SURAH AL-FATIHAH
1.Dengan nama Allah, Yang
Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 2.Segala pujian tertentu bagi Allah, Tuhan
yang memelihara dan mentadbirkan sekelian alam. 3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani. 4. Yang menguasai pemerintahan Hari Pembalasan (hari Akhirat). 5.
Engkau-lah sahaja (Ya, Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkau-lah sahaja,
kami memohon pertolongan. 6. Tunjukilah kami jalan yang lurus. 7. Ia iaitu
jalan orang-orang yang Engkau telah
kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah
murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
No comments:
Post a Comment