mengasyikkan
selagi hati kalbu mampu menusukkan
selagi budi mampu ditaburkan
apakah pilihan kita ini benar
apakah undi kita ini benar
apakah jalan yang kita bina ini benar
agar kebenaran ini menjadi milik besama
bukan kebenaran lari dari kita semua.

Kelana Putra
Gelora Jiwa PRU 13,
Pantai Teluk Lipat,
Dungun, Terengganu.
Isnin 15 April 2013.

RENUNGAN AL-QURAN 274

ISLAM ADALAH AGAMA KAMU
92. Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya, dan Aku adalah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku. 93. (Kebanyakan manusia masih berselisih) dan berpecah belah dalam urusan agama mereka; (ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada Kami (untuk menerima balasan). (AL-ANBIYAA': 92-93)

Getaran Jiwa - Bila biduk berlalu

Bila biduk berlalu
Apakah bangsaku ini
akan terus begini
akan pecah belah
akan cerai berai
sejak beribu tahun dahulu
Melayu tersohor terbilang
gemilang di persada dunia
kerana kayanya gahnya
bukan sekadar emas permata
miliki bahasa budaya
tata santun susila
apakah semua ini
akan terus pudar
kelam layu lesu
kerana sengketa
dendam haloba
sesama puak dan suku
politik rebut kuasa
rebut harta untuk kaya
apakah biduk bangsaku ini
tak mampu lagi
bertaut peluk kembali
kerana teguhnya nafsu nafsi
kau-kau dan aku-aku?

Kelana Putra,
Damai Cinta Abadi,
Dungun, Terengganu.
Ahad 14 April 2013.

Saturday, April 13, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 273

JANGAN BERLAGAK SOMBONG
"Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung ganang" (AL-ISRAA': 37)

Friday, April 12, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 272 - ERTI KEHIDUPAN DUNIA


APAKAH ERTI SEBENAR KEHIDUPAN DUNIA?
 
20. Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba memperbanyakkan harta benda dan anak pinak; (semua itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (AL-HADID:20)

GETARAN JIWA - Rumah Kita

Rumah Kita
Apakah rumah kita ini
sudah uzur terlalu tua
atapnya sudah tiris bocor
mungkin jua terlopong nganga
masuk hujan terkam cahaya
masuk abuk segalanya
apakah dinding-dindingnya turut pecah belah
bersama tiang-tiang dan rasuk-rasuk
buruk reput dimakan anai-anai
lantai-lantai jua patah riok
hingga kita semua
terlalu bimbang gusar takut
dihempap mati oleh runtuhnya
dan kali inilah
kita tetap tekad mahu
dan tidak menoleh lagi padanya
kita perlu tinggalkan saja rumah ini
tanpa sedih pilu rayu
kita mesti bina rumah baru
yang lebih perkasa dan damai
untuk kita, anak-anak dan cucu cicit
berlindung berbahagia
bila tiba saat ketikanya
kita rakyat menjadi kuasa
beri amanah mandat 1355 ini
mendiami Putrajaya.

Kelana Putra,
Mahligai Damai
Dungun, Terengganu.
Sabtu 14 April 2013.

RENUNGAN AL-QURAN 271

SEPUAK BERPALING DARIPADA PERINTAH ALLAH DAN RASUL

47. Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus) mereka berkata; "Kami beriman kepada Allah dan kepada Rasul-Nya dan kami taat; kemudian sepuak dari mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesuadah pengakuan itu, dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman.** 48. Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta merta sepuak dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka) (AN-NUR: 47-48) catatan**beriman hanya pada mulut dan kufur pada hati.

