181.Hendaklah kamu
menyempurnakan sukatan cupak-gantang, dan janganlah kamu menjadi golongan yang
merugikan orang lain. 182. Dan timbanglah dengan neraca yang betul
timbangannya. 183. “Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan
janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi”. (ASY-SYU’ARAA:
181-183)
Monday, October 8, 2012
Saturday, October 6, 2012
Perkasa Minda Hati Budi 4 - Iblis diusir dan menemima laknat Allah
NABI ADAM 2
Iblis
diusir dan menerima laknat hingga ke hari kiamat
32. Allah berfirman: “Hai
Iblis, mengapa engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?”.
33. Iblis menjawab: “Aku
tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang
kering, yang berasal dari tanah yang kental yang berubah warna dan baunya”.
34. Allah berfirman: “Kalau
demikian keluarah engkau daripadanya, sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa
depan adalah (satu makhluk yang) diusir.
35. Dan sesungguhnya engkau
ditimpa laknat terus menerus hingga ke hari kiamat”. (AL-HIJR: 32-34)
GETARAN JIWA C- SENYUM
SENYUM
Aku senyum
Engkau senyum
Dia senyum
merekapun senyum
semuanya senyum
hari-hari senyum
atau cuma tersenyum
senyum manis di bibir mesra
senyum mesra pancaran jiwa
senyum puas pancaran hati
senyum demi senyum
ada apa di balik senyum?
keseoranganpun senyum-senyum
merekapun senyum
semuanya senyum
hari-hari