Sunday, January 6, 2013

KE ARAH KESEMPURNAAN SOLAT - 5


RAHSIA AL-FATIHAH DIDALAM SOLAT

 Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Kami berada di belakang imam (bersembahayang) maka berkatalah imam itu kepada kami: “Bacalah AL-Fatihah sendiri, kerana aku mendengar Rasulullah saw. mengatakan:

 “Telah berkata Allah Azzawajala; Aku bahagikan solat (maksudnya Al-Fatihah) antara-Ku dan hamba-Ku menjadi dua bahagian (separuh untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku),dan bagi hamba-Ku apa yang mereka minta.

 Apabila hamba-Ku berkata: Alhamdulillahi rab’bil alamin

Allah menjawab: Hamba-Ku memuji-Ku,

dan apabila hamba-Ku berkata; Ar’rahmanirrahim,

Allah menjawab: Hamba-Ku menyanjung-Ku,

dan apabila hamba-Ku berkata; Maalikiaul mid"din

Allah menjawab: Hamba-Ku mememuliakan-Ku,

 dan apabila hamba-Ku berkata; Iyyakannak’bu waiyya kanas’taiin,

Allah menjawab: Ini seperdua untuk-Ku dan seperdua untuk hamba-Ku,

 dan apabila hamba-Ku berkata; Ihdinna sirrotul mustaqiim, siratholazzi naan’aam tho alaihim, ghairil mardhu bialaihim, walla dholiim

Allah menjawab: Ini semua untuk hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta”.

 Sama-samalah kita mengambil pelajaran dan petunjukNya mengenai rahsia membaca surah Al-Fatihah dalam amalan solat yang menjadi tiang agama dan ibadah pertama yang akan Allah hisabkan di akhirat kelak.

 Sekian terima kasih, Was’salaam!

 

Saturday, January 5, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 216 - Mengadap Tuhan

Di himpunkan di Mahsyar dan di bawa menghadap Tuhan

47. Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung ganag, dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka. 48. Dan mereka akan mereka akan tetap di bawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan kepada mereka): “Kamu sekarang telah datang kepada Kami – (berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka, bahawa Kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa yang Kami janjikan). (AL-KAHFI 47-48)

Friday, January 4, 2013

Mutiara Hadis - Jalan keselamatan

10 JALAN KESELAMATAN

Rasulullah saw. bersabda:
Keselamatan (hamba) berada di atas 10 jalan, 5 di dunia dan 5 di akhirat. Adapun yang lima di dunia itu ialah;
1. Ilmu
2. Ibadah
3. Rezeki yang halal
4. Sabar menghadapi ujian
5. Bersyukur atas anugerah nikmat

Adapun yang 5 di akhirat ialah;
1.Dia didatangi oleh malaikat maut, mencabut nyawa dengan kasih dan lembut
2.Dia tidak dikejutkan oleh malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur.
3.Dia merasa terancam pada hari yang paling menakutkan (hari kiamat)
4.Dia dihapuskan kesalahan-kesalahan dan diterima kebaikan-kebaikannya
5.Dia melalui titian Siratul Mustaqim seperti cahaya kilat, dan selamat masuk ke syurga.

RENUNGAN AL-QURAN 215 (Degil)

MANUSIA BANYAK MEMBANTAH DAN DEGIL

54. Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali membantah. 55. Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, tatkala datang petunjuk Al-Quran kepada mereka, dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang dilihat dan dihadapi. (AL-KAHFI: 54-55)

Bingkisan Qalbu

"Tiada guna bibir semanis madu, kiranya hari sepahit hempedu" - Kelana Putra

KE ARAH KESEMPURNAAN SOLAT - 4


MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Membaca surah al-Fatihah (Ummul al-Quran) dalam setiap rakaat solat adalah wajib. Antara sabda Nabi saw. mengenai perkara ini ialah;

1.”Tidak sempurna solat seseorang, apabila dia tidak membaca (surah) al-Fatihah”. (Hadis Riwayat Bukari dan Muslim, Sahih al-Bukhari 714 dan Sahih Muslim 595)

2. “Barang siapa yang mendirikan solat dan tidak membaca Ummul al-Quran (al-Fatihah, maka solatnya tidak sempurna”.  Rasulullah mengulangi ujaran tersebut sebanyak tiga kali.

Adalah amat penting bagi setiap orang berusaha membaca surah al-Fatihah dengan betul, tertib, ayat demi ayat sehingga selesai. Membaca surah al-Fatihah dengan memahami erti dan maksud setiap ayatnya akan memboleh tumpuan sepenuhnya dan meningkatkan kekhusyukan dalam solat.

3. Maksud surah al-Fatihah:                

1. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam.

3. Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

5.  Engkau-lah sahaja (Ya-Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkau-lah sahaja kami memohon pertolongan.

6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

7.  Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

 
Bingkisan Qalbu
"Manusia sememang suka menghina caci dan keji sesama manusia. Namun yang lebih hina dan keji ialah apabila seseorang itu meghina dirinya sendiri"

GETARAN JIWA - HINA

HINA
Diri dihina dicaci keji
mata memandang perkara haram
telinga mendengar khabar palsu
mulut manis bicara celupar
lidah bercabang  kerap berdusta
tangan panjang merompak curi
kaki berjalan menghentak bumi
hati keras tanpa simpati
jiwa tandus erti rasa
akal ada fikiran tiada
diri hilang tidak sedar
diri sombong bongkak bangga
diri  mati meskipun bernyawa
hinalah diri sepanjang usia

Kelana Putra
Bingikisan Qalbu
Bukit Bauk, Dungun.
Jumaat 1.4.2013
4 Safar 1434