Monday, February 23, 2015

RENUNGAN AL-QURAN 27/2015

SEMUA BERSUJUD KEPADA ALLAH

18. Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah, dan (di antaranya termasuklah) matahari, dan bulan dan bintang-bintang, dan gunung ganang dan pokok-pokok kayu dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufuran dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak dapat beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkan-Nya. (AL-HAJJ: 18)

Feelings - Morris Albert

♥♪♫ Only You Romantic Sa

Sunday, February 22, 2015

Getaran Jiwa - Wahai Dunia..!

WAHAI DUNIA!
Ramai orang terpegun pesona
dengan anggun ayu jelitamu
ramai orang merindu geram
dengan senyum manis madumu
ramai orang sayu lesu
dengan lambaian mesra ajakmu
ramai orang rebah bersimpuh
dengan goda pujuk rayumu
ramai orang bimbang takut
dengan kehilangan dakap ciummu
ramai orang panas rimas
dengan pelukan erat bara tubuhmu
ramai orang angau alpa
dengan gedik lenggok gayamu
ramai orang lintang pukang huru hara
dengan main dan lakonmu
ramai orang hanyut sesat
dengan putaran songsangmu
ramai orang asyik angau
dengan asmaradana lunak bikinanmu
ramai orang kalah tewas
dengan belenggu ganas nafsumu
ramai orang mati hati jiwa
dengan cinta buta padamu.

Kelana Putra,
Teluk Bidara, Dungun
Sabtu 21. Februari 2015.

Saturday, February 21, 2015

RENUNG FIKIR

KHUTBAH TERAKHIR NABI SAW.
Khutbah terakhir merujuk kepada khutbah atau ucapan terakhir Nabi Muhammad S.A.Wkepada sekumpulan besar pengikut dan masyarakat Islam yang hidup pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Ia berlaku pada peristiwa Haji Wida' Rasulullah S.A.Wyakni pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu adalah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Amin...Ya Rabbil-alamin.