ALLAH BERJUAL BELI DENGAN
HAMBANYA YANG BERIMAN
“Sesungguhnya Allah telah
membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka
dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka
berjuang pada jalan Allah; maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan
terbunuh. (Balasan Syurga yang sedemikian ialah) sebagai janji yang benar yang
telah ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta
Al-Quran; dan siapa lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah?
Oleh itu bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu, dan
(ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”.(AT-Taubah:
111)
Apakah kita ketahui dan sedari bahawa Allah swt. itu berjual beli dengan para hambanya? Sesungguhnya harga nyawa, darah dan jiwa raga yang dipertaruhkan oleh orang-orang yang beriman untuk menegakkan agama Allah dan mempertahankannya Allah akan bayar dengan harga yang tiada nilai taranya...iaitu balasan Syurga yang penuh kenikmatan.
ReplyDelete