Sunday, June 30, 2013

APAKAH ITU KEMATIAN?

 
Kematian ia sesuatu yang telah Allah tetapkan kepada setiap makhluk yang bernyawa. Berikut ini adalah beberapa firman Allah SWT. yang memberikan peringatan dan petunjukNya kepada manusia mengenai erti kematian dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Marilah  sama-sama kita merenung fikir mengenai semua maksud daripada ayat-ayat berikut dengan harapan kita akan lebih mengerti dan memahami akan hakikat kematian itu dan hikmahnya.
Alaah Taala berfirman dengan maksud;
“Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)” (Al-‘Ankabut: 57)
“Dialah (iaitu Allah) yang telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian Dia ditentukan ajal (kematianmu), dan satu lagi ajal yang ditentukan di  sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat), dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan)” ( Al-An’aam: 2)
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberi tahu kepada kamu apa yang telah kamu lakukan (serta membalasnya)” (Al- Jumu’ah: 8)
“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: “Ini adalah dari sisi Allah” dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: “Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu”. Katalah (wahai Muhammad); “Semua itu (kebaikan dan bencana) adalah berpunca dari sisi Allah”. Maka apakah yang menyebabkan kamu itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?” (An NIsaa’: 78)
“Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi ia member tempoh kepada mereka hingga kesuatu masa yang tertentu, kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta untuk dikemudiankan sesaatpun, dan tidak pula mereka akan dapat meminta untuk di dahulukan” (An-Nahl: 61)
Perkara mengenai mati dan kematian ini adalah amat baik sekiranya kita memahami dan mempelajarinya dengan mendalam kerana Nabi saw. bersabda dengan ertinya:
“Perbanyakkanlah mengingati mati, kerana yang demikian itu akan mengurangkan seseorang itu melakukan dosa dan menjadikannya berzuhud dalam urusan dunia”
Siapakah mukmin yang utama? Jawab Nabi saw. “Yang terbaik budi akhlaknya” Mukmin manakah yang terkaya? Jawab Nabi saw. “Yang banyak ingat mati dan baik persediaanya”
Sekian, Was’salam!
 
 

Friday, June 28, 2013

SIBUK


Semua orang jadi sibuk
sibuk siang sibuk malam
sibuknya macam-macam
kerja dunia tiada henti
cari makan tambah rezeki
kumpul wang harta benda
memadu kasih main asmara
berhibur gelak tawa
keliling pusing dunia
berangan panjang
harapan berjela-jela
duduk bangun tidur jaga
bergelut tawan isi dunia
gamat gawat tiap ketika
dihanyut bisikan godaan

Begitupun jua
di sana nanti akan lebih
sibuk tak henti-henti
urus nasib sendiri
tiada kesempatan jua
toleh kanan toleh kiri
tanya khabar ibu ayah
isteri dan anak pinak
tak daya ambil peduli lagi
terlalu sibuk dan disibukkan
jalani hidup alam abadi.

 
Kelana Putra
Mahligai Cinta
Tasik Puteri
Bukit Besi, Dungun
Khamis 14.12.2012.

29 Muharam1434

 

Sebuah Memori

ANGIN BUKIT BESI
 
Bukit Besi
kau bawa seribu cerita manusia
bukit belantaramu cukup kaya
damai hijau dingin segar
senyum gelak tawa
cari rezeki bina penghidupan
pekan pelbagai bangsa
cukup aman dan moden

Inggeris, Melayu, Cina dan India
ada tuan, mandor dan kuli
bersama  deruan keretapi dan wagon
ulang alik setiap hari
di atas trek landasanmu
Bukit Besi – Luit- Kg. Pinang – Kumpal via
Keumudi-Padang  Pulut- Serdang-Binjai via
Che Lijah – Nibong-Sura Gate-Sura Jetty
menghadap Laut Cina Selatan

Bukit Besi
kini cuma tinggal saki baki
tiada lagi dentuman letupan
lokomotif, siren dan wagonmu
sudah hilang – sunyi sepi
hanya tinggal sebuah memori- nostalgia
bersama dingin malammu
yang mengigit menusuk
jiwa raga gelora
remajaku.

Kelana Putra
Nostalgia Remaja 1960-an
Bukit Besi, Dungun
Rabu 2.1.2013
19 Safar 1434.

