Sunday, September 8, 2013

Renungan Al-Quran 387

MELUPAI  BEKALAN  UNTUK AKHIRAT
 
20. Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia yang cepat habisnya). 21. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal  abadi kehidupannya).22. Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang beriman) berseri. 23. Melihat kepada Tuhannya.24. Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh, - 25. Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan. (AL-QIAAMAH: 20-25)

Renungan Al-Quran 386

ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN

“Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya” (THAHA; 82)

Saturday, September 7, 2013

Renungan Al-Quran 385

SELAMAT TINGGAL.!
 
87. Demi sesungguhnya! Jika engakau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang mencipta mereka?” Sudah tentu mereka akan mnjawab: “Allah!” (Jika demikian) bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakan-Nya)? 88. Dia (Dia-lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah pada-Mu untuk mengadilinya)” 89. (Tuhan menjawab rayuan dengan berfirman): Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: “Selamat tinggal! Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)!” (AZ-ZUKHRUF;87-89)

Getaran Jiwa - Malam

MALAM

Apakah malam hanya
gelita pekat likat
kelam hitam legam
buta semua mata
di sambar mimpi-mimpi
di ulik khayalan asyik
zikir- fikir hamba setia
bulan bintang
gunung ganang
unggas pepohon
jua insan-insan
dalam tangis sendu
sayu pilu hiba
kering air mata
letih layu lesu
berteman doa sembunyi
dambakan redha kasih cinta
aku berdoa dalam doa
ke hadIrat-Mu Yang Maha Quddus.


Kelana Putra
MahligaiCinta
22 OKT 2012
6 DZULHIJJAH 1433.

 

 

Getaran Jiwa-Dataran Sepi


DATARAN SEPI
Atas sumpah dan janji
aku, kau, dan semuanya
pasti kembara sendiri-sendiri
tanpa pacuan empat roda
tiada hp dan galaxy
apa lagi air mineral
diri bogel telanjang
dikejutkan sangkakala
bangkit segera terpinga-pinga
tak tahu hendak ke mana
semua pasti di bawa mengadap Ilahi
berjalan kaki, berlari, merangkak atau apa saja
pedih perit, derita sengsara
menuju saujana destinasi
perhimpunan seluruh umat manusia
diam sunyi sepi
pasrah diri di Padang Mahsyar
menunggu dan terus menunggu
perhitungan untung rugi
berdiri terus berdiri
dalam amat terik mentari
apakah diri boleh bertahan
atau apakah mungkin
kita perolehi perlindungan Arasy
Allah Yang Maha Adil Bijaksana

Kelana Putra
Cinta Abadi,
Dungun, Terengganu,
Jumaat 10 Mei 2013

 

 

TITISAN TINTA

TITISAN TINTA

“Akan datang suatu masa, tiada tinggal dari Islam kecuali namanya, dan Quran hanya tulisannya, masjid-masjidnya megah tetapi kosong dari tuntutan agama, ulama pada waktu itu sejahat-jahat manusia di bawah langit, dari mereka timbulnya fitnah kekacauan, dan kepada mereka pula kembali fitnah itu” (Ali bin Abi Talib r.a.)

Getaran Jiwa-Ada apa dalam cinta?

Ada apa dalam cinta?

Sebuah cinta asmara
milikku milikmu
sumpah janji setia
paduan dua hati dua jiwa
ada senyum seribu makna
ada rindu membelah jiwa
ada kasih memaut mesra
ada sayang  selalu terbayang
ada cemburu resah keliru
ada geram tuntut habuan
ada rayu dambakan sayu
ada benci bila tak kesampaian
ada letih menunggu kekasih
ada lesu bila tak ketemu
ada dusta untuk sembunyi
ada penawar bila terluka
ada asmara lepaskan dendam
ada sunyi bila sendirian
ada kerja bila berduaan
ada asyik bila memikirkan
ada syahdu bila ditangiskan
ada itu, ada ini
ada macam-macam


Kelana Putra
Mahligai-Cinta
Jumaat 19 Julai 2013
10 Ramadhan 1434.

 

 

Friday, September 6, 2013

Renungan Al-Quran 384

MANUSIA TERBAHAGI KEPADA TIGA PUAK

1. Apabila berlaku hari kiamat itu, 2. Tiada siapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. 3. Kejadian hari  kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat)…7. Dan kamu menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya); 8.Iaitu puak kanan;-alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? 9. Dan puak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu? 10. Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak). (AL-WAAQIAH: 1-10)