Friday, May 31, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 298

Bila tiba tempoh masanya

61. Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah dia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Dia memberi tempoh kepada mereka hingga kesuatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun, dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan. (An-Nahl; 61)

Thursday, May 30, 2013

RINDUKU TETAP PADA-MU

Rinduku Tetap Pada-Mu

Mataku buta melihat Engkau,
Engkau zahir dalam hatiku,
Engkau anugerahkan rahmat-Mu,
Engkau pancarkan hidayah-Mu,
akupun jadi rindu,
rinduku dulu, kini dan selamanya
kukirimkan salam rinduku,
tanpa warkah biru untuk-Mu,
hanya dengan doa dan sendu,
aku lemah kerana rindu,
aku gagah kerana rindu,
aku rindu setiap waktu,
rinduku tetap pada-Mu.

Kelana Putra,
Dungun-Kenyir-Gua Musang,
17 Jun 2010.

KEKASIH

Kekasih
AKAN kupintal buih-buih
     menjadi tali
     mengikatmu

akan kuanyam gelombang-gelombang
     menjadi hamparan
     ranjang tidurmu

akan kutenun awan gemawan
     menjadi selendang
     menudungi rambutmu

akan kujahit bayu gunung
     menadi baju
     pakain malammu

akan kupetik bintang timur
     menjadi kerongsang
     menyinari dadamu

akan kujolok bulan gerhana
     menjadi lampu
     menyuluhi rindu

akan kurebahkan matari
     menjadi laut malammu
     menghirup sakar madumu

Kekasih, hitunglah mimpi
     yang membunuh realiti
     dengan syurga ilusi.

(Usman Awang 1971)

KEMBARA INSAN


Kembara Insan

 
Perjalanan kita bermula di sini
dari suatu perhentian yang asyik
pentas manusia hilai ketawa
gedung emas dan permata
kita hanyut dan terpesona
kasihkan dunia tidak terperi

 
Perjalanan ini tidak terperi jauhnya
bukan sejuta batu tidak sejuta tahun
langkah yang tidak mampu dihitung kira
mungkinkah sejauh bumi ke matahari
atau dari bulan ke bintang kejora
apapun kita tidak mampu undur kembali

 
Bilakah dan di manakah destinasinya
bukan dengan kapalterbang atau jet supersonik
tanpa bekal air mineral mahupun makanan segera
tiada telefon bimbit tiada komputer riba
hanyalah berbekalkan nur iman dan amal takwa
sahabat sejati lagi setia

 
Di sana nanti kita berkelana sendirian
hati amat pilu, luka dan duka
meredah lautan keringat, darah dan air mata
mimpi ngeri sangat menakutkan
bayangan pelbagai misteri
benci dan kesal pada wajah sendiri

 
Sesalan pasti tiada gunanya
hidup dunia dan mati hanya sekali
tiada lagi bantuan dari sahabat dan kerabat
masing-masing bawa diri sendiri
menanti pengadilan Tuhan Yang Maha Bijaksana
mampukah kita terus menunggu
atau mati dalam perjalanan ini?

 
Kelana Putra
Tasik Kenyir
27 September 2010.

 

Mutiara Hadis - Bertemu Allah

Nabi saw. bersabda: "Sesiapa yang suka bertemu kepada Allah, maka Allah suka menerimanya dan sesiapa yang tidak suka bertemu kepada Allah, Allah juga tidak suka menerimanya".

RENUNGAN AL-QURAN 297

TIMBANGAN AMAL BAIK

101. Kemudian, apabila ditiupkan sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka, dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan. 102. Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. 103. Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam neraka Jahanam. (AL-MUKMINUUN;101-103)

RENUNGAN AL-QURAN 296


ORANG-ORANG YANG DIREDHAI ALLAH

71.“Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar taubat; 72. Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. 73. Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta. 74. Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan Kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami; perkara-perkara yang menyukakan hati kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.75. Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucap selamat di dalamnya. 76. Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal”. (Al-Furqan: 71-76)

Getaran Jiwa - Korek

KOREK
Iblis, syaitan dan hantu,
korek kiri korek kanan,
korek depan korek belakang,
korek atas korek bawah
korek nafsu tiap waktu
korek hati sampai mati
korek jiwa hingga merana seksa
korek iman hingga ingkar durhaka,
korek diri selagi nyawa bersama badan
korek sehingga kiamat tiba.