 

 

GODA


Goda menggoda
tergoda digoda
siapa goda siapa
kau goda aku
aku goda kau
goda lawan goda

Iblis syaitan
punyai permit penggoda
sejak mula hingga akhir dunia
balas dendam egoist
goda Adam goda Hawa
terbukalah aurat berdua
daun-daun Syurga guna menutupnya
bersama turun ke alam dunia

Godanya begitu perkasa
seluruh zuriat manusia
membisik hasutan
tak kira siang malam
semua jantan semua betina
agar hilang lenyap iman takwa
berbuat maksiat ingkar durhaka.

Kelana Putra
Teluk Bidara, Dungun
Ahad 11 Nov 2012
26 Dzulhijah 1433.

 

Thursday, June 27, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 320

100-SURAH AL-‘AADIYAAT
APAKAH MANUSIA ITU TIDAK BERSYUKUR DAN TAMAK HALOBA?

1.Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya, 2.Serta mencetuskan api dari telapak kakinya, 3. Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh, 4. Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu, 5. Lalu menggempur ia di tengah-tengah kumpulan musuh; 6. Sesungguhnya manusia tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya; 7.Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian; 8. Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba). 9.(Patutkah ia bersikap demikian?) Tidaklah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?10. Dan dikumpulkan serta didedahkan segala yang terkumpul di dalam dada? 11. Sesungguhnya Tuhan mereka, Maha Mengetahui dengan lebih mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada mereka-pada hari itu.

1. By the (steeds) that run, with panting (breath), 2. Striking sparks of fire (by their hooves), 3. And scouring to the raid at dawn 4. And raise the dust in clouds the while, 5. Penetrating forthwith as one into the midst (of the foe); 6. Verily! Man (disbeliever) is  ungrateful to his Lord;7. And to that fact he bears witness (by his deeds); 8. And verily  he is violent in the love of wealth.9. Knows he not that when the contents of the graves  are brought out and poured forth (all mankind is resurrected). 10. And that which is in the breasts (of men) shall be made known. 11. Verily, that Day (i.e. the Day of Resurrection) their Lord will be Well-Acquainted with them (as to their deeds), (and will reward them for their deeds).

 

RENUNGAN AL-QURAN 319


SURAH AL-FATIHAH

1.Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 2.Segala pujian tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian alam. 3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 4. Yang menguasai pemerintahan Hari Pembalasan (hari Akhirat). 5. Engkau-lah sahaja (Ya, Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkau-lah sahaja, kami memohon pertolongan. 6. Tunjukilah kami jalan yang lurus. 7. Ia iaitu jalan orang-orang yang Engkau  telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

 

Wednesday, June 26, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 318

MANUSIA MENDAPAT BALASAN ALLAH
Firman Allah Taala dalam Surah Ali-Imran ayat 145 dan 146 adalah bermaksud seperti berikut:
(145) Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.

(146) Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.
145. And no person can ever die except by Allah's Leave and at an appointed term. And whoever desires a reward in (this) world, We shall give him of it; and whoever desires a reward in the Hereafter, We shall give him thereof. And We shall reward the grateful.
146. And many a Prophet (i.e. many from amongst the Prophets) fought (in Allah's Cause) and along with him (fought) large bands of religious learned men. But they never lost heart for that which did befall them in Allah's Way, nor did they weaken nor degrade themselves. And Allah loves As-Sabirin (the patient ones, etc.).
RENUNGAN
1.Tiap-tiap makhluk yang bernyawa (manusia dan lain-lainnya) tidak akan mati melainkan dengan izin Allah. Maknanya tempuh usia dan ajal maut atau kematian itu terletak pada kekuasaan Allah dan saat ketibaan ajal atau kematian seseorang itu telah Allah tetapkan.
2. Dengan yang demikian itu, Allah memperingatkan bahawa sesiapa yang menghendaki balasan dunia Allah akan memberi bahagiannya dari balasan dunia itu. Dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, Allah akan memberi bahagiannya dari balasan akhirat.
3. Manusia diperingatkab bahawa Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. Dalam kehidupan dunia ini manusia dikurnai dengan pelbagai limpah nikmat dan rahmat oleh Allah SWT. yang tidak terhitung banyaknya dan tak ternilai harganya seperti nikmat iman, nikmat Islam, kesihatan, rezeki, harta kekayaan, isteri, anak pinak dan lain-lain. Apakah dengan semua ini seseorang itu lupa diri dan jauh dari Allah atau sebaliknya bersyukur dan mendekatkan diri kepadaNya?
4. Semenjak zaman dahulu lagi ramai para Nabi (dan Rasul) telah berperang fisabilillah bersama-sama dengan orang-orang yang taat kepada Allah. Mereka menghadapi perjuangan ini dengan gigih, tidak lemah semangat,t idak lemah tenaga atau kekuatan jasmani dan tidak mahu tunduk kepada musuh (orang-orang kafir). Mereka semua ini adalah tergolong dalam orang-orang yang sabar.
5. Dan ingatlah bahawa Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar (As-Sabirin).
Sekian terima kasih, Was’salaam!
 
