Muhammad saw. itu penghulu segala Rasul-rasul
Adam a,s. itu penghulu segala manusia
Jibril itu penghulu segala malaikat
Jumaat itu penghulu segala hari
Niat itu penghulu segala amal
Ikhlas itu penghulu segala kebaikan
Thursday, December 5, 2013
BALASAN ALLAH
BALASAN ALLAH BILA TIBA
MASANYA
“Dan kalaulah Allah
mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan
amal-amal jahat yang mereka telah
kerjakan, tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk
yang bergerak; akan tetapi (Ia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia
memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian
apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan
adilnya), kerana sesugguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya”.
(FAATIR; 45)
Wednesday, December 4, 2013
Getaran Jiwa - Hanyalah Pada-Mu Jua
HANYALAH
PADA-MU JUA
Ya Allah, Ya Rahmann, Ya Rahim!
Aku hanyalah hamba biasa,
Aku memohon meminta-minta,
Aku berdoa malam siang,
Aku memohon meminta ketika susah dan ketika senang,
Aku tetap memohon meminta selagi nyawa masih di badan,
Aku terus memohon meminta…dulu,kini dan selamanya,
Minta rezeki halal buat meneruskan hidup bahagia,
Minta petunjuk cahaya buat perjalanan di sini dan di sana,
Minta keyakinan buat iman teguh utuh,
Minta ilham buat cetusan buah fikiran,
Minta kekuatan buat benteng serangan hasutan godaan,
Minta belas ihsan buat keselamatan jiwa raga,
Minta pertolongan buat atasi lemah lalai leka,
Minta ampun maaf buat bersihkan noda dan dosa,
Minta panjang usia buat tambahkan amal bakti,
Minta rahmat hidayah buat hidup dunia dan akhirat,
Minta Jannah buat hidup damai sejahtera abadi,
Ya Rab’bi, Engkau-lah Yang Maha Pemberi segalanya.
Kelana Putra Dungun,
Terengganu Darul Iman,
Jumaat 20 Sept.2013.
Ya Allah, Ya Rahmann, Ya Rahim!
Aku hanyalah hamba biasa,
Aku memohon meminta-minta,
Aku berdoa malam siang,
Aku memohon meminta ketika susah dan ketika senang,
Aku tetap memohon meminta selagi nyawa masih di badan,
Aku terus memohon meminta…dulu,kini dan selamanya,
Minta rezeki halal buat meneruskan hidup bahagia,
Minta petunjuk cahaya buat perjalanan di sini dan di sana,
Minta keyakinan buat iman teguh utuh,
Minta ilham buat cetusan buah fikiran,
Minta kekuatan buat benteng serangan hasutan godaan,
Minta belas ihsan buat keselamatan jiwa raga,
Minta pertolongan buat atasi lemah lalai leka,
Minta ampun maaf buat bersihkan noda dan dosa,
Minta panjang usia buat tambahkan amal bakti,
Minta rahmat hidayah buat hidup dunia dan akhirat,
Minta Jannah buat hidup damai sejahtera abadi,
Ya Rab’bi, Engkau-lah Yang Maha Pemberi segalanya.
Kelana Putra Dungun,
Terengganu Darul Iman,
Jumaat 20 Sept.2013.
KITAB AL-QURAN
(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf. (IBRAHIM: 52)
Monday, December 2, 2013
HARI KIAMAT
SETIAP ORANG PALING SIBUK UNTUK URUSAN DIRINYAKemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat –Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, Dan ibunya serta bapanya, Dan dari isteri serta anak-anaknya; kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja. (SURAH ‘ABASA: 33-37)
Sunday, December 1, 2013
MENCINTAI ALLAH
TANDA-TANDA ORANG YANG MENCINTAI ALLAH
(sambungan…..)
12.Takut dengan azab Allah.
13.Mengharap perjumpaan dengan Allah.
14.Berserah diri hanya kepada Allah.
15.Menepati janji kepada Allah.
16. Mengakui dan menghayati nikmat-nikmat Allah.
17. Sentiasa berhajat kepada pertolongan dan bantuan Allah.
(drp Al-Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyah)
(sambungan…..)
12.Takut dengan azab Allah.
13.Mengharap perjumpaan dengan Allah.