Wednesday, May 29, 2013

Getaran Jiwa - Hina


HINA
 
Diri dihina dicaci keji
mata memandang perkara haram
telinga mendengar khabar palsu
mulut manis bicara celupar
lidah bercabang kerap berdusta
panjang tangan merompak curi
kaki berjalan hentak bumi
hati keras hilang simpati
jiwa tandus tiada merasa
akal ada pertimbangan tiada
diri sombong bongkak bangga
diri ada tidak sedari
diri mati meskipun bernyawa
hinalah diri sepanjang usia

Kelana Putra
Bukit Bauk, Dungun.
Jumaat 1.April 2013
4 Safar 1434.

 

RENUNGAN AL-QURAN 295

MAUT AKAN DATANG MENDAPATKAN MANUSIA
78. Dan di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng (tembk-tembok) yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup) mereka berkata: "ini adalah dari sisi Allah" ; dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka pula berkata: "Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu. Katakanlah (wahai Muhammad): "Semua itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? (AN-NISAA": 78) 

Tuesday, May 28, 2013

RENUNGAN AL-QURAN - 294

APABILA KUBUR-KUBUR DIBONGKARKAN

4. Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan. 5, (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkan. 6. Wahai manusia! Apakah yang telah memperdayakan mu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu Yang Maha Pemurah? (AL-INFITHAR; 4-6)

GETARAN JIWA - Senyum

SENYUM
Aku senyum
Engkau senyum
Dia senyum
Semuanya senyum
Hari-hari kita senyum
Atau cuma tersenyum
Senyum manis di bibir mesra
Senyum mesra pancaran jiwa
Senyum puas pancaran hati
Senyum demi senyum
Ada apa dibalik senyum?
Senyum dara kepada teruna
Senyum janda kepada duda
Sendirian juga masih senyum
Bukan gila bukan sasau
Senyum itu sejuta makna
Senyum dan terus senyum
Apakah nanti
Bila mati
Kita masih  tersenyum?

Kelana Putra,
Dungun
6 Oktober 2011
20 Zulkaedah 1433.

 

 

 

 

RENUNGAN AL-QURAN 293

ORANG-ORANG YANG DERHAKA DILEMPARKAN KE DALAM NERAKA
1.Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba mendapatkan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak pinak, pangat dan pengaruh), 2.Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! 3. Kamu akan mengetahui kelak (akibat yang buruk semasa hendak mati)! 4. Sekali lagi diingatkan: jangan sekali-kali kamu bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak (akibat yang buruk pada hari kiamat)! 5. Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang akan kamu hadapi)-dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). 6. (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang.7. Selepas itu demi sesungguhnya!- Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihat dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke  dalamnya)! 8. Selain itu kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! (AL-TAKAATHUR; 1-8)
 

Mutiara Hadis

ADA 10 JENIS MANUSIA YANG TIDAK MASUK SYURGA
Daripada hadis Nabi saw. ada 10 jenis manusia (umat ini) yang tidak masuk syurga kecuali yang sudah bertaubat:
1. Al-Qallak – Orang yang datang kehadapan pemimpin dengan membawa kebatilan dan kebohongan.
2. Al-Jayyuf – Orang yang membongkar kuburan (ubtuk mencuri kain kafan).
3.  Al-Qattat – Tukang fitnah.
4. Al-Dabbub – Orang yang mengumpulkan para pemudi di rumahnya untuk melakukan kejahatan.
5. Al-Dayyuth- Orang yang tidak merasa cemburu kepada isterinya.
6.  Sohibul-Artobah – Orang yang memukul gendang.
7. Sohibul-Kubah – Orang yang bermain kecapi.
8. Al-Utullu - Orang yang tidak mahu memaafkan kesalahan dan menerima permohonan maaf (dari orang lain kerana kesombongannya).
9. Az-Zanim – Anak yang lahir dari perzinaan, lalu duduk di tengah jalan, menceritakan keburukan orang lain.
10. Orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya.
 

Kusangka Dulu (Pujangga Baru)

Kusangka Dulu

Kusangka dulu luka jiwaku
Tiada 'kan sembuh lagi

Kusangka 'ku akan selalu
Putus harapan, ingin mati.

Tapi waktu penawar yang sakti
Dapat menutup luka jiwaku

Dan di atas luka yang dulu
Tumbuh indah mawar cintaku.

