Sunday, June 30, 2013

APAKAH ITU KEMATIAN?

 
Kematian ia sesuatu yang telah Allah tetapkan kepada setiap makhluk yang bernyawa. Berikut ini adalah beberapa firman Allah SWT. yang memberikan peringatan dan petunjukNya kepada manusia mengenai erti kematian dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Marilah  sama-sama kita merenung fikir mengenai semua maksud daripada ayat-ayat berikut dengan harapan kita akan lebih mengerti dan memahami akan hakikat kematian itu dan hikmahnya.
Alaah Taala berfirman dengan maksud;
“Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)” (Al-‘Ankabut: 57)
“Dialah (iaitu Allah) yang telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian Dia ditentukan ajal (kematianmu), dan satu lagi ajal yang ditentukan di  sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat), dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan)” ( Al-An’aam: 2)
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberi tahu kepada kamu apa yang telah kamu lakukan (serta membalasnya)” (Al- Jumu’ah: 8)
“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: “Ini adalah dari sisi Allah” dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: “Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu”. Katalah (wahai Muhammad); “Semua itu (kebaikan dan bencana) adalah berpunca dari sisi Allah”. Maka apakah yang menyebabkan kamu itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?” (An NIsaa’: 78)
“Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi ia member tempoh kepada mereka hingga kesuatu masa yang tertentu, kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta untuk dikemudiankan sesaatpun, dan tidak pula mereka akan dapat meminta untuk di dahulukan” (An-Nahl: 61)
Perkara mengenai mati dan kematian ini adalah amat baik sekiranya kita memahami dan mempelajarinya dengan mendalam kerana Nabi saw. bersabda dengan ertinya:
“Perbanyakkanlah mengingati mati, kerana yang demikian itu akan mengurangkan seseorang itu melakukan dosa dan menjadikannya berzuhud dalam urusan dunia”
Siapakah mukmin yang utama? Jawab Nabi saw. “Yang terbaik budi akhlaknya” Mukmin manakah yang terkaya? Jawab Nabi saw. “Yang banyak ingat mati dan baik persediaanya”
Sekian, Was’salam!
 
 

1 comment:

  1. Setap jiwa akan merasai mati. Ia bukanlah sekadar bercerainya roh dari jasad yang kemudiannya menjadi hancur lebur dan penamat kepada kehidupan manusia. Erti mati tidak sama pada setiap orang..walaupun ia ternampak macam serupa. Apakah erti kematian pada seseorang yang mengaku dirinya Islam dan beriman?

    ReplyDelete