BEKALAN UNTUK AKHIRAT
20. Sedarlah wahai
orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan
kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia yang cepat habisnya).
21. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).22. Pada hari akhirat itu,
muka (orang-orang beriman) berseri. 23. Melihat kepada Tuhannya.24. Dan pada
hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh, - 25. Sambil percaya dengan
yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.
(AL-QIAAMAH: 20-25)
Mausia lebih mencintai kesenangan dan kemewahan dunia dan tidak menghiraukan bekalan untuk hidup yang kekal abadi pada hari akhirat.
ReplyDelete