(H.R.: Pujangga Baru)

Monday, May 27, 2013

Getaran Jiwa - Keagungan Cinta -Mu


Keagungn Cinta-Mu

 
Ya Rabbi, Ya Ilahi
betapakah agungnya
kasih sayang cinta-Mu
pada makhluk melata
di langit dan di bumi
juga di antara keduanya

Kau limpahkan rahmat
di mana jua
Tak kira rupa dan warna
pada siang pada malam
dalam susah dalam senang
Dikau Yang Maha Pemberi
pancarkan nur hidayah
pada hati-hati manusia
jadi utuh bertambah murni

Namun sayangnya
tidak ramai yang memilikinya
anugerah sepanjang usia
tiada batas sempadannya
nyawa dan kehidupan ini
bukanlah berjuta harganya
meskipun sementara
untuk beramal bakti

Di sana nanti belum pasti
hanya  yang taat sabar setia
Kau janjikan hidup sejahtera
dalam mahligai istana syurga
aku, kau dan dia
megharap memohon meminta
nikmat cinta-Mu Yang Maha Pengasih.

 
Kelana Putra
Dungun
Rabu 19 Oktober 2011
22 Dzulkaedah 1432

 

Mutiara hadis - Benteng

NABI saw. bersabda:
"Bisikan membentengi rahsia.
Sedekah membentengi harta.
Ikhlas membentengi amal.
Kejujuran membentengi perkataan.
Dan mesyuarat membentengi pendapat".

Guru - Obor Hikmah


OBOR HIKMAH
Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpah hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.

Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia-sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.

Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai khutubkhanah,
menyediakan khutubkhanah sebqgai dunia,
Ia mengemudi biduk, melepaskannya,
ada lambungan laut, merangsangkan,
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru-minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih,
di  daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kembali semua buku
sempat ditinggalkan asas ilmu.

Guru adalahh batin suci hatinurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa

(A.SAMAD SAID, 2 April 1988)

Friday, May 24, 2013

Renungan Diri


APA YANG MENJADI PILIHAN ORANG YANG BERAKAL?

Dari Ibnu Abbas r.a. “Sepatutnya orang yang berakal memilih tujuh perkara daripada tujuh lawannya, iaitu:
1.Memilih fakir darpada kaya.
2.Memilih hina daripada mulia.
3.Memilih merendah diri daripada takkabur.
4.Memilih lapar daripada kenyang.
5. Memilih sedih daripada gembira.
6. Memilih di bawah daripada di atas.
7. Memilih mati daripada hidup”.

RENUNGAN AL-QURAN 292


MALAIKAT PENJAGA DAN SAKRATULMAUT

16. Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya  17. Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatan; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya. 18.Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawal yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). 19. Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah “sakratulmaut” membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): “Inilah perkara yang selalu engkau mengelak diri daripadanya”. (QAAF: 16-19)

TITISAN TINTA - Tangisan


TANGISAN YANG MEMBAWA KEUNTUNGAN

Ali r.a. telah berkata: “Tangisan ada tiga macam: 1. Kerana takut kepada azab Allah SWT. 2. Kerana takut kepada murka Allah dan 3. Kerana takut berpisah dengan Allah. Adapun yang pertama, maka ia sebagai PENGHAPUS DOSA. Yang kedua adalah sebagai PENCUCI SEGALA AIB. Yang ketiga adalah sebagai (kunci bagi mencapai) martabat wali bersama dengan RIDHA ALLAH. Maka hasil dari penghapusan dosa adalah keselamatan dari siksaan. Hasil dari pencucian dari segala aib adalah nikmat Syurga yang berkekalan. Dan martabat darjat yang tinggi  dan buah dari martabat wali adalah berita baik yang menggembirakan dari Allah, iaitu memperolehi ridha-Nya, dapat melihat-Nya (di akhirat), menerima kunjungan malaikat dan penambahan kebaikan”.

Thursday, May 23, 2013

GETARAN JIWA-Asmaradana

CINTAKU DALAM CINTAMU (Asmaradana)

Wahai sayang manisku
apakah perlu kukatakan
rindu cinta sayangku padamu
aku tidak lagi
punyai kata-kata hikmat
setebal hikayat Sita Dewi
untuk aku miliki
jiwa kalbu murnimu
aku hanya miliki kini
sebutir bebenih subur 
cinta murni  setia
ingin aku tanam benamkan
di lubuk dalam jiwaragamu
Sayangku!
apakah diujung usia ini
aku tidak lagi mampu menggamit
aku tidak lagi cukup erat memeluk
aku tidak lagi cuku  gagah menerjah
merangkul mendakap
dan melunakkan
rindu dendam asyik
asmaradana kita berdua.
apa sekalipun jua
cintaku dalam cintamu!

