Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi saw. bersabda: "Allah Taala berfirman: Kebesaran itu sarungKu dan kesombongan itu selimutKu, maka siapa akan menandingi Aku salah satu dari dua itu, Aku buang ia ke dalam api neraka".
Sunday, November 30, 2014
Friday, November 28, 2014
SI JANTUNG HATI
Pada setiap jiwa,
ada segenggam darah daging,
jika ia baik,
maka baiklah diri,
jika ia buruk,
maka buruklah diri,
Tuhanmu tidak melihat,
wajah rupa parasmu,
Tuhanmu pasti melihat,
akan rupa isi hatimu,
apakah ia umpama,
besi yang buruk berkarat, ataukah
emas yang bersinar gemerlapan, ataukah
batu hitam pejal keras kerjong?
Kelana Putra,
Taman Bijaya Sura, Dungun,
Sabtu 29 November 2014.
ada segenggam darah daging,
jika ia baik,
maka baiklah diri,
jika ia buruk,
maka buruklah diri,
Tuhanmu tidak melihat,
wajah rupa parasmu,
Tuhanmu pasti melihat,
akan rupa isi hatimu,
apakah ia umpama,
besi yang buruk berkarat, ataukah
emas yang bersinar gemerlapan, ataukah
batu hitam pejal keras kerjong?
Kelana Putra,
Taman Bijaya Sura, Dungun,
Sabtu 29 November 2014.
Friday, November 14, 2014
HANYALAH KENANGAN
ANGIN
BUKIT BESI
Bukit Besi
kau simpan beribu cerita manusia
bukit belantaramu yang kaya
damai hijau dingin segar
senyum gelak tawa
cari rezeki bina penghidupan
pekan besi pelbagai bangsa
cukup aman dan moden
Inggeris, Melayu, Cina dan India
ada tuan, mandor dan kuli
bersama deruan keretapi dan wagon
ulang alik setiap hari
di atas trek landasanmu
Bukit Besi – Luit- Kg. Pinang – Kumpal via
Keumudi-Padang Pulut- Serdang-Binjai via
Che Lijah – Nibong-Sura Gate-Sura Jetty
menghadap Laut Cina Selatan
Bukit Besi
kini cuma tinggal saki baki
tiada lagi dentuman letupan
lokomatif dan wagonmu
sudah hilang – kini sunyi sepi
hanya tinggal sebuah memori- nostalgia
bersama dingin malammu
yang mengigit menusuk
jiwa raga geloraku
sentiasa kami
dendangkan Lagu La Obe...
Kelana Putra
Nostalgia Remaja 1960-an
Bukit Besi, Dungun
Rabu 2.1.2013
9 Safar 1434
Bukit Besi
kau simpan beribu cerita manusia
bukit belantaramu yang kaya
damai hijau dingin segar
senyum gelak tawa
cari rezeki bina penghidupan
pekan besi pelbagai bangsa
cukup aman dan moden
Inggeris, Melayu, Cina dan India
ada tuan, mandor dan kuli
bersama deruan keretapi dan wagon
ulang alik setiap hari
di atas trek landasanmu
Bukit Besi – Luit- Kg. Pinang – Kumpal via
Keumudi-Padang Pulut- Serdang-Binjai via
Che Lijah – Nibong-Sura Gate-Sura Jetty
menghadap Laut Cina Selatan
Bukit Besi
kini cuma tinggal saki baki
tiada lagi dentuman letupan
lokomatif dan wagonmu
sudah hilang – kini sunyi sepi
hanya tinggal sebuah memori- nostalgia
bersama dingin malammu
yang mengigit menusuk
jiwa raga geloraku
sentiasa kami
dendangkan Lagu La Obe...
Kelana Putra
Nostalgia Remaja 1960-an
Bukit Besi, Dungun
Rabu 2.1.2013
9 Safar 1434
AMALAN MANUSIA
APAKAH YANG MANUSIA DISEDIAKAN UNTUK HARI AKHIRAT?
18. Wahai orang-orang yang
beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan
meninggalkan larangan-Nya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan
memerhatikan apa yang telah ia sediakan (dari amalan-amalannya) untuk hari esok
(hari akhirat). (AL-HASY-R; 18)
Tuesday, November 11, 2014
MANUSIA
MANUSIA OH MANUSIA...
Ada yang lalai leka,
Ada yang memang gila,
Ada yang jantan nak jadi betina,
Ada yang betina nak jadi jantan,
Ada yang nak jadi malaikat,
Ada yang nak jadi syaitan,
Ada yang ingkar durhaka,
Ada yang sesat buta,
Ada yang memilih neraka
Ada yang yang taat setia,
Ada yang mahukan syurga...
Ada yang lalai leka,
Ada yang memang gila,
Ada yang jantan nak jadi betina,
Ada yang betina nak jadi jantan,
Ada yang nak jadi malaikat,
Ada yang nak jadi syaitan,
Ada yang ingkar durhaka,
Ada yang sesat buta,
Ada yang memilih neraka
Ada yang yang taat setia,
Ada yang mahukan syurga...
Monday, November 10, 2014
GETARAN JIWA - TEMAN
TEMAN
Tanpa teman pastinya,
diri sunyi kesepian,
semacam pulau di tengah lautan,
teman demi teman,
ada yang datang,
ada yang pergi,
teman yang baik bawa bahagia,
teman yang jahat bawa celaka,
sungguh ramai teman ketawa,
gila asyik berfoya-foya,
teman gembira keliling pinggang,
sekali angguk meluru datang
teman lawak hilai tawa,
siang malam tak kering gusi,
teman bermain segala benda,
naik kereta, naik kuda dan naik segala
teman menangis jarang dijumpa,
apakah satu dalam seribu
ataukah satu dalam sejuta?
teman sejati sukar diganti,
pasti kau ingat sampai ke mati,
teman hidup tak mahu berpisah,
namun ajal pasti tiba.
Kelana Putra,
Isnin 10 November,
Dungun, Terengganu
Tanpa teman pastinya,
diri sunyi kesepian,
semacam pulau di tengah lautan,
teman demi teman,
ada yang datang,
ada yang pergi,
teman yang baik bawa bahagia,
teman yang jahat bawa celaka,
sungguh ramai teman ketawa,
gila asyik berfoya-foya,
teman gembira keliling pinggang,
sekali angguk meluru datang
teman lawak hilai tawa,
siang malam tak kering gusi,
teman bermain segala benda,
naik kereta, naik kuda dan naik segala
teman menangis jarang dijumpa,
apakah satu dalam seribu
ataukah satu dalam sejuta?
teman sejati sukar diganti,
pasti kau ingat sampai ke mati,
teman hidup tak mahu berpisah,
namun ajal pasti tiba.
Kelana Putra,
Isnin 10 November,
Dungun, Terengganu
Thursday, November 6, 2014
RENUNG FIKIR
"Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi". TAHA: 55
Subscribe to:
Posts (Atom)