Friday, November 14, 2014

HANYALAH KENANGAN

ANGIN BUKIT BESI

Bukit Besi
kau simpan beribu cerita manusia
bukit belantaramu yang kaya
damai hijau dingin segar
senyum gelak tawa
cari rezeki bina penghidupan
pekan besi pelbagai bangsa
cukup aman dan moden

Inggeris, Melayu, Cina dan India
ada tuan, mandor dan kuli
bersama  deruan keretapi dan wagon
ulang alik setiap hari
di atas trek landasanmu

Bukit Besi – Luit- Kg. Pinang – Kumpal via
Keumudi-Padang  Pulut- Serdang-Binjai via
Che Lijah – Nibong-Sura Gate-Sura Jetty
menghadap Laut Cina Selatan

Bukit Besi
kini cuma tinggal saki baki
tiada lagi dentuman letupan
lokomatif dan wagonmu
sudah hilang – kini sunyi sepi
hanya tinggal sebuah memori- nostalgia
bersama dingin malammu
yang mengigit menusuk
jiwa raga geloraku
sentiasa kami
dendangkan Lagu La Obe...

Kelana Putra
Nostalgia Remaja 1960-an
Bukit Besi, Dungun
Rabu 2.1.2013
9 Safar 1434

1 comment: