BAWA DIRI
Ingin sekali akubawa diri ini
jauh menyendiri
lepas bebas
merungkai dakapan pelukan
tangan-tangan palsu duniawi
begitu rimas melemaskan
menghimpit sempit jiwa raga
mahu sahaja aku tutup katup
pintu-pintu diriku
kepada bisikan godaan
meracuni nafsu gila membara
mengajak diri berseronok maksiat
aku di tarik dan aku juga menarik
namun aku tetap mahu bawa
diriku ini menuju destinasinya
Kelana Putra
Kuala Terengganu
Rabu 2.1.2013
19 Safar 1434
Ingin sekali aku bawa diriini
ReplyDeletejauh menyendiri dari kekalutan dan kemelut dunia...aku mahu menuju destinasiku.