Masihkah
ada
cebisan
waktuMu
dapatku
teruskan
Pengabdian
ini
bersihkan
jiwa
tuluskan
hati
luhurkan
budi
Memanjat
tangga-tangga
manusia
istimewa
dalam
payah getir
gilakan
dunia
panahan
nafsu gila
bisikan
syaitan-syaitan
mahu
larikan aku
jauh
sayup
dariMu
benci
pada jiwa
taat
sabar setia
berisi
iman
bermandikan
taqwa
berwajah
ihsan mulia
damai
lagi tenang
Mahu
aku terus
bersujud
bertasbih
bersama
gunung-gunung
burung-burung
pohon-pohon
mentari
bulan
bintang-bintang
PadaMu
Yang Maha Mulia
Raja
sekelian manusia.
Kelana
Putera
Bandar
Puteri
Puchong,
Selangor DI
18
NOV 2011
Jumaat
22 Dzulhi’jjah 1432.
No comments:
Post a Comment