14.Berserah diri hanya kepada Allah.
15.Menepati janji kepada Allah.
16. Mengakui dan menghayati nikmat-nikmat Allah.
17. Sentiasa berhajat kepada pertolongan dan bantuan Allah.
(drp Al-Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyah)
Saturday, November 30, 2013
Getaran Jiwa - Keagungan CintaMu
Keagungn Cinta-Mu
Ya Rabbi, Ya Ilahi
betapakah agungnya
kasih sayang cinta-Mu
pada makhluk melata
di langit dan di bumi
serta di antara keduanya
tiada henti tiada putus.
Dikau limpahkan rahmat dan
hidayahMu di mana jua
tak kira rupa dan warna
pada siang pada malam
dalam susah dalam senang
jalan petunjuk dan hidayahMu
pada hati-hati manusia
agar tidak sesat tersasar.
Alangkah sayangnya!
tidak ramai yang memilikinya
anugerah sepanjang usia
nyawa dan kehidupan ini
bukanlah berjuta harganya
meskipun ia adalah sementara
untuk abdikan diri padaMu
dan berbuat kebaikan kepada manusia.
Di sana nanti belum pasti
hanya yang taat sabar setia
Dikau janjikan hidup damai sejahtera
dalam mahligai istana syurgaMu
kini, aku dan kami semua
megharap memohon meminta
nikmat abadi cinta-Mu
Dikau, Yang Maha Pengasih,
lagi Maha Penyayang,
Kelana Putra
Dungun
Rabu 19 Oktober 2011
22 Dzulkaedah 1432
Ya Rabbi, Ya Ilahi
betapakah agungnya
kasih sayang cinta-Mu
pada makhluk melata
di langit dan di bumi
serta di antara keduanya
tiada henti tiada putus.
Dikau limpahkan rahmat dan
hidayahMu di mana jua
tak kira rupa dan warna
pada siang pada malam
dalam susah dalam senang
jalan petunjuk dan hidayahMu
pada hati-hati manusia
agar tidak sesat tersasar.
Alangkah sayangnya!
tidak ramai yang memilikinya
anugerah sepanjang usia
nyawa dan kehidupan ini
bukanlah berjuta harganya
meskipun ia adalah sementara
untuk abdikan diri padaMu
dan berbuat kebaikan kepada manusia.
Di sana nanti belum pasti
hanya yang taat sabar setia
Dikau janjikan hidup damai sejahtera
dalam mahligai istana syurgaMu
kini, aku dan kami semua
megharap memohon meminta
nikmat abadi cinta-Mu
Dikau, Yang Maha Pengasih,
lagi Maha Penyayang,
Kelana Putra
Dungun
Rabu 19 Oktober 2011
22 Dzulkaedah 1432
Friday, November 29, 2013
MENCINTAI ALLAH
TANDA-TANDA ORANG YANG MENCINTAI ALLAH
1.Redha dengan segala ketentuan Allah.
2.Mencintai kebaikan dan sanggup melakukannya.
3.Taat kepada perintah kedua ibu bapa.
4.Melakukan amalan ahli syurga.
5.Membasahi lidah dengan zikir.
6.Menjauhi larangan-larangan Allah.
7.Takut dengan perbuatan yang haram.
8.Meninggalkan dosa-dosa besar dan menjauhi dosa-dosa kecil.
9.Menunaikan hak Allah dan hak hamba.
10.Mencintai dan mengamalkan sifat malu.
11.Istiqamah dan berpegang teguh pada jalan yang lurus.
1.Redha dengan segala ketentuan Allah.
2.Mencintai kebaikan dan sanggup melakukannya.
3.Taat kepada perintah kedua ibu bapa.
4.Melakukan amalan ahli syurga.
5.Membasahi lidah dengan zikir.
6.Menjauhi larangan-larangan Allah.
7.Takut dengan perbuatan yang haram.
8.Meninggalkan dosa-dosa besar dan menjauhi dosa-dosa kecil.
9.Menunaikan hak Allah dan hak hamba.
10.Mencintai dan mengamalkan sifat malu.
11.Istiqamah dan berpegang teguh pada jalan yang lurus.
(Rumusan drp; Al-Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyah: Cinta dan
Rindu Kepada Allah)
Subscribe to:
Posts (Atom)