Kelana Putra
Air Keroh, Melaka
Isnin Jun 2012

 

 

 

 

 






 

 

 

 

GETARAN JIWA - Jangan sesekali kita ingat


JANGAN SESEKALI KITA INGAT

Bahawa hidup di dunia ini
begitu indah
begitu kaya
begitu bangga
begitu perkasa
begitu megah
begitu bahagia
begitu istimewa
begitu tersohor
begitu mulia
begitu seronok
Kerana dalam sekelip mata jua
Kita boleh lalai
kita boleh lupa
kita boleh hanyut
kita boleh tenggelam
kita boleh mabuk
kita boleh sasau
kita boleh gila
kita boleh mati
kerana asyik
kerana lemas
dalam dakapannya.

Kelana Putra,
Cinta Abadi
Khamis 23 Mei 2013

MUTIARA HADIS - ORANG YANG DIKUTUK


6 JENIS (GOLONGAN) MANUSIA YANG DIKUTUK

Sabda Nabi saw. “Ada enam macam orang yang aku kutuk dan Allah SWT. juga mengutuk mereka, dan doa-doa semua Nabi diperkenankan. Ia itu:
1. Orang yang menambah isi Al-Quran (dengan tafsiran atau takwil yang menyimpang).2.
2. Orang yang mendustakan takdir Allah SWT.
3. Orang yang berkuasa yang suka memaksa dan takkabur, sehingga ia memuliakan orang yang dihinakan oleh Allah. Dan ia menghina orang  yang dimuliakan oleh Allah.

4. Orang yang menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Tuhan di Mekkah.
5. Ummatku yang menghalalkan apa-apa yang telah diharamkan oleh Allah.

6.Dan orang yang meninggalkan sunnahku..
Maka sesungguhnya Allah SWT. tidak memandang mereka pada hari kiamat dengan pandangan kasihan”.

Wednesday, May 22, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 291


APA KATA SYAITAN?

“Dan berkatalah pula Syaitan setelah hukum diputuskan . “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tapi salahkanlah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya sejak dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya”. Sesungguhnya orang-orang yang zalim beroleh azab yang tidak terperi sakitnya”.(IBRAHIM: 22)

 

Tuesday, May 21, 2013

Perempuan Malang


Perempuan Malang

Perempuan malang di kamar seribu tamu
Betapa suram cahaya dalam keredupan mata meminta,
Di tilam segala peristiwa dalam saksi yang buta,
Dari berahi yang memberi untuk hidup yang meminta.

Malam milik manusia bersama dengan perbezaan segala,
Siapa datang, ah, malam ini ia memberi dan menerima;
Alangkah nikmatnya terlentang di bumi tanah tercinta,
Sebelum bendera merdeka sampai sekarang sederap sama.

Semua diterima dalam saksi kamar yang mati,
Manusia silih mengganti tasbih, atau paduka apa
Segalanya, paling hina dan mulia, merasa sama
Menghilang dan datang dari pintu rahsia mereka.

O, perempuan malang yang membeban segala jalang,
Kauterima, rela atau tiada, dalam hidup telanjang;
kau menyimpan segala himpunan keji manusia terpuji,
Kerana demikan hukum dunia manusia yang "berbudi".

Retak dan pecah dalam kebakaran nafsu,
Hidup manusia yang begitu pahit terhirup,
Ah, minjingkit-jingkit dalam panas mencerut,
Sebab usia memanjat jua, menyebabkan kau termangu.

Sampai sekarang, O perempuan malang,
Hukum hidup manusia buas memanjang.

(Usman Awang 1958)

Mutiara Hadis - Pesan Jibril A.S.

PESAN JIBRIL A.S. KEPADA NABI SAW.
Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah Al-Ansari r.a. bahawa Nabi SAW. telah bersabda (maksudnya);
“Jibril selalu berpesan kepadaku;
1. Jibril selalu berpesan kepadaku tentang jiran, sehingga aku menyangka dia akan menjadikanya sebagai pewaris.
2. Dia selalu berpesan kepadaku tentang perempuan, sehingga aku menyangka dia akan mengharamkan menceraikan mereka.
3. Dia selalu berpesan kepadaku tentang para hamba, sehingga aku menyangka dia akan menetapkan suatu masa bagi mereka untuk dimerdekakan.
4. Dia sentiasa berwasiat kepadaku supaya bersugi, sehingga aku mengira bahawa ia suatu kewajiban.
5. Dia sentiasa berwasiat kepadaku supaya solat berjamaah, sehingga aku mengira bahawa Allah SWT. tidak akan menerima solat kecuali bila dilaksanakan secara berjemaah.
6. Dia sentiasa berwasiat kepadaku supaya mendirikan solat di waktu malam, sehingga aku menduga tidak boleh tidur pada malam hari.
7. Dia selalu berpesan kepadaku supaya berzikir kepada Allah, sehingga aku menyangka bahawa tiada ucapan yang boleh memberi  manfaat kecuali dengan berzikir”.

Monday, May 20, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 290

100-SURAH AL-‘AADIYAAT
APAKAH MANUSIA ITU TIDAK BERSYUKUR DAN TAMAK HALOBA?
1.Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya, 2.Serta mencetuskan api dari telapak kakinya, 3. Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh, 4. Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu, 5. Lalu menggempur ia di tengah-tengah kumpulan musuh; 6. Sesungguhnya manusia tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya; 7.Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian; 8. Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba). 9.(Patutkah ia bersikap demikian?) Tidaklah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?10. Dan dikumpulkan serta didedahkan segala yang terkumpul di dalam dada? 11. Sesungguhnya Tuhan mereka, Maha Mengetahui dengan lebih mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada mereka-pada hari itu.
1. By the (steeds) that run, with panting (breath), 2. Striking sparks of fire (by their hooves), 3. And scouring to the raid at dawn 4. And raise the dust in clouds the while, 5. Penetrating forthwith as one into the midst (of the foe); 6. Verily! Man (disbeliever) is  ungrateful to his Lord;7. And to that fact he bears witness (by his deeds); 8. And verily  he is violent in the love of wealth.9. Knows he not that when the contents of the graves  are brought out and poured forth (all mankind is resurrected). 10. And that which is in the breasts (of men) shall be made known. 11. Verily, that Day (i.e. the Day of Resurrection) their Lord will be Well-Acquainted with them (as to their deeds), (and will reward them for their deeds).
 

PEREMPUAN MALANG


Perempuan Malang

Perempuan malang di kamar seribu tamu
Betapa suram cahaya dalam keredupan mata meminta,
Di tilam segala peristiwa dalam saksi yang buta,
Dari berahi yang memberi untuk hidup yang meminta.

Malam milik manusia bersama dengan perbezaan segala,
Siapa datang, ah, malam ini ia memberi dan menerima;
Alangkah nikmatnya terlentang di bumi tanah tercinta,
Sebelum bendera merdeka sampai sekarang sederap sama.

Semua diterima dalam saksi kamar yang mati,
Manusia silih mengganti tasbih, atau paduka apa
Segalanya, paling hina dan mulia, merasa sama
Menghilang dan datang dari pintu rahsia mereka.

O, perempuan malang yang membeban segala jalang,
Kauterima, rela atau tiada, dalam hidup telanjang;
kau menyimpan segala himpunan keji manusia terpuji,
Kerana demikan hukum dunia manusia yang "berbudi".

Retak dan pecah dalam kebakaran nafsu,
Hidup manusia yang begitu pahit terhirup,
Ah, minjingkit-jingkit dalam panas mencerut,
Sebab usia memanjat jua, menyebabkan kau termangu.

Sampai sekarang, O perempuan malang,
Hukum hidup manusia buas memanjang.

(Usman Awang 1958)

Mutiara Hadis

PUNCA KESALAHAN MANUSIA
 
Nabi saw. bersabda: "Allah SWT. telah mewahyukan kepada Nabi Musa bin Imran didalam Kitab Taurat bahawa asal kesalahan manusia adalah dari tiga perkara iaitu; 1. Takkabur, 2. Dengki dan 3. Tamak. Lalu dari tiga ini lahirlah enam perkara sehingga semuanya menjadi Sembilan; 1.  Kenyang,
2. Tidur 3. Banyak Istirehat 4. Cinta kepada harta 5. Suka kepada sanjungan dan pujian dan 6. Cinta kepada kedudukan yang tinggi".

Sunday, May 19, 2013

KEMBALILAH (Narim A.M. 1965)


KEMBALILAH

Hidup ini kehendak siapa?
Atas jasa yang tak terhingga-
Gerak-diammu adakah kau perchaya
Sebagai dunia ini kau tanam nadinya?


Manusia telah dimengertikan tembok batunya:
Berbudi atas diri minta lindongannya
Yang nanti berdiri sebagai saksi
Ketika bichara putus didunia ini.

Jadi, kaki bukan untuk berpijak dan lari
Sepanjang langkah sesenang hati
Kalau bukan hidup yang kau warisi
Tuhan sujud di hati bertali2.

Kaumengerti dan tau dunia kini
Sudah mencabar garis selari
Yang sejati mendakap pura2.
Maunya tertunai semua rasa.

Sebelumnya kau atau aku
Antara kita yang belum tentu
Siapa yang berangkat dulu
Insaflah semua laku.
 

(NARIM A.M. Dewan Bahasa Mei 1965)

 

RENUNGAN AL-QURAN 289


SOLAT DAN BERTASBIH MEMUJI ALLAH SWT.

25. Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar solat), pada waktu pagi dan petang; 26. Dan (dengan apa keadaanpun, maka)  pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan solat) dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan solat Tahajjud) pada sebahagian yang panjang dari waktu malam. (AL-INSAN: 25-26)

Saturday, May 18, 2013

PUJANGGA BARU - DUA KELUHAN


DUA KELUHAN

Keluh Kesah
Dalam malam gelap-gulita,
Beta berdayung sebatang kara;
Ombak bergulung tunda menunda,
Badai menderu gegap-gempita,-

Beta hanyut tidak bertumpak,
Entah ke mana dibawa untung,
Nyawa terserah pada Ilahi;

Bidukku oleh dipermainkan ombak,
Sebagai sabut terapung-apung,
Bila 'kan sampai ke tanah tepi?

O, Tuhan, tunjukkan daku,
      Lautan damai,
      Teluk nan permai,
Untuk mencapai tumpah darahku!

(YOGI: Pujangga Baru)

RENUNGAN AL-QURAN 288


35. Wahai Anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat (perintah)Ku, maka sesiapa yang bertaqwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak berdukacita. 36. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang agkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (AL-A’RAAF: 35 – 36)

Getaran Jiwa - Bahtera


Bahtera

950 tahun usianya
Nuh  merayu seru
kaum kerabat umat manusia
sembah Tuhan Yang Maha Esa
namun kecewa hampa
patung-patung bikinan
mereka  sembah puja
sesat ingkar durhaka
mereka  gelak  tawa
mereka katakan dia sudah sasau gila
bina bahtera entah mahu ke mana
tiada banjir tiada gelombang
mereka sombong angkuh
mencabar  turunnya azab seksa
tiba saat ketikanya
ribut raksasa terjah melanda
gelombang mengunung ganang
gempur ranapkan semuanya
ditinggalan isteri dan anak durhaka
tidak ramai  mengikuti jejaknya
bersama  haiwan berpasang-pasang
dalam cemas takut bimbang
berlayarlah  mereka
dalam bahtera damai sejahtera
berlabuh akhirnya  di Gunung Judi
bersambunglah   zuriat manusia
“Salam sejhtera ke atasmu Nabi Nuh a.s.”
atas rahmat Allah Yang Maha Esa.

 
Kelana Putra
Padang Midin
Kuala Terengganu,
Khamis 21 Feb. 2013.

 

 

Friday, May 17, 2013

Mutiara Hadis - Tidak pernah merasa kenyang


LAPAN PERKARA YANG TIDAK PERNAH MERASA KENYANG
Nabi saw. bersabda: “Ada lapan perkara yang tidak pernah merasa kekenyangan disebabkan lapan macam iaitu:

1.Mata tidak pernah kenyang kerana memandang.
2.Bumi tidak pernah kenyang disebabkan air hujan.
3.Perempuan tidak pernah kenyang kerana lelaki.
4.Orang alim tidak pernah kenyang kerana ilmu.
5.Orang yang bertanya tidak pernah kenyang kerana menyoal.
6.Orang yang tamak tidak pernah kenyang kerana mengumpulkan harta.
7.Laut tidak pernah kenyang kerana air.
8.Api tidak pernah kenyang kerana kayu”.

Thursday, May 16, 2013

KEKASIH


Kekasih
AKAN kupintal buih-buih
     menjadi tali
     mengikatmu

akan kuanyam gelombang-gelombang
     menjadi hamparan
     ranjang tidurmu

akan kutenun awan gemawan
     menjadi selendang
     menudungi rambutmu

akan kujahit bayu gunung
     menadi baju
     pakain malammu

akan kupetik bintang timur
     menjadi kerongsang
     menyinari dadamu

akan kujolok bulan gerhana
     menjadi lampu
     menyuluhi rindu

akan kurebahkan matari
     menjadi laut malammu
     menghirup sakar madumu

Kekasih, hitunglah mimpi
     yang membunuh realiti
     dengan syurga ilusi.

(Usman Awang 1971)

TITISAN TINTA


10 MACAM SEBAGAI PENYEMPURNA DAN 10 PERKARA YANG PALING SIA-SIA

Daripada Umar r.a. “Sepuluh macam termasuk tidak baik dengan sebab tidak ada sepuluh perkara:

1.Akal tidak baik tanpa warak.
2.Keutamaan tidak baik tanpa ilmu.

3.Kemenangan tidak baik tanpa rasa takut (kepada Allah).

4. Pemimpin tidak baik tanpa keadilan.
5. Kemuliaan tidak baik tanpa adab.

6. Kegembiraan tidak baik tanpa keamanan.
7. Kekayaan tidak baik tanpa kedermawanan.

8. Kafakiran tidak baik tanpa sifat Qana’ah.
9. Kedudukan yang tinggi tidak baik tanpa sifat merendahkan diri.

10.Jihad tidak baik tanpa adanya persesuaian (dengan apa yang disukai oleh Allah SWT.)

Surah Al-Ikhlas - Ayat 112


SURAH AL-IKHLAS (TULUS) – AYAT 112
1.Katakanlah: “Dia adalah Allah Yang Maha Esa”
2. Allah adalah pergantungan.
3.Tidak Dia beranak dan tidak Dia diperanakkan.
4.Dan tidak ada bagiNya yang setara, seorang juapun”.

Surah Al-Ikhlas (The Purity)
1. Say (O Muhammad (Peace be upan him): “He is Allah, (the) One.
2.The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks).
3. He begets not, nor was He begotten;
4. And there is none co-equal or comparable unto Him.”

 

Tuesday, May 14, 2013

TITISAN TINTA-10 PERKARA YANG PALING SIA-SIA

Telah berkata Usman r.a.
"Yang paling sia-sia ada sebanyak 10 perkara:
1.Orang alim (berilmu) yang tidak ditanya.
2. Ilmu yang tidak diamalkan.
3. Pendapat yang benar, yang tidak diterima.
4. Senjata yang tidak dipergunakan.
5. Masjid yang tidak dilaksanakan solat di dalamnya.
6. Kitab Al-Quran yang tidak dibaca.
7. Harta yang tidak dibelanjakan.
8. Ilmu tentang zuhud yang berada diperut orang yang menginginkan dunia.
9. Kuda yang tidak ditunggangi.
10. Umur yang panjang yang tidak digunakan oleh pemiliknya untuk membuat bekalan bagi perjalanannya (menuju akhirat).

Monday, May 13, 2013

MUTIARA HADIS - 10 FADILAT SOLAT

10 FADILAT SOLAT
Nabi saw. bersabda; ”Solat adalah tiang agama dan di dalamnya ada sepuluh macam (faedah);
1. Ia adalah sebagai perhiasan wajah.            
2. Ia adalah cahaya bagi hati.
3. Ia adalah kesihatan bagi badan.
4. Ia merupakan tempat turunnya rahmat (Allah SWT.).
5. Ia sebagai kunci lagit.
6. Ia boleh memberatkan timbangan.
7. Ia adalah (penyebab) ridha Allah.
8. Ia sebagai bayaran (masuk) ke Syurga.
9. Ia merupakan dinding bagi api neraka.
10.Sesiapa yang telah mendirikan solat, bererti dia telah menegakkan agama, dan sesiapa yang meninggalkannya, maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama”. (Riwayat Abu Hurairah ra.)

Sunday, May 12, 2013

Mutiara Hadis - Silaturahim

Nabi SAW. bersabda: "Janganlah kamu saling membenci, saling hasad dengki, saling berpaling, dan saling memutuskan silaturahim. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang saling bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim untuk memutuskan hubungan dengan saudaranya lebih dari tiga hari". (Riwayat Muslim 2559)

RENUNGAN AL-QURAN 287

DARJAT BALASAN

132. Dan bagi tiap-tiap seorang (dari manusia dan jin), beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan (amal baik atau jahat) yang mereka telah kerjakan; dan (ingatlah) Tuhanmu tiadalah lalai dari apa yang mereka lakukan. (AL-AN"AAM: 132)

Saturday, May 11, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 286

APAKAH MANUSIA BERSYUKUR?
78. Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui seseuatupun; dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.(AN-NAHL;78)

Friday, May 10, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 285


PELIHARA DIRI DAN KELURGA DARIPADA NERAKA
Dalam ayat 6 dan 7 surah AL-Tahrim,  Allah Talla berfirman dengan maksudnya;

(6) Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu (berhala); nereka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka dan mereka pula melakukan segala yang diperintahkan.

(7) Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan kedalam nereka: “Hai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang telah kamu kerjakan.

6 O ye who believe! save yourselves and your families from a Fire whose fuel is Men and Stones over which are (appointed) angels stern (and) severe who flinch not (from executing) the Commands they receive from Allah but do (precisely) what they are commanded.


7 (They will say) "O ye Unbelievers! make no excuses this day! Ye are being but requited for all that ye did!"

 
RENUNGAN

Dalam ayat di atas Allah memperingatkan dan menyeru orang-orang yang beriman supaya memelihara diri mereka dan keluarga mereka daripada neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu (yakni berhala). Neraka dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar layanannya.

Malaikat-malaikat patuh kepada semua perintah Allah dan mereka itu melakukan semua yang diperintahkan. Kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka (ahli-ahli neraka) malaikat-malaikat mengatakan: “Hai orang-orang yang kufur ingkar! Jangan kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini (kerana masanya telah terlambat), Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang telah kamu kerjakan”

Sekian terima kasih, Was’salaam!

 

Thursday, May 9, 2013

GETARAN JIWA - Dataran sepi

DATARAN SEPI

Aku, kau dan semuanya
sudah tetap pasti
kembara sendri-sendiri
tanpa pacuan empat roda
tiada hp dan galaxy
apa lagi air mineral
dalam bogel seperti asal mula
dikejutkan oleh sangkakala
bangun segera terpinga-pinga
semua pasti di bawa mengadap Ilahi
mungkinkah berjalan kaki, berlari,
merangkak dan apa saja
pastinya pedih perit, derita sengsara
menuju saujana destinasi
perhimpunan seluruh umat manusia
dalam diam sunyi sepi
dalam sedih pilu syahdu
di Padang Mahsyar
menunggu dan terus menunggu
perhitungan diri untung rugi
berdiri terus berdiri
apakah kita boleh bertahan
terik mentari tidak terperi
atau apakah mungkin
kita perolehi perlindungan
Allah Yang Maha Adil
di bawah Arasy…?

 
Kelana Putra
Cinta Abadi,
Dungun, Terengganu,
Jumaat 10 Mei 2013

 

 



 






 

 

Monday, May 6, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 284

MENGAPAKAH KEBANYAKAN MANUSIA TIDAK MAHU BERFIKIR?
44. (Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan);  dan Kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.  45. (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah orang-orang yang merancang dan melakukan kejahatan-kejahatan itu merasa aman daripada ditimbuskan oleh Allah akan mereka ke dalam bumi, atau mereka didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya? (AN-NAHL; 44-45).

Wednesday, May 1, 2013

Getaran Jiwa - SUJUD

SUJUD

Ya Ilahi,
Engkau Yang Maha Esa,
Pada-Mu dan kerana-Mu,
kami bersujud di mana jua,
bersama segala makhluk-Mu,
suria-mentari, bulan, bintang-bintang,
gunung ganang, pepohon,
beburung dan unggas,
bersujud kerana mengharapkan nikmat hidayah,
bersujud kerana takukan azab seksa,
bersujud kerana kasih sayang cinta,
aku, kau dan dia.. juga semuanya,
bersujudlah kita,
dulu, kini dan selamanya,
demi Dia Tuhan kita semua.

Kelana Putra,
Cinta Damai Abadi,
Dungun, Trg.
Rabu 1 Mei 2013.

Mutiara Hadis - Solat 5 waktu

SOLAT LIMA WAKTU

Nabi saw. bersabda; "Solat lima waktu, barangsiapa yang menjaganya, maka ia akan memperolehi nur dan burhan (bukti kebenaran diri), juga keselamatan pada hari Kiamat. Barangsiapa yang TIDAK menjaganya, maka tidak akan mempunyai nur (cahaya), burhan dan tidak memperolehi keselamatan. Pada hari Kiamat dia beserta Firaun, Qarun dan Ubay bin Khalaf'. (Riwayat Ibnu Nashr)