Friday, September 6, 2013

Getaran Jiwa - Main apa kita?

Main apa kita…?
Main itu main ini
Main sana main sini
Main gitu main gini
Main golf masuk lubang
Main kuda masuk nombor
Main poker tipu member
Main saham muka masam
Main dam aji malboro
Main burung kelek sangkar
Main ikan tak kira umpan
Main betina poket kering
Main jantan makeup memanjang
Main biang 69
Main gila suka-suka
Main-main siang malam
Main sendiri main pasangan
Kalau tak main
kepala biul
Dapat main
bersiul-siul
Apakah kita lupa
Mati itu bukan main-main!

Kelana Ptra
Bukit Besi, Dungun
21 Oktober 2012.

Getaran Jiwa - Hanya Dikau

HANYA PADAMU

Padamu dinda sayangku
Terimalah salam cintaku
Kusimpulkankan  senyum mesra
Kubicara  puisi  indah
Kukirimkan warkah rindu
Kutuliskan puisi kasih
Kugubahkan melodi asyik
Kudendangkan lagu asmara
Kukucup bibir mekarmu
Kuselimutkan demam rindu
Kugetarkan jiwa gelora
Kujulang raga seksimu
Kutarikan dangdut cinta
Kubalas dendam asmaradana
Kuaksikan drama kamasutra
Biar kau asyik lena layu lesu.

Kelana Putra,
Mahligai Cinta
9 Dis. 2012.
9 Disember 2012.
9 Disember 2012

 

 

 

Wednesday, September 4, 2013

Getaran Jiwa - Aku Musafir


AKU MUSAFIR
Aku berkelana
tuju destinasi
roh- jasadku ini
bersatu berpadu
seketika waktu cuma
untuk aku bersiap siaga
jelajahi  kembara saujana
sendiri  sayu  sepi
aku tidak pasti
bila dan bagaimana
ajal maut dan kisahnya
apalagi selebihnya
apakah ia  sekadar
berhenti dan menanti
tiupan seru sangkakala
bangkit hidup kembali
dan terus kembara sendiri
ia pasti bukan fantasia
alam misteri abadi
mengadap pada-Mu Ya Ilahi.

Kelana Putra
Cinta Abadi
Ahad 1 Jun 2013.

 

 

Getaran Jiwa - Ada Tiada


ADA TIADA
Dia ada sejak azali
tiada awal tiada akhir
kekal abadi
Dia-lah Wujud
kita semua diadakan
kita adalah maujud
dari tiada menjadi ada
cuma seketika
barang  sehari dua
bukan selamanya
jadi bila kita ada
jangan terlalu mengada-ada
kerana kelak kita pasti tiada
seumpama disini  kita  adanya.

Kelana Putra
Mahligai Cinta,
Khamis 4 Sept. 2013

Getaran Jiwa - Lari

LARI
Manusia merangkak, berjalan dan berlari
lari selagi mahu dan mampu
lari dari panas terik membakar
lari dari api pijar membara
lari dari hujan ribut melanda
lari dari puting beliung berputar
lari dari sejuk beku kaku
lari dari gelombang tsunami ganas
lari dari gempa bumi menelan
lari dari letupan kuat gunung berapi
lari dari mala petaka bencana
Apakah kita masih boleh terus lari?
Dari malaikat pencabut  nyawa
Dari azab kubur gelap yang seksa
Dari perhimpunan besar manusia Mahsyar
Dari titian sirath yang ada para penjaga
Dari hisab dan hukuman
Dari balasan pasti yang dijanjikan
Tuhan Yang Maha Esa.

Kelana Putra
Dungun, Terengganu
Khamis 4 September 2013.

 

Tuesday, September 3, 2013

KE ARAH KESEMPURNAAN SOLAT (5)

RAHSIA DI SEBALIK AL-FATIHAH YANG DIBACAKAN DALAM SOLAT

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Kami berada di belakang imam (bersembahayang) maka berkatalah imam itu kepada kami: “Bacalah AL-Fatihah sendiri, kerana aku mendengar Rasulullah saw. mengatakan: “Telah berkata Allah Azzawajala;  Aku bahagikan solat (maksudnya Al-Fatihah) antara-Ku dan hamba-Ku menjadi dua bahagian (separuh untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku),dan bagi hamba-Ku apa yang mereka minta.

Apabila hamba-Ku berkata: Alhamdulillahi rab’bil alamin
Allah menjawab: Hamba-Ku memuji-Ku,

dan apabila hamba-Ku berkata; Ar’rahmani rahim

Allah menjawab: Hamba-Ku menyanjung-Ku,
Dan apabila hamba-Ku berkata; Maalikiaul middin

Allah menjawab: Hamba-Ku mememuliakan-Ku,
Dan apabila hamba-Ku berkata; Iyyakannak’bu waiyya kanas’taiin

Allah menjawab: Ini seperdua untuk-Ku dan seperdua untuk hamba-Ku,
Dan apabila hamba-Ku berkata; Ihdinna sirratul mustaqiim, sirathalazzi naan’aam tha alaihim, ghairil mardhu bi alaihim, walla dhalim

Allah menjawab: Ini semua untuk hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta”.
Sekian terima kasih, Was’salaam!

 

Salam Cinta..

Pada semua sahabat handai, kawan dan teman,
Ingin aku persilakan untuk bersamaku,
Dilaman ini...agar lebih perkasalah
Minda Hati Budimu.

Renungan Al-Quran 383

PERTEMUAN DENGAN ALLAH DAN KEINGKARAN MANUSIA
 
7. Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia mereka sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat. 8. Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui) bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa perhinggaannya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya). Dan sebenarnya ada ramai di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan TuhanNya. (AR_RUUM:7-8)