Dalam rela mahupun paksa
dalam redha gembira ria
dalam mungkar durhaka duka
semua mesti pulang kembali
sendirian bertelanjang
dalam sunyi pilu sepi
ada buta, tuli dan bisu
merangkak, berjalan dan berlari
atau apajua keadaanya
menuju perhimpunan maha besar
dibukakan suratan amal
tangan kanan ertinya berbahagia
tangan kiri ertinya berdukacita
amal baik amal jahat
seberat dzarrah ditimbang jua
tiada tawar menawar
tiada dunia kali kedua
sekalipun darah gantikan air mata
itulah sumpah janji sejak azali
apakah manusia patuh sabar setia
atau ingkar rakus durhaka
semua kita pulang kembali
jalan bengkok pasti tersesat
jalan lurus selamatlah tiba
kehadirat Allah Yang Maha Esa
Kelana Putra
Bandar Bukit Puchong
Isnin 14 Januari
12013
2 Safar 1434.
semua manusia mesti pulang kembali ke pangkuan Ilahi dengan apa jua keadaan sekalipun..buta, tuli dan bisu...merangkak, berjalan, berlari dan apa jua..!
ReplyDelete