Monday, January 7, 2013

GETARAN JIWA - Taubat

TAUBAT

Aku hanyalah insan biasa
Amat lemah terdedah terarah
Buat maksiat noda dosa
Dalam sembunyi mahupun terang
Dosa kecil mungkin mudah
Hilang lenyap dibuang
Dosa besar pastilah payah
Berat  beban bukan kepalang
Tompok titik noda-noda
Hitam pekat likat melekat
Pada hati jiwa ragaku
Sesungguhnya  aku ini amat menyesal
Amat gusar sedih menakutkan
Azab seksa yang Engkau janjikan
Dalam kelam gelita malam
Bersama  jiwa tangis senduku
Biarlah hakis kikis hilang terbang
Ya Allah Ya Rab’bi
Aku  berserah diri pada-Mu
Aku mohon keampunan-Mu
Aku pinta pertolongan-Mu
Aku dambakan redha-Mu
Aku bertaubat kepada-Mu
Agar diriku Engkau suci bersihkan

Kelana Putera
Bingkisan Qalbu
Pantai Teluk Lipat,
Dungun Terengganu,
Isnin 7.1.2013,
24 Safar 1434.

1 comment:

  1. Ya Allah,Ya Rab'bi!....Aku berserah diri pada-Mu, Aku mohon keampunan-Mu, Aku pinta pertolongan-Mu, Aku dambakan redha-Mu..Aku bertaubat kepada-Mu..Agar diriku Engkau suci bersihkan...!

    ReplyDelete