 

SUMPAH JANJI


Sudah ternaktub
segala sumpah janji-Nya
tidak padam takkan hilang
semuanya di catat dalam Al-Kitab
sudah lengkap sempurna
rahsia dipelihara disimpan
pasti tetap terjadi - menjadi
dalam tujuh petala langit - bumi
bersama seluruh isinya
sejak azali sediakala
setiap sesuatu hanya menunggu
tiba saat ketikanya
setiap jiwa pasti merasai mati
di alam kubur lama menanti
dibangkitkan  hidup kembali
kelak terima suratan amalan sendiri
dengan tangan kanan atau kiri
Sijjin atau Illiyin
timbangan amal dihitung kita
seberat  dzarrah amatlah bermakna
di atas al-mizan yang saksama
beratkah dosa atau pahala
meniti Sirath bukaannya mudah
nasib diri jadi taruhan
apakah diri  ini untung ataukah rugi
antara dua destinasi milik-Mu
aku tiada lagi daya upaya
hanyalah pasrah pada-Mu
Ya Rab’bi.. Ya Ilahi…!


Kelana Putra
Lukisan rasa
Teluk Bidara, Dungun

Sabtu 20.1.2013

7 Rabiul-awal 1434.

Monday, June 24, 2013

TITISAN TINTA - HATI YANG MATI

DOA TIDAK ALLAH PERKENANKAN DISEBABKAN OLEH SEPULUH PERKARA
Ibrahim Adham pernah ditanya tentang maksud firman Allah swt. “Mintalah kepada-Ku, nescaya aku akan memperkenankan permintaanmu”. Orang-orang yang bertanya itu berkata: “Kami tetap berdoa, tetapi tidak pernah diperkenankan permintaan kami”. Lalu beliau berkata, dengan maksudnya: “Telah mati hati kamu disebabkan oleh 10 perkara;
1.Kamu sudah mengenal dengan ALLAH, tetapi tidak mahu MENUNAIKAN .
2. Kamu telah membaca AL-QURAN, tetapi tidak mahu MENGAMALKAN ISInya.
3.Kamu mengatakan IBLIS musuhmu, tapi kamu mahu MENURUTI AJAKANnya.
4. Kamu mengatakan cinta kepada RASUL, tapi kamu TINGGALKAN HADIS dan SUNNAHnya.
 
5.Kamu mengatakan cinta pada SYURGA, tetapi kamu tidak mahu BERAMAL untuk mendapatkanya.
6. Kamu mengatakan takut kepada NERAKA, tetapi kamu tidak pernah berhenti dari MELAKUKAN DOSA.
7.Kamu mengatakan KEMATIAN pasti terjadi, sedangkan kamu tidak pernah BERSIAP-SIAP untuknya.
8.Kamu sibuk memperkatakan AIB dan CELA orang lain, tetapi MEMBIARKAN AIB dirimu sendiri.
9.Kamu memakan REZEKI dari Allah, tetapi tidak mahu BERSYUKUR kepadaNya.
10. Kamu sentisasa nenguburkan orang-orang MATI di kalangan kamu, tetapi tidak mahu MENGAMBIL IKTIBAR .
 

APA LAGI?


APA LAGI

Wahai manusia!
apa lagi mahumu
apakah belum cukup
apakah belum puas
diberikan segalanya
roh-jasad dan penghidupan
ayah bonda sanak saudara
sahabat handai kampung halaman
pangkat gelaran berjela-jela
emas perak bertimbun-timbun
kapal muatan redah samudera
gedung niaga di kotaraya
istana mahligai indah megah
jet supersonik berlegar di angkasaraya
perang nuklear pamer kuasa
kuasa manusia cuma
memerintah dunia
ikut nafsu jadi haloba
tiada batas hilang sempadan
jangan sekali engkau lupa
dayamu tak semacam mana
ilmumu sejengkal cuma
sesungguhnya engkau tidak mampu
ciptalah sehelai daun sebutir pasir
semuanya milik Dia
di bawah perintah-Nya
Dia-Lah Raja sekelian manusia.

