Saturday, August 31, 2013

Mutiara Hadis

ZIKIR
Nabi SAW bersabda: "Tiap sesuatu ada alat pembersihnya, dan yang membersihkan hati itu ialah zikir pada Allah".

Titisan Tinta


“Akan datang suatu masa, tiada tinggal dari Islam kecuali namanya, dan Quran hanya tulisannya, masjid-masjidnya megah tetapi kosong dari tuntutan agama, ulama pada waktu itu sejahat-jahat manusia di bawah langit, dari mereka timbulnya fitnah kekacauan, dan kepada mereka pula kembali fitnah itu” (Ali bin Abi Talib r.a.)

AMALAN PERTAMA YANG DIHITUNG-SOLAT

SOLAT YANG PERTAMA DIHITUNG PADA HARI KIAMAT

Nabi SAW. bersabda: “Pertama yang akan diperhitungkan pada hari kiamat dari seorang hamba ialah solat, maka jika cukup Allah meringankan kepadanya hisab, dan bila kurang  daripadanya, maka Allah berfirman kepada malaikat: Apakah hambaKu ada solat sunnah, jika ada maka cukupkan yang fardhu dari yang sunnat, kemudian jika telah cukup, maka dilanjutkan amal-amal yang lainnya menurut itu”. (HR  Al-Hassan al-Bashri)

GETARAN JIWA - Mawar Putih


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhS8-D3IK9HLm6cB0SiVkNgqnJscdOiJycmgVKhuHdvZiAKlb_dI1gXXKshY0izNLhLk3C6dUJjf-YoZwJbiy2N0fonBBzJFE9HDLDCfhzeQy3LTV9RdcnOopfZDAwSNu22ufzpFAlPhaV0/s1600/mawar+puteh.jpg

Mawar Putih

Mawar putih mahkota kasih
Selembut sutera setulus air mata
Mutiara kasih anak - ayah bonda
Belaian mesra  permata jiwa
Tanpa batas ruang masa
Apakah untuk selamanya?

Mawar putih anugerah Ilahi        
Berkorban nyawa bertarunglah jiwa
Melahirkan dan membesarkan
Bersama kemelut derita dan bahagia
Kasih sejati ditagih jua
Sampai bila dan bagaimana?

Mawar putih mekar suci murni
Seharum kasturi meniti masa
Ayah bonda dimamah usia
Jiwa raga kian pudar
Semakin pilu bertambah lesu
Menunggu saat penghujung nyawa

 Sebuah harapan bernama memori
Tak mungkin padam di dalam hati
Pada yang kasih dan tersayang
Mawar putih seindah mimpi harapan
Setinggi gunung mencecah janji
Dekat di mata jauh di hati

Lupa diri menjadi durhaka
Tiada lagi dakapan kasih mesra
Di taman hati sudah buta dan beku
Mawar putih hilang entah ke mana
Anak berkelana cari ayah bonda
Manakah jalan lurus ke pintu Firdausi?

Kelana Putra
Selasa 25 Februari 2011
20 Safar 1432, Sura, Dungun.

 

 

 

Friday, August 30, 2013

APAKAH MELAYU SUDAH LUPA?


APAKAH MELAYU SUDAH LUPA?
I
Apakah kita Melayu abad  21 kini
pewaris ketuanan dan kedaulatan sejati
sudah lupa diri  tidak ingat lagi
sejarah perjuangan gigih pertiwi
hampir lima abad lamanya
bumi kaya raya dan bangsa kita
dalam genggaman cengkaman rakus
penjajah durjana
Portugis – Belanda –Inggeris
bermaharaja lela

Kapitalisme kaut keuntungan

entah berapa trilion banyaknya
habis kikis khazanah bangsa
datuk nenek moyang kita
diherdik dihina dicerca
miliki bumi sekangkang kera
bahasa dan budaya bangsa
ditolak dipinggirkan jauh ke sana
bangsa kita jadi rakyat kelas tiga
II
31 ogos 57
Ayah ibu datuk nenek kita
kibarkan Jalur Gemilang gagah megah
MERDEKA, MERDEKA,MERDEKA!
bergema ke seluruh dunia
gugurlah air mata
syukur damai bahagia
tersirat beribu erti dan makna
kita kurang mengerti
apatah lagi saksikannya                                                                        
III

Lima dekad telah berlalu
ayah ibu kaum kerabat dan kita juga
mengisi dan memelihara
kemerdekaan murni  ini
kecil besar miskin hina papa kedana
gigih bersama suka duka
keringat darah dan air mata
bangunkan agama bangsa negara

Berjuang wira pahlawan bangsa
gugur di bumi tercinta ini
mereka hayati darah satria
Dol Said - Tok Janggut - Tok Bahaman - Mat Kilau
siapakah satria  siapakah wira?
dah kenal tapi tak cinta
bangsa sendiri perlekehkannya
petualang dan penderhaka
tak layak digelar wira
IV
Apakah kini kita manpu
jadi bangsa kelas dunia
hadapi kemelut saingan globalisasi
cengkaman keras liberalisasi
harungi gelombang kerenah punah ict
apakah nanti anak cucu cicit kita
mampu berdiri gagah megah
seteguh seutuhnya
Titiwangsa
atau Melayu ini meyerah kalah
rebah tersungkur
di bumi tercinta ini
tidak berdaya lagi!

Kelana Putra  
Bandar Hilir, Melaka  
25 September 2011  
Ahad 27 Syawal 1432.

Renungan Al-Quran 376

DITEGAH MENURUT JEJAK LANGKAH SYAITAN

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorangpun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui. (AN-NUR:21)

 

Renungan Al-Quran 374

APA SUDAH JADI KEPADA AKAL KAMU?

Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)? Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari Allah) yang kamu baca dan pelajari? Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih? (QALAM: (36-38)

Thursday, August 29, 2013

SOLAT (4)


KE ARAH KESEMPURNAAN SOLAT 4
MEMBACA AL-FATIHAH

Membaca surah al-Fatihah (Ummul al-Quran) dalam setiap rakaat solat adalah wajib. Antara sabda Nabi saw. mengenai perkara ini ialah;
1.”Tidak sempurna solat seseorang, apabila dia tidak membaca (surah) al-Fatihah”. (Hadis Riwayat Bukari dan Muslim, Sahih al-Bukhari 714 dan Sahih Muslim 595)

2. “Barang siapa yang mendirikan solat dan tidak membaca Ummul al-Quran (al-Fatihah, maka solatnya tidak sempurna”.  Rasulullah mengulangi ujaran tersebut sebanyak tiga kali.
Adalah amat penting bagi setiap orang berusaha membaca surah al-Fatihah dengan betul, tertib, ayat demi ayat sehingga selesai. Membaca surah al-Fatihah dengan memahami erti dan maksud setiap ayatnya akan memboleh tumpuan sepenuhnya dan meningkatkan kekhusyukan dalam solat.

3. Maksud surah al-Fatihah:                
1. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam.
3. Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5.  Engkau-lah sahaja (Ya-Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkau-lah sahaja kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7.  Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

 

Renungan Al-Quran 373

SEGALA PERBUATAN ADALAH DITULIS OLEH MALAIKAT

28. Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat bertelut  (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka); “Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa yang kamu telah kerjakan”.29. Inilah surat (tulisan Malaikat) Kami, ia memberi  keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami telah (perintahkan Malaikat) menulis segala apa yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)!”. (AL-JAATHIYAH: 28-29)

Mutiara Hadis


APAKAH YANG DICATAT TERLEBIH DAHULU?

Nabi saw. bersabda: “Sesungguhnya seseorang dari kamu semua itu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari (asal air mani), kemudian menjadi segumpal darah beku selama 40 hari, selanjutnya menjadi segenggam daging juga selama 40 hari. Seterusnya Allah Taala lalu mengutus seorang malaikat, maka iapun meniupkan roh di dalam tubuhnya. Malaikat itu diperintahkan mencatat empat kalimat yakni mengenai REZEKI orang itu, AJAL kematiannya, AMAL perbuatannya dan CELAKA atau BAHAGIAnya.

MELAYU


APAKAH MELAYU SUDAH LUPA?