RENUNGAN AL-QURAN 270

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" (AL-BAQARAH; 44)

Wednesday, April 10, 2013

MUTIARA HADIS-Melihat Tuhanmu

MELIHAT ALLAH SWT.
Pernah ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW. Baginda lalu mengangkat pemandangannya melihat rembulan di malam purnama. Baginda lalu bersabda; "Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhan kamu kelak dengan mata kepala sebagaimana kamu melihat rembulan pada malam ini tanpa berebut-rebut dalam melihatnya". (Riwayat Muslim 633)

RENUNGAN AL-QURAN 269

PERINGATAN KEPADA ORANG-ORANG MUNAFIK

138. Sampaikan khabar berita kepada orang-orang munafik: Bahawa sesungguhya disediakan untuk mereka   azab seksa yang tdak terperi sakitnya; 139. (iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesunhhunya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya) (AN-NISAA’; 138)

RENUNGAN AL-QURAN 268

KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH PERMAINAN DAN HIBURAN

32. Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat iru kebih baik bagi orng-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (AL-AN’AAM;32)

Monday, April 8, 2013

ADAM DAN HAWA DIPERDAYAKAN OLEH IBLIS-SYAITAN


ADAM DIPERDAYA OLEH IBLIS DI DALAM SYURGA

115. Dan demi sesungguhnya,  Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi dia lupa dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh. 116. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, lalu mereka sujud, melainkan Iblis, dia enggan sujud.117.Maka, Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu: oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.118. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan juga tidak akan bertelanjang. 119. Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu dan juga tidak akan merasa panas matahari.120. Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap? 121. Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aruat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya den gan daun-daun dari Syurga dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya).(THAHA: 115-121)

RENUNGAN AL-QURAN 267

DILARANG MENGAMBIL ORANG KAFIR SEBAGAI TEMAN RAPAT

144. Wahai  orang-orang yang beriman!  Janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat  dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah  untuk (menyeksa) kamu? (AN-NISSA’: 144)

Sunday, April 7, 2013

WAHAI SEKELIAN MANUSIA - 1

SERUAN BERTAQWA KEPADA ALLAH DAN MEMELIHARA SILATURRAHIM

Wahai sekelian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya-zuriat keturunan-lelaki dan perempuan yang ramai, Dan bertaqwalah kepada Allah yang selalu kamu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu. (AN-NISSA’; 1)

RENUNGAN AL-OURAN 266

BERIMAN DAN BERBUAT KEBAJIKAN

114. Mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh. 115. Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa. (A-LI’IMRAAN: 114-115)

Saturday, April 6, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 265

SIAPAKAH  ORANG YANG  SEUMPAMA ANJING YANG SENTIASA TERJELIR?

175. Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. Kemudian da menjadikan dirinya terkeluar dari  mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaanya), maka menjadilah ia dari orang-orang yang sesat. 176. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya; ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya; ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (AL-A’RAAF: 175-176)

Friday, April 5, 2013

MUTIARA HADIS

BERBUAT KEBAIKAN MENDAPAT PAHALA YANG BERGANDA

Sabda Nabi saw.“Sesungguhnya Allah telah mencatatkan kebaikan dan keburukan serta telah menjelaskannya di dalam Kitab-Nya. Sesiapa yang telah berniat  untuk berbuat kebaikan namun tidak mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia benar-benar menerjakannya, maka Allah akan menuliskan untuknya 10 hingga 700 kebaikan, bahkan mampu lebih banyak lagi. Sesiapa yang telah berniat untuk berbuat keburukan (kejahatan) namun tidak mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia benar-benar megerjakannya, maka Allah akan menulis satu keburukan untuknya. (Riwayat Muslim 2564)

MUTIARA HADIS - NIAT

SEMUA AMAL PERBUATAN DINILAI ATAS NIATNYA
 
Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut NIAT dan setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya, maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu" (Riwayat Muslim 1907)

Thursday, April 4, 2013

The Prophet of Adam (A.S.)...The first man

The Prophet Adam (A.S.)
Adam is an Arabic word for 'man'. He was the progenitor of human race. He is reckoned to be the first Prophet by the Muslims. He was also the first man whom The Almighty had created from the elements of clay. The Holy Qur'an affirms:
"O mankind! Surely We created you from dust." (Qur'an 30:20)

The gradual process of man's physical development has been referred to in the following verses of the Holy Qur'an:
"He began the creation of man from dust. Then He made his progeny of an extract of water held in light esteem. Then he made him complete and breathed into him of His spirit and made for you ears and eyes and heart." (Qur'an 32:7-9)

According to the latest scientific research, the man has been created from clay with all its elements and their inherent properties. It is discovered by a chemical analysis of the human body that a defect occurs in its normal functioning when the quality of any of these elements gets diminished. In such case vitamins are used to supplement the deficiency and restore normal health.
The Creation of Prophet Adam:
Before the creation of mortal, The Almighty directed all the angels to assemble. Thousands upon thousands of angels (created from light) and Jinns (created from fire) gathered in groups. They bowed respectfully in the presence of The Almighty. The Creator of the universe declared that He intended to create the man. The angels and Iblis (Satan) disapproved the idea and pointed out that human beings would cause disorder on the earth. They would make mischief and shed blood indiscriminately. The Holy Qur'an gives a description of this even in the following verses:
"And when your Lord said to the angels: I am about to appoint a vicegerent in the earth. They said: Will you place therein such as will cause disorder in it or shed blood? We celebrate your praise and extol your holy names. He answered: I know what you know not." (Quran 2:30)
Angels were asked to make Obeisance to Adam:
The Almighty taught Adam the names of all things and inculcated into his mind the knowledge of their properties. The Holy Qur'an says:
"And He taught Adam the names of all things; then presenting them to the angels, He said: Tell Me the names of these if you are right." (Quran 2:31)

The angels did not know their names and said:
"Glory be to You. We have no knowledge except what You have taught us. Surely, You are the Knowing, the Wise." (Quran 2:32

After that, The Almighty questioned Adam in the presence of all angels about the names of different objects. He gave correct answers. On the basis of this superiority, The Almighty asked all the angels to bow as a mark of respect to Adam who was created so miraculously. The Holy Qur'an affirms:
"O angels! Fall down making obeisance to Adam." (Quran 15:29)
(From The Islamic Bulletin)



RENUNGAN AL-QURAN 264

SUMPAH IBLIS
 
39. Iblis berkata; Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, 40. "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hamba-Mu yang dibersihkan dari sebarang syirik". (AL-HIJR: 39-40)

Wednesday, April 3, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 263

SYAITAN YANG MENYESATKAN DAN AL-QURAN DITINGGALKAN
 
29. "Dan sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya). 30 Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran  ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".(AL-FURQAAN: 29-30)

Getaran Jiwa - Buta

Buta

Mata boleh buta
satu atau dua-dua
tiada melihat suatu apa
gelita tiap ketika
tiada yang ingin jadi buta
hidupnya meraba-raba
raba itu raba ini
raba di sana sini
salah raba boleh kena
salah raba tak kena-kena
silap raba tak jumpa-jumpa
kalaulah hati jadi buta
hidup pasti azab seksa
tidak mengerti tanpa makna
sesat terus selamanya
buta di sana tinggallah sendiri
tiada bantuan tiada pertolongan
gelita pekat likat
tidak mungkin sama sekali
mencari-cari jalan pulang
menuju-Mu Ya Ilahi.

 
Kelana Putra
Mahligai-Cinta,
Pantai Sura, Dungun.
Khamis 28 Mac 2013.

Monday, April 1, 2013

DOA NABI IBRAHIM as.

DOA NABI IBRAHIM as.

83. Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang solih. 84. "Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; 85. "Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Na'iim. 86. Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat. 87. "Dan janganlah Engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula" (ASY-SYU'ARAA; 83-87)

RENUNGAN AL-QURAN 262


PENYAKSIAN NABI IBRAHIM AS.

78. Tuhan yang menciptakan daku (dari  tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;79. Dan Tuhan yang Dia-lah yang memberiku makan dan minum, 80. Dan apabila aku sakit, maka Dia-lah yang meyembuhkan penyakitku; 81. Dan (Dia-lah) yang mematikan daku, kemudian menghidupkan daku; 82. Dan (Dia-lah) yang aku harapkan supaya megampunkan dosaku pada hari kiamat. (ASY-SYU’ARA: 78-82)