Wednesday, October 10, 2012

NABI IBRAHIM 6


NABI IBRAHIM 6
Nabi Ibrahim dianggap bermain-main sahaja kaumnya

54. Ia berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”. 55. Mereka bertanya:  “Apakah engkau membwa kepada kami sesuatu yang benar (mengenai seoang Rasul), atau engkau seorang yang bermain-main sahaja?” 56. Ia menjawab: “(Bukan bermain-main) bahkan (untuk menegaskan bahawa) Tuhan kamu adalah Tuhan yang mentabdirkan langit dan bumi, Dia-lah yang menciptanya; dan aku adalah dari orang-orang yang boleh memberi keterangan mengesahkan yang demikian itu.(AL-ANBIYAA’:54-56)

NABI ADAM 6

Iblis itu adalah musuh yang nyata

116. Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala kami berfirman kepada Malaikat; “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka sujud. 117. Maka kami berfirman: “Wahai Adam, sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan isterimu; oleh itu janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita”. (TAHA: 116-117)

KISAH PARA RASUL - NABI NUH

NABI NUH DAN KAUMNYA 6
NABI NUH DAN KAUMNYA
Nabi Nuh mempertahan pegangannya
31. “Dan aku tidak pernah berkata kepada kamu: di sisiku ada perbendaharaan Allah, dan tidaklah aku mendakwa mengetahui perkara-perkara yang ghaib, dan aku tidak mengatakan bahawa aku ini Malaikat: dan aku juga tidak berkata terhadap orang-orang yang beriman yang kamu pandang hina itu, bahawa Allah tidak akan memberi kebaikan kepada mereka, Allah lebih mengetahui akan apa yang ada di dalam hati mereka. Sesungguhnya aku jika bertindak demikian, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang zalim”.(HUD: 31)

NABI ADAM - 5

NABI ADAM 5

Nabi Adam telah mendapat pesan

115. Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan Kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh. (TAHA: 15)

Tuesday, October 9, 2012

KISAH PARA RASUL - NABI NUH 5


NABI NUH DAN KAUMNYA 5
Nabi Nuh menyatakan pendiriannya

31. Dan aku tak pernah berkata kepada kamu: di sisiku ada perbendaharaan Allah, dan tidaklah aku mendakwa mengetahui perkara-perkara yang ghaib, dan aku tidak mengatakan bahawa aku ini Malaikat; dan aku juga tidak berkata terhadap orang-orang yang beriman yang kamu pandang hina itu, bahawa  Allah tidak akan memberi kebaikan kepada mereka. Allah lebih mengetahui akan apa yang ada di dalam hati mereka. Sesungguhnya aku jika bertindak demikian, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang zalim.(HUD: 31)

PENAWAR BAGI HATI

SIFAT TERKEJI/TERCELA 7 : KASIH AKAN DUNIA

Ketahui olehmu akan bahawasanya dikehendaki dengan dunia itu tiap-tiap barang yang di atas muka bumi daripada segala yang diingini dan segala yang sedap-sedap dan segala mata benda yang ingin akan dia oleh NAFSU dan LOBA ia atasnya dan HARTA dan KEMEGAHAN itu setengah daripada dunia dua macam daripada segala bagai-bagai dunia.

Monday, October 8, 2012

NABI ADAM 4

NABI ADAM 4
Iblis boleh menyesatkan manusia yang mengikutinya dan membawa mereka ke Neraka Jahanam
41.Allah berfirman: “Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya”.
42. “Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri)”.
43. “Sesungguhnya Neraka Jahanam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekelian mereka (yang menurutmu).
44.”Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)”. (AL-HIJR; 41-44)

NABI ADAM 3

NABI ADAM 3
Iblis bersumpah dan berhasrat menyesatkan Bani Adam semuanya
36. Iblis berkata: “Wahai Tuhanku, Jika demikian berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)”.
37.Allah berfirman: “Dengan permohonanmu itu, maka sesugguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh”.
38. “Hingga ke hari masa yang termaklum”.
39. Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
40. “Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hamba-Mu yang dibersihkan dari sebarang syirik”. (AL-HIJR: 36-40)