Kelana Putra
Bandar Bukit Puchong
Selangor DE
7 Sept 2011
9 Syawal 1432.

 

RENUNGAN AL-QURAN 317

AL-QURAN ADALAH HIDAYAH PETUNJUK

Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaa isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya. (AZ-ZUMAR: 23)

Sunday, June 23, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 316


SEMUA MAKHLUK KEMBALI PADA ALLAH

Sesungguhnya Kami menghdupkan dan mematikan dan kepada Kamilah sahaja tempat kembali (sekelian makhluk). Pada hari bumi  terbelah-belah untuk mereka segera keluar (daripadanya). Perbuatan (menghidupkan dan) menghimpunkan mereka di Padang Mahsyar itu, mudah bagi Kami melaksanakannya. Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakana (dan berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad) dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman). Oleh itu berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azab-Ku (QAF; 43-45)

VISI CINTA AGUNG


Visi Cinta Agung

Sumpah setia cinta agung
dari Dia, kerana Dia, untuk Dia
cermin hati tenang jiwa
satu makna sejuta harapan

Berbunga berputik di celah kemelut dunia
gunung iman bertunjang memasak bumi
cahaya ilmu menyilau siang menerangi malam
sungai amal menyusur ke lautan ihsan

Anugerah kepada para ambia’ dan wali
belaian asmara, rindu dendam, mabuk cinta
serah diri tiada berpaling kepada dunia
siang malam merindui kekasihNya

Berkorban jiwa, harta dan apa sahaja
mata hati menyelami hakikat dan makrifat
mekar mewangi tersohor dalam mahligai syurga
sabar setia cinta pada Yang Maha Esa

Kelana Putra
TAMAN PERMATA
KUALA LUMPUR 8 Julai 2010.

 

Saturday, June 22, 2013

SEBUAH MEMORI


Berlari dalam minda
bermain di penjuru kalbu
khazanah perjalanan diri
merakam beribu hari
jadi terlalu peribadi
akan ku singkap sendiri

Menjelajah usia muda dewasa
pusing keliling roda hidup
kerja buat seorang cikgu
anak didik sudah menjadi
tabur jasa di desa dan kota
jejak semangat gurunya
bunga-bunga harapan bangsa
sumber ilham teguhkan jiwa
dapatku bertahan sampai keujungnya

Hati kecil pernah bertanya
apakah engkau tak jemu
dalam kerja dikatakan kaku
minda dan hati tidak goyang
isi aspirasi bangsa merdeka
sediakan generasi harapan
meredah hidup globalisasi
melayari gelombang teknologi
jadi penerima dan pemberi

Jayakan visi dan misi negara
reformasi pendidikan Malaysia
membentuk generasi gagah perkasa
bela diri, keluarga dan bangsa
di persada persaingan antarabangsa
supaya tidak luput dari dunia
semuanya jadi kenangan rindu
masaku bermakna telah berlalu
kini aku hanya menunggu
senja damai menutup hariku

Tapi aku masih belum jemu
menghirup segar udara pagi
berteduh bila panas mentari
merenung diri ketika senja
apakah baktiku ini
cumaalah sebutir padi
aku harap ada isinya
jadi benih berlipat ganda
pada cucu dan cicit menanti
inginku wariskan jua
cetusan minda hati budi
menjadi gunung amal bakti sejati

Bila aku telah tiada
ditutup tirai usia
hanya dapat kutinggalkan
sekuntum mawar merah
harumnya sampai bila-bila
agar dapat kalian ciumnya
lambang sejati kasih murni
bersama sebuah memori ini.

Kelana Putera
Ipoh, Perak
26 Februari 2011
23 R’Awal 1432.

