Friday, February 28, 2014

AMALAN MANUSIA

"Dan orang-orang yang medustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan hari akhirat, gugurlah amal;-amal mereka (yang baik). Mereka tidak diberikan balasan (pada hari akhirat) melainkan (bagi) apa yang mereka telah kerjakan (dari perbuatan kufur dan maksiat". (AL-A'RAAF: 147)

Thursday, February 27, 2014

Getaran Jiwa - Keagungan CintaMu

Keagungn Cinta-Mu


Ya Rabbi, Ya Ilahi
betapakah agungnya
kasih sayang cinta-Mu
pada makhluk melata
di langit dan di bumi
juga di antaranya
Kau limpahkan rahmat-Mu
di mana jua

Tak kira rupa dan warna
pada siang pada malam
dalam susah dalam senang
Dikau Yang Maha Pemberi
pancarkan nur hidayah
pada hati-hati manusia
jadi utuh bertambah murni
 
Namun sayangnya
tidak ramai yang memilikinya
anugerah sepanjang usia
tiada batas sempadannya
nyawa dan kehidupan ini
bukanlah berjuta harganya
meskipun sementara
untuk beramal bakti

Di sana nanti belum pasti
hanya  yang taat sabar setia
Kau janjikan hidup sejahtera
dalam mahligai istana syurga
aku dan dia
megharap memohon meminta
nikmat cinta-Mu Yang Maha Pengasih.

Kelana Putra
Dungun
Rabu 19 Oktober 2011
22 Dzulkaedah 1432.

 

Tuesday, February 25, 2014

Getaran Jiwa - Hanya Padamu

HANYA PADAMU

Padamu dinda sayangku
Terimalah salam cintaku
Kusimpulkankan senyum mesra
Kubacakan puisi indah
Kukirimkan warkah rindu
Kutuliskan puisi kasih
Kugubahkan syair asyik
Kudendangkan lagu asmara
Kukucup bibir merahmu
Kuselimutkan demam rindu
Kugetarkan jiwa gelora
Kujulang raga seksimu
Kutarikan dangdut cinta
Kubalas dendam asmaradana
Kuaksikan drama kamasutra
Biar asyik lena layu lesu.

Kelana Putra
MahliGai CinTa
Ahad 9 Disember 2012.

 

 

 

Saturday, February 22, 2014

Getaran Jiwa - Cinta dua jiwa

CINTA DUA JIWA

Kisah cinta ajaib nikmatnya,
mula pertama Adam dan Hawa,
di dalam Syurga mereka memetiknya,
di bawah lembayung asmaradana,
memang  Iblis suka menggoda,
membisikan nafsu hasutan,
cinta punah dimamah murka
memakan buah yang terlarang,
bertelanjang saling menampakkan,
diri menjadi asyik lalai lupa,
dalam kemelut bersengketa,
mereka diperintah turun ke dunia,
kembaralah dua insan dua jiwa,
bersama linangan air mata cinta,
kepada Tuhan mereka memohon,
ampun dan maaf jua,
di dunia pasti susah derita,
kembara demi kembara,
cinta pertama bertaut  semula,
damailah  dua jiwa  dan musnahlah duka.

Kelana Putra,
Asmaradana Cinta,
Sabtu 22 Feb 2014.

Thursday, February 20, 2014

ZIKRULLAH


ZIKRULLAH MENENANG TENTERAMKAN HATI MANUSIA

27. Dan orang-orang yang kafir berkata: “Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat dari Tuhannya?” Katakanlah (wahai Muhammad); “Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan memberi petunjuk ke jalan agamaNya, sesiapa yang rujuk kepadaNya. – 28. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah! Dengan “zikrullah” itu; tenang tenteramlah hati manusia. (AR-RA’D: 27-28)  

Friday, February 14, 2014

Renungan Al-Quran - Membalas

MEMBALAS DENGAN SEIMBANG

Dan Kami telah tetapkan atas mereka dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidungn dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (AL-MAA’IDAH: 45)