IV
Apakah kini kita mampu
jadi bangsa kelas dunia
hadapi kemelut saingan globalisasi
cengkaman keras liberalisasi
harungi gelombang kerenah ict
apakah nanti anak cucu cicit kita
mampu berdiri gagah megah
seteguh seutuhnya
Titiwangsa ataukah
Melayu ini meyerah kalah
rebah tersungkur
di bumi tercinta ini
tidak berdaya lagi?

 
Kelana Putra
Bandar Hilir, Melaka
25 September 2011
Ahad 27 Syawal 1432

 

 

 

SOLAT (3)

KE ARAH KESEMPURNAAN SOLAT 3
DOA IFTITAH
Ertinya: “Ku hadapkan wajahku (jiwaragaku) ke hadapan Allah, Tuhan Pencipta langit dan bumi. Sebagai seorang muslim yang lurus (dengan hati yang cenderung dan berserah diri) kepada-Nya, Dan tidaklah aku termasuk golongan orang musyrikin (menyekutukan-Nya). Sesungguhnya solatku, amal ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah demi Allah, Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, Aku diperintah menyembah-Nya, dan aku patuh dan berserah diri (kepadanya)”
Menghadapkan “wajah ke hadapan Allah”,  bukanlah sekadar menghadapkan muka bersama-sama anggota lahir yang lain ke hadapan Allah, tetapi menghadapkan seluruh jiwa raga  termasuk anggota-anggota batin (hati, persaan dan pemikiran) kepada Allah SWT. Solatlah dengan sentiasa menghadapkan hati dan jiwa sepenuhnya kepada Allah sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Allah sentiasa menghadap kepada wajah hamba-Nya yang sedang solat selama ia tidak menoleh ke kanan atau ke kiri. Jika hamba itu memalingkan wajahnya, Allah pula akan berpaling darinya” (Riwayat Abu Daud, al-Mustadrak ‘Ala Shahihain; 1481 dan Sahih Ibni Hibban: 1789)
Doa Iftitah adalah amalan sunat dalam solat. Abdullah bin Umar ra. meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Doa Iftitah menjadi sebab utamanya dibukakannya pintu-pintu (rahmat yang ada dilangit) (Sahih Muslim: 943)
Wallahu-alam..
 
 

Getaran Jiwa-Bahtera


Bahtera
950  tahun usianya
Nuh  merayu seru
kaum kerabat umat manusia
sembah Tuhan Yang Maha Esa
namun kecewa hampa
patung-patung bikinan
mereka  sembah puja
sesat ingkar durhaka
mereka  gelak  tawa
katakan dia sudah sasau gila
bina bahtera entah mahu ke mana
tiada banjir tiada gelombang
mereka sombong angkuh
mencabar  turun azab seksa
tiba saat ketikanya
ribut raksasa terjah melanda
gelombang mengunung ganang
gempur ranapkan semuanya
ditinggalah isteri dan anak durhaka
tidak ramai  mengikuti jejaknya
bersama  haiwan berpasang-pasang
dalam cemas takut bimbang
berlayarlah  dalam bahtera damai
berlabuh akhirnya  di Gunung Judi
bersambung   zuriat manusia
“Salam sejhtera ke atasmu Nabi Nuh a.s.”
Rahmat Allah Yang Maha Esa.

 
Kelana Putra
Kuala Terengganu,
Khamis 21 Feb. 2013.

 

 

Renungan Al-Quran 372

AGAMAKU DAN AGAMAMU

1.Katakanlah (wahai Muhammaad); “Hai orang-orang kafir! 2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. 3.Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. 4. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. 5. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat”. 6. “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”. (AL-KAAFIRUUN: 1-6)

Renungan Al-Quran 371

MENENTANG ALLAH DAN RASULNYA.