 

ABDI


Masihkah ada
cebisan waktuMu
dapatku teruskan
Pengabdian ini
bersihkan jiwa
tuluskan hati
luhurkan budi

Memanjat tangga-tangga
manusia istimewa
dalam payah getir
gilakan dunia
panahan nafsu gila
bisikan syaitan-syaitan
mahu larikan aku
jauh sayup
dariMu
benci pada jiwa
taat sabar setia
berisi iman
bermandikan taqwa
berwajah ihsan mulia
damai lagi tenang

Mahu aku terus
bersujud bertasbih
bersama gunung-gunung
burung-burung
pohon-pohon
mentari
bulan
bintang-bintang
PadaMu Yang Maha Mulia
Raja sekelian manusia.

Kelana Putera
Bandar Puteri
Puchong, Selangor DI
18 NOV 2011
Jumaat 22 Dzulhi’jjah 1432.

 

Friday, June 21, 2013

CINTA ABADI


CINTA ABADI

Mahligai cintaku ini
setulus nur di alam maya
sesuci air mata hamba setia
selembut sutera bidadari
seputih awan berarak ria
sewangi kasturi di Syurga Firdausi
semarak kerinduan para Sufi
Cetusan minda hati budi
hasratku melangit tinggi
sesungguhnya aku tersangat ingin
membunuh nafsu tak bertepi
menggoda sepanjang detik usia
meranapkan segala halangan
bersama gelumang perit pedih
melamar damai nikmat cinta-Mu
Bila dan di manakah
impian ini akan berhenti
masa berlalu sepantas peluru
siang dipadu asmara rindu
malam mimpiku asyik syahdu
kupesan mesra pada purnama
kukirim warkah ke alam tinggi
apakah lamunan cintaku ini
hanyalah  sebuah mimpi
mungkinkah menjadi nyata
Kepada-Mu Ya Rab’bi
Kupohonkan Cinta Abadi

Kelana Putra
Shah Alam,  Selangor DE
15 September 2011.

 

 

 

 

 

 

 

 

Mutiara Hadis

AMAL PERBUATAN IKUT SUNNAH RASUL ATAU BIDAAH?

Nabi saw. bersabda: "Amal perbuatan yang sedikit benar-benar mengikut sunnaturrasul lebih baik daripada amal yang banyak tetapi bidaah, dan tiap-tiap bidaah yang tidak menurut sunnaturrasul pasti sesat, dan tiap-tiap kesesatan itu di dalam neraka".

Thursday, June 20, 2013


Salam sejahtera

Nabi Muhammad Rasul terakhir
Pesuruh Allah membawa Al-Quran
menyebar syariat dan ajaran
tiada batas ruang sempadan
memancar cahaya ke pelusuk alam
membawa berita khabar gembira
ada petunjuk, peringatan dan amaran
untuk umat manusia akhir zaman
ada yang menentang menghina
sunnah Nabi saw. ditinggalkan

Hanya yang patuh dan beriman
mahu berbuat bakti kebajikan
dalam sembunyi mahupun terang
pada siang dan pada malam
hidup dalam syariat Islam
pasti mendapat rahmat berpanjangan
dalam dunia pancaroba ujian
menuju akhirat kekal abadi
kau wariskan Al-Quran agung mulia
kau wasiatkan Sunnahmu untuk bersetia
salam sejahtera atas mu, Ya Raulullah saw.

Kelana Putra
Taman Bijaya Sura, Dungun,
Khamis 24.1.2013
12 Rabiul-awal 1434.

 

CINTA ABADI

Aku cari
cinta abadi
damai sejahtera
dalam alam tidak bersua
hanya ada cinta dunia
perhiasan kemewahan
fana’ kan lebur jua

Bersama langit pecah belah
bintang-bintang gugur berserak
gunung ganang lebur berterbangan
laut meruap asap
bumi muntah ranap
segala  jasad punah ranah

Cinta abadi
berpeluk roh suci murni
kelak bertemu kembali
berpasang gandingan
bersama menemani
jiwaraga yang suci
pasti bersua
dengan Dia Yang Maha Suci

Kelana Putra
Mahlihai Cinta
Rabu 12.12.2012
28 Muharam 1434.

 

RENUNGAN AL-QURAN 315

HARI JERITAN YANG DAHSYAT
 
33. Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat. 34. Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya. 35. Dan ibunya serta bapanya, 36. Dan isteri serta anak-anaknya, 37. Kerana tiap-tiap seorang  dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.  38. Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri, 39. Tertawa dan bersuka ria. 40. Dan muka (yang-orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu. 41. Ditutupi oleh warna hitam legam dan gelap gelita-42. Mereka itu ialah orang-oang yang kafir, yang derhaka. (‘ABASA; 33-42)

Mutiara Hadis

MELIHAT ITU IBADAH
Nabi saw. bersabda: "Melihat wajah orang alim ibadah, juga melihat Kaabah itu ibadah, dan melihat al-Quran itu ibadah".