Wednesday, February 12, 2014

Mutiara Hadis - Kepedihan Maut

Dari Hassan r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Ingatlah maut, kepedihan dan sakitnya”. Beliau bersabda: “Maut itu sama dengan 300 pukulan pedang.”  Pernah Rasulullah SAW ditanya tentang maut dan kedahsyatannya. Beliau menjawab: “Sesungguhnya maut yang teringan bagaikan kawat jeruji menjerat kambing. Bila kambing lepas pasti ada bulu yang menyangkut padanya”. Pernah Rasulullah SAW menziarahi orang sakit lalu berkata: “Aku tahu bahawa keringat yang keluar dari dahinya adalah sakitnya ketajaman maut!”. Ali  r.a. gigih berperang. Dia berkata: “Kalaupun engkau tidak berperang, engkau mati juga. Demi Zat yang aku dalam kekuasaanNya, 1000 pedang lebih ringan bagiku daripada kematianku di atas katil”.

Sunday, February 9, 2014

AMALAN MANUSIA - BERTAUBAT

Bertaubatlah..!

Wahai pemuda yang maksiat kepada Rabbul Izzati
Tahukah engkau balasan orang yang derhaka
Baginya Neraka Syair penuh gemuruh nyala api
Pada hari tidak boleh berbuat apa-apa lagi
Jika tahan api neraka berbuatlah derhaka
Jika tidak tinggalkannya saja
Atas dosa yang telah engkau perbuat
Hapuskanlah sungguh-sungguh dengan bertaubat.
(Hassan Al-Basri r.a.)

Saturday, February 8, 2014

Mutiara Hadis

PANJANG ANGAN-ANGAN DAN MENGIKUT NAFSU
 
Nabi saw. bersabda: “Dua hal yang aku cemaskan atas engkau; panjang angan-angan dan mengikut hawa nafsu. Sesungguhnya panjang angan-angan itu dapat melupakan akhirat, sedangkan mengikut hawa nafsu dapat menjauhkan diri  dari kebenaran”.  Aku menjamin tiga orang dengan tiga hal; orang yang gila dunia, orang yang rakus mengumpulkannya dan orang yang kikir harta benda, dengan kefakiran yang tidak akan kaya sudahnya, kesibukan yang tidak ada sudahnya serta kesulitan yang tidak pernah ada jalan keluarnya”.

Thursday, February 6, 2014

Getaran Jiwa - Azab seksa

AZAB SEKSA
Azab dunia tak seberapa
mampu menepis menolaknya
lari berlidung diri
tembok tinggi tak tembus peluru
mahligai kaca tak telus cahaya
keliling dunia ceruk rantau
hanyalah untuk seketika

Azab kubur pasti lama
pedih perit derita
mahu lari kemana lagi
tiada daya upaya
keranda sempit nenghimpit
pasti reput hancur jua
tunggulah hingga kiamat tiba

Azab akhirat paling dahsyat
tiada tara bukan tanggungan
tidak hidup tidak pula mati
hancur luluh darah daging
pedih perit silih berganti
pekikan lolongan raungan
entahlah sampai bila

Wahai Tuhanku!
lepaskan aku dari azab-Mu
apakah mungkin aku ini
boleh kembali semula
ke dunia seperti dahulu
mengabdikan diri
dalam tulus sabar setia
kepada-Mu seluruh jiwaraga
atau bermimpikah aku?

Kelana Putra
Mahligai-Cinta 60
Sura Jetty, Dungun
Isnin 12. 11.12
27 Dzulhijah 1433.

 

Tuesday, February 4, 2014

Getaran Jiwa - Air mata

Air mata

Pada ayah ibu tersirat seribu makna
cahaya hati amat disayang
dari kecil hingga dewasa
air mata kasih berlinangan
kerana sedih dan gembira
sepanjang usia bongkok tiga

Pada kekasih menagih cinta
air mata bak sajian
merayu-rayu ratap hiba
siang malam hanya serupa
bila jauh rindu asyik
bila cemburu kecewa putus cinta

Pada-Mu Ya Ilahi
air mata bagaikan titisan hujan
hamba pohonkan taufik dan hidayah
demi  hidup di sni dan di sana
moga damai bahagia
abadilah hendaknya.

Kelana Putra
Bandar Puteri,
Bukit Puchong
Selongor DE
16 Sept 2011.

Jumaat 18 Syawal 1432