12. (Ingatlah) ketika Tuhanmu mewahyukan kepada malaikat: “Sesungguhnya aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu pancunglah leher mereka  (musuh) dan tetaklah tiap-tiap anggota mereka. 13. (Perintah) yang demikian ialah kerana sesungguhnya mereka menentang Allah dan RasulNya; dan sesiapa yang menentang Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya.(AL-ANFAAL; 12-13)

Wednesday, August 28, 2013

SALAM KEMERDEKAAN 2013 - Pesanku


PESANKU
Padamu
anak  cucu cicit
Ingin aku berpesan
jangan engkau lupa diri
jangan engkau lalai layu
jangan engkau nodai
jangan engkau abaikan
Tanah pusaka ini
milik kita
milik pertiwi
milik Melayu
milik anak peribumi
milik yang tiada tukar ganti
milik yang tiada gadai jual beli
jika tidak suatu hari nanti
engkau akan menjadi hamba
dihina dikeji dicerca
di atas bumi sendiri
disaksikan pusara ayah-ibumu
juga datuk nenek moyangmu
kelak sumpah ini memakan dirimu
kerana sudah ramai di antara kita
berbuat noda dan durjana

 
Kelana Putra
Dungun, Terengganu
Khamis 29 Ogos 2013
22 Syawal 1434.

Renungan Al-Quran 370

MANUSIA DICIPTAKAN SEBAIK-BAIKNYA

4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan kelengkapan sesuai dengan keadaannya). 5. Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, 6. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (AT-THIN: 4-6)

GETARAN JIWA - Fanatik Cinta

Fanatik Cinta

Cinta Kau dan Aku
Cinta sehati dua jiwa
Cinta setiap detik ketika
Cinta itu tidak buta
Cinta tak boleh dijual beli
Cinta tidak digadai kongsi
Cinta bukan barang maian
Cinta bukan calang-calang
Cinta berbayar nyawa
Cinta dendam asmara
Cinta asyik sentiasa
Cinta kasih bulan madu
Cinta dulu, kini selamanya
Jangan sesekali putus cinta

Kelana Putra
Asmaradana-Cinta
Selasa 25 Dis 2012
11 Safar 1434

 

SOLAT (2)

KE ARAH KESEMPURNAAN SOLAT 2
ANGGOTA ZAHIR DI HADAPKAN SEPENUHNYA
Meletakkan tangan kanan di atas belakang tapak tangan sedikit  ke arah persendian dan pergelangan tangan kiri, sambil berdiri menyusun serta mengatur kedua kaki secara  lurus dengan hujung jari kaki ke hadapan mengadap kiblat, sedang mata ditujukan ke tempat sujud dengan sedikit menundukkan kepala, adalah sebagai tanda dan isyarat sekaligus bersama dengan anggota-anggota batin untuk menghadap dan mengagungkan Allah SWT. Tegasnya semua anggota zahir tidak sekali-kali melayani perkara-perkara lain yang melalaikan.

Renungan Al-Quran 369

DATANG MENGADAP ALLAH SEORANG DIRI

93. Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba. 94. Demi sesungguhnya Allah telah mengira mereka (dengan pengetahuanNya) serta menghitung mereka satu persatu. 95. Dan mereka masing-masing akan datang mengadapNya pada hari kiamat dengan seorang diri. (MARYAM; 93-95)

Getaran Jiwa - Ada apa dalam cinta?

Ada apa dalam cinta?
 
Sebuah cinta asmara
milikku dan milikmu
sumpah janji setia
paduan  dua hati sejiwa
ada senyum seribu makna
ada rindu membelah jiwa
ada kasih memaut mesra
ada saying selalu terbayang
ada cemburu resah keliru
ada geram tuntut habuan
ada rayu dambakan mesra
ada benci bila tak kesampaian
ada letih menunggu kekasih
ada lesu bila tak ketemu
ada dusta untuk sembunyi
ada penawar bila dilukai
ada asmara lepaskan dendam
ada sunyi bila sendirian
ada kerja bila berduaan
ada asyik bila memikirkan
ada syahdu bila dilamun
ada itu, ada ini
ada macam-macam


Kelana Putra
Mahligai-Cinta
Jumaat 19 Julai 2013.
10 Ramadhan 1434.

 

 

Renungan Al-Quran 368

MANUSIA DITUNJUKI DUA JALAN

8. (Mengapakah manusia terpedaya dan bermegah-megah?). Tidakkah kami jadikan baginya; dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) 9. Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)? 10. Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya dan jalan kejahatan untuk dijauhinya)? (AL-BALAD: 8-10)

ANDAINYA AKU

Andainya aku..!
Cenderawasih di angkasa biru
aku bernyanyi menari bersama arak awan
lepas bebas riang
akhirnya tumpas rebah menyembah bumi

Andainya  aku..!
Seteguh karang di samudera dalam
aku mampu bertahan diterjah gelombang
pasti patah punah ranah
semacam pasir sentiasa berpindah ubah

Andainya aku..!
Sebuah patung boneka bikinan
aku  dijadikan mainan
hilai gelak tawa
ramai manusia dan syaitan

Andainya aku…!
Sepohon kayu
Aku beri buah-buah ranum dan teduhan
meliuk lintuk patah tumbang
bila angin ribut menyerang
punah lintang pukang

Andainya aku…!
Segagah seutuh Titiwangsa
aku tetap perkasa tegak segak
biarpun dilanda ribut raksasa
tiada bimbang tiada gusar
tamat riwayatnya bersama dunia

Kelana Putra
Bandar Bukit Puchong
Selangor Darul Ehsan,
Sabtu 12.Jan 2013,
29 Safar 1434.

 

 

Mutiara Hadis

BERPUASA SEOLAH-OLAH SETAHUN

Nabi SAW. bersabda: "Barang siapa berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun itu".

Tuesday, August 27, 2013

Renungan Al-Quran 367

SIAPAKAH  ORANG YANG PALING RUGI
103.Katakanlah (wahai Muhammad); “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang yang rugi serugi ruginya  amal perbuatannya? 104. (Ia itu) orang-orang  telah sia-sia amal usahanya dalam kehdupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja  yang mereka lakukan”. 105. Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka  dan  akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka, maka akibatnya Kami  tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak. 106. (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya Neraka Jahanam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka  pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan. (AL-KAHFI: 103-106)
 
 

The Last Person to Enter Paradise - Da`wah - Counsels - Alukah.net

The Last Person to Enter Paradise - Da`wah - Counsels - Alukah.net

Getaran Jiwa - Tulus

TULUS

Apakah hati
jiwa kalbu
milik kau dan aku
selembut sutera bidadari
seharum  mawar kasturi
seindah panca delima
seputih awan saujana
semesra belaian bayu
sedingin embun pagi
sebening air mata
seayu senjakala
semanis madu
semerdu alunan rindu
segagah tsunami cinta
segegar asmaradana
seasyik lamunan cinta.

Kelana Putra,
Asmaradana-Cinta
Rabu 28 Ogos 2013

20 Syawal 1434.

Setulus Cintamu - Broery Marantika [HD]


Getaran Jiwa - Aku berkelana


Aku berkelana
tuju destinasi
roh- jasadku ini
besatu berpadu
seketika waktu cuma
untuk aku bersiap siaga
jelajahi  kembara saujana
sendiri  sayu  sepi
aku tidak pasti
bila dan bagaimana
ajal maut dan kisahnya
apa lagi selebihnya
apakah ia  sekadar
berhenti dan menanti
iupan seru sangkakala
bangkit hidup kembali
dan terus kembara sendiri
bukan itu fantasia
alam misteri abadi
mengadap pada-Mu Ya Ilahi.

Kelana Putra
Cinta Abadi

Ahad 1 Jun 2013

 

 

Getaran Jiwa - Damai

DAMAI

Alam nyata  ini,
begitu indah permai,
mata-mata  merenung,
melirik dan menjeling,
getaran  jiwa  gelora,
menusuk menikam kalbu,
arakan awan di langit biru,
cenderawasih memadu kasih,
berlagu cinta rindu,
suria fajar dan  senjakala,
berhias mega-mega,
purnama menyuluh tabir gelita,
kerdipan bintang-bintang mendakap mesra,
kejora dan syakira senyum mesra,
samudera biru saujana pesona,
riang bersama belaian bayu,
gelombang asmaradana,
sesekali bertukar gila,
dan pulau-pulau begitu manja,
kicaun riang ria camar senja,
murai pagi riuh bernyanyi,
bunga-bunga kembang mekar,
cantik harum wangi,
gunung ganang belantara,
tasik dan sungai-sungai,
tampak biru dan hijau,
dingin sejuk menusuk rasa,
semuanya bergelak tawa
sugguh asyik damai.

Kelana Putra,
Dungun, Terengganu
Selasa 27 ogos 2013. 19 Syawal 1434.

 

 

 


Account Options

 

Monday, August 26, 2013

Renungan Al-Quran 366

KECELAKAAN  BESAR

1.Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), 2. Ia itu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang-cupak) dari orang-orang lain mereka mengambilnya dengan cukup.3. Dan sebaliknya apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. (AL-MUTAFFIFIIN: 1-3)

Renungan Al-Quran 365

BERIBADAT KEPADA ALLAH DAN BERBUAT KEBAIKAN
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetanga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang-orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri" (An-Nisaa' : 36)

Ayat di atas merupakan firman Allah swt. yang memerintahkan manusia untuk melakukan dua perkara yang amat penting iaiatu; (a) beribadat kepadaNya tanpa ada sebarang sekutu yang lain dan (b) berbuat kebaikan kepada manusia khususnya semua orang yang di sebutkan dalam ayat tersebut.

Pertama, beribadat kepada Allah ialah paksi atau  pokok kepada kehidupan setiap manusia apabila seseorang itu telah beriman kepadanya. Dalam ayat yang lain Allah telah menegaskan bahawa Dia menjadikan atau mencipta manusia (termasuklah jin) tidak lain hanyalah untuk semata-mata menyembah dan beribadat kepadaNya. Inilah hakikat sebenarnya Allah menciptakan manusia dan jin di muka bumi ini. Kerja beribadat itu pula mestilah dilakukan dengan sepenuh hati dan jiwa raga dan tidak mempersekutukan dengan apa-apa sekalipun. Melihat dari sudut ini kita mestilah mengisafi, menyedari dan memahami bahawa beribadat Allah ialah suatu perintah  yang mutlak ke atas diri manusia yang wajib dan mesti dilakukan menurut segala hukum dan peraturan yang sudah Allah tetapkan.

Kedua, manusia diperintahkan untuk berbuat baik kepada manusia lain, iaitu orang-orang lain yang ada disekekeliling mereka. Dalam hal ini Allah telah menyatakan dengan jelas akan orang-orang yang kepada mereka kita mesti berbuat kebaikan. Kalau kita direnungi secara mendalam  berbuat baik itu sendiri mengandungi skop amal perbuatan yang begitu luas iaitu segala bentuk kebajikan, keinsanan dan kebaktian. Ia boleh berupa yang melibatkan harta benda atau kekayaan, ilmu pengetahuan dan tenaga fizikal.
 
Antara kumpulan orang untuk kita berbuat kebaikan yang Allah sebutkan dalam ayat di atas ialah: (1) kedua ibu bapa, (2) kaum kerabat, (3) orang miskin, (4) jiran tetangga yang dekat dan yang jauh, (5) kawan-kawan atau rakan-rakan sejawat, (6) orang-orang musfir yang terlantar dan (6) hamba yang dimiliki. Lihatlah berapa luasnya ruang lingkup yang ada untuk sesiapa sahaja berbuat kebaikan, pada bila-bila dan di mana jua.
Ketiga, Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan berbangga-bangga. Sesungguhnya sifat sombong takbur dan berbangga diri ini ialah salah satu sifat keji (mazmumah) yang ada dalam diri atau hati manusia. Ia berpunca dari hati yang kotor yang juga menumbuhkan pelbagai sifat keji yang lain yang Allah memang membencinya seperti tamak haloba kepada makanan, percakapan dan harta kekayaan,  bakhil kedekut, ujub, riak dan lain-lain.  Ramai para ulama  Islam  menjelaskan sifat-sifat keji dan sifat-sifat terpuji (mahmudah) dalam kitab-kitab mereka berdasarkan ayat-ayat Allah dan sunnah Baginda saw.

Sunday, August 25, 2013

Renungan Al-Quran 364

BERTASBIH PAGI DAN PETANG

41. Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Alah dengan ingatan serta sebutan sebanyak-banyaknya: 42.Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang. (AL-AHZAAB: 41-42)

Renungan Al-Quran 363

BERPEGANG TEGUH KEPADA AGAMA

22. Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh kepada simpulan (tali agama) yang teguh; dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan. (LUQMAN: 22)

Renungan Al-Quran 362

AL-QURAN  DIWARISI

32. Kemudian kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak menindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebajikan dengan izin Allah.  Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).(FAATIR;32)

Renungan Al-Quran - Surah Al-Falaq

KEJAHATAN MAKHLUK-MAKHLUK

1.Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekelian makhluk. 2. Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. 3. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; 4. Dan dari kejahatan mahkluk-mkhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); 5.Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.(AL-FALAQ: 1-5)

RENUNGAN AL-QURAN 361

KEAMPUANAN DAN PAHALA YANG BESAR

35.  Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar dan orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak – Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya kemapunan dan pahala yang besar.(AL-AHZAAB: 35)

Saturday, August 24, 2013

SURAH AN-NAAS - BERLINDUNG KEPADA ALLAH

PEMBISIK DAN PENGHASUT

1.Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada Allah. 2.Pemelihara sekelian manusia. 3.Yang menguasai sekelian manusia. 4. Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. 5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. 6. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan Jin dan manusia”. (AN-NAAS: 1-6)

Salam Kemerdekaan


JIWA MERDEKA

(istimewa untuk semua PATRIOT bangsa)

 
Kau pertaruhkan jiwa raga
kau redah belantara raksasa rimba
kau rempuh gunung membelah awan
kau terjah lembah bergaung jurang
kau humbankan gelombang berbisa

 
Musuh durjana keliling kelalang
mencari peluang merebut ruang
dalam terang maupun gelita
siang malam mesti waspada
berjuang terus berjuang
tidak gentar tidak bimbang

 
Ilmu didada langkah pahlawan
berkat doa dari yang kasih
restu kasih dari yang sayang
degup cinta sabar setia
hancurkan saja petualang bangsa
kau terus mara….sedia…..serang!

Biar bumi disimbah darah
jangan sekali mengaku kalah
kemerdekaan dan kebebasan milik bangsa
berpantang maut sebelum ajal
bila ajal tinggalkan jasa
kaulah patriot bangsa

Jarang dikenang ramai yang lupa
darahmu bukanlah percuma
penebus maruah bangsa berdaulat
kau taburkan jasa semangat wira
kau serlahkan bakti seharum kasturi
kau tumpahkan setia ke dada pertiwi

Kaulah patriot waja...
gugur jua akhirnya!
bersemadi engkau di pusara ternama
hormat dan tabik bersama bunga-bunga
gilang gemilang hanyalah tontonan
tinggal abadi semangat menyala
kau tetap hidup dalam jiwa merdeka
Merdeka!.... Merdeka!…..Merdeka!

Kelana Putra
Taman Bijaya Sura
Dungun, Terengganu DI
Selasa 3 Mei 2011.

 

 

Renungan Al-Quran 360

JANGAN BERBUNUHAN SESAMA SENDIRI

29. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. (AN-NISSA: 29)

Renungan Al-Quran 359


KATAKANLAH; Selamat tinggal..!

87. Demi sesungguhnya! Jika engakau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang mencipta mereka?” Sudah tentu mereka akan mnjawab: “Allah!” (Jika demikian) bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakan-Nya)? 88. Dia (Dia-lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah pada-Mu untuk mengadilinya)” 89. (Tuhan menjawab rayuan dengan berfirman): Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: “Selamat tinggal! Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)!” (AZ-ZUKHRUF;87-89)

KESEMPURNAAN SOLAT

KE ARAH KESEMPURNAAN SOLAT - 1
TAKBIRATUL IHRAM
Takbiratul Ihram yang kadang-kadang juga disebut sebagai takbir Iftitah ialah lafaz Allahu Akhbar pada permulaan solat. Nabi saw. bersabda: “Anak kunci solat itu ialah bersuci, permulaannya ialah takbir dan penghabisannya ialah salam”.
Pada permulaan solat, seseorang itu diisyaratkan mengangkat kedua tangannya setentang dua bahu sebagai isyarat bahawa ia akan masuk terus ke dalam solatnya. Ia adalah isyarat selamat tinggal dunia, hubungan dengan dunia terputus dan diri hanya berhubung dengan Allah SWT semata-mata dengan tumpuan (perasaan dan pemikiran) kepada Allah Yang Maha Besar – menjadi lambang kepada kekhusyukan, ketulusan hati dan kehinaan diri hamba-Nya.