Wednesday, June 19, 2013

Aku dan Kau


AKU DAN KAU MILIK DIA

Aku dan kau
memadu kasih sejati setia
kau turun dari alam tinggi
aku melata di pentas bumi
kaulah nyawa kaulah jiwa
bersatu kita jelajahi dunia
merebut masa beredar
bergelumang dosa pahala
redah dugaan pancaroba
ada menang ada kecundang
aku tak sekuat mana
masih goyah diancam dunia

Mungkinkah dapat kiranya
kita perteguhkan jiwa raga
hadapi dugaan pancaroba
atau kita rebah terpesona
tiba saat sampai ketikanya
kau pasti kembali ke mahligai azali
tinggalkan aku di sini sepi sendiri
punah ranah hancur lumat

Apakah nantinya kita
jumpa semula kali kedua
menurut atur janji-Nya
mengharap bahagia abadi
anugerah-Nya teristimewa
Tuhan Yang Maha Bijaksana.

Kelana Putra,
Dungun 29 April 2011
25 Jamadil Awal 1432

 

RENUNGAN AL-QURAN 314

APAKAH MANUSIA ITU TIDAK BERSYUKUR DAN TAMAK HALOBA?
SURAH AL-‘AADIYAAT (Ayat 1-11)
1.Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya, 2.Serta mencetuskan api dari telapak kakinya, 3. Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh, 4. Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu, 5. Lalu menggempur ia di tengah-tengah kumpulan musuh; 6. Sesungguhnya manusia tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya; 7.Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian; 8. Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba). 9.(Patutkah ia bersikap demikian?) Tidaklah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?10. Dan dikumpulkan serta didedahkan segala yang terkumpul di dalam dada? 11. Sesungguhnya Tuhan mereka, Maha Mengetahui dengan lebih mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada mereka-pada hari itu.

1. By the (steeds) that run, with panting (breath), 2. Striking sparks of fire (by their hooves), 3. And scouring to the raid at dawn 4. And raise the dust in clouds the while, 5. Penetrating forthwith as one into the midst (of the foe); 6. Verily! Man (disbeliever) is  ungrateful to his Lord;7. And to that fact he bears witness (by his deeds); 8. And verily  he is violent in the love of wealth.9. Knows he not that when the contents of the graves  are brought out and poured forth (all mankind is resurrected). 10. And that which is in the breasts (of men) shall be made known. 11. Verily, that Day (i.e. the Day of Resurrection) their Lord will be Well-Acquainted with them (as to their deeds), (and will reward them for their deeds).

 

ANDAINYA

ANDAINYA

Andainya aku...!
Cenderawasih di angkasa biru
aku bernyanyi menari bersama arak awan
lepas bebas riang

tetap tumpas rebah menyembah bumi

Andainya  aku...!
Seteguh karang di samudera dalam 
aku mampu bertahan diterjah gelombang

tidak patah punah ranah

semacam pasir sentiasa berpindah ubah

Andainya aku..!
Sebuah patung boneka bikinan
aku  dijadikan mainan hilai gelak tawa
ramai manusia dan syaitan
Andainya aku…!
Sepohon kayu
aku beri buah-buah ranum dan teduhan
meliuk lintuk patah tumbang
bila angin ribut menyerang
boleh punah lintang pukang
Andainya aku…!
Segagah seutuh Titiwangsa
aku tetap perkasa tegak segak
biarpun dilanda ribut raksasa
tiada bimbang tiada gusar

tamat riwayatnya bersama dunia.

KELANA PUTRA
Bandar Bukit Puchong,
Selangor Darul Ehsan,
Sabtu 12.Jan 2013,

29 Safar 1434.

 

 

Tuesday, June 18, 2013

Mutiara Hadis

AMAT INGIN KEKAYAAN
Nabi saw. bersabda: "Kalau adalah bagi anak Adam dua buah lembah daripada emas, masihlah dia menginginkan yang ketiga. Tapi tidaklah yang akan memenuhi perut anak Adam, selain tanah. Dan Allah memberi taubat kepada yang taubat". (Bukhari dan Muslim dan Hadis Ibnu Abbas)

JATUH


JATUH

Gugur jatuh luruh
terhempas pecah belah
hancur berkecai
jatuh hati
ingat tanpa henti
dalam jaga dalam tidur
jatuh cinta
terbayang wajah rupa
rindu asyik
jatuh sakit
lesu lemah
longlai layu
jatuh muflis
hakis kikis harta benda
papa kedana
jatuh bangun
cerita hidup manusia

 
Kelana Putra
Kuala Terengganu
Selasa 4 Disember 2012.

 

 

Monday, June 17, 2013

DALAM RINDU


Dalam rindu

Dalam rindu kuseru nama-Mu
pujian pujaan sekelian alam
Engkau Wujud bersama Nama-Mu
Ya Allah – hanyalah Engku Yang Satu
Tiada mula tiada akhir
Engkaulah Yang Maha Suci Maha Tinggi

Terbilang mengisi pelusuk alam
tiada tandingan bukan bandingan
leawti masa dan ruang
berjuta rahsia membalut nama-Mu
99 nama sifat-Mu
Engkau-lah Yang Maha segalanya
Engkau  pancarkan rahmat dan hidayah-Mu
merentasi tujuh petala langit dan bumi

Tiada yang mampu menghitung kira
ketika tenang meskipun gelombang
pada saat bahagia mahupun duka
pada waktu aman sekalipun perang
semua makhluk memuji nama-Mu
tak kira tempat tak kira masa
pagi petang siang malam

Menari di pentas minda
melagu di bibir mesra
menusuk di lubuk hati
membenam di penjuru kalbu
tak kan padam sampailah kiamat
tapi tak ramai memendam rindu
mengingat memuji memuja nama-Mu
demi masa yang terus berlalu
aku, kau dan semuanya pasti rugi
peluang dan ruang datangnya sekali
pasti tidak ada lagi

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
kiniku serahkan diriku pada-Mu
kupohonkan ampun taubat dari-Mu
kupendam rayu tagih cinta-Mu
kusujud sembah taat setia pada-Mu
Kau-lah Yang Maha Tahu
Itulah pintaku…hamba-Mu.

Kelana Putra
Bandar Bukit Puchong
Selangor DE.
13 Rabiul’awal 1432
16 Februari 2011.

 

MENGAPA SOLAT ITU TIANG AGAMA?


10 FADILAT SOLAT
Nabi saw. bersabda; ”Solat adalah tiang agama dan di dalamnya ada sepuluh macam (faedah);
1. Ia adalah sebagai perhiasan wajah.            
2. Ia adalah cahaya bagi hati.
3. Ia adalah kesihatan bagi badan.

4.  Ia merupakan tempat turunnya rahmat (Allah SWT.)
.
5.  Ia sebagai kunci lagit.

6.  Ia boleh memberatkan timbangan.
7.  Ia adalah (penyebab) ridha Allah.
8.  Ia sebagai bayaran (masuk) ke Syurga.
9.  Ia merupakan dinding bagi api neraka.

10.Sesiapa yang telah mendirikan solat, bererti dia telah menegakkan agama, dan sesiapa yang meninggalkannya, maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama”. (Riwayat Abu Hurairah ra.)

Sunday, June 16, 2013

KAYA


KAYA
Ramai orang suka
bergelar orang kaya
mahu  iadi kaya raya
kaya harta siang malam orang bicara
kaya wang tak sayang nak buang belanja
kaya kedudukan gelaran berjela
kaya minda fikiran gagah perkasa
kaya ilmu ramai murid di tiap penjuru
kaya kekasih naik biul bila nak pilih
kaya isteri kuat kerja senyum sendiri
kaya anak ramai yang tak nak
kaya kerabat sesekali tampak hebat
kaya kawan gembira ketawa siulan
kaya hati buat baik tiada henti
kaya budi tabur bakti tak mahu henti
kaya jiwa mudah tersentuh rasa
kaya semangat azam kuat berkobar
kaya pahala tak bimbang gusar hadapi mati
kaya dosa sesal diri sepanjang masa
kaya di sini mudah berusaha mencari
kaya di sana belum pasti diperolehi
bukanlah mudah nak jadi kaya!

Kelana Putra
Kuala Paka
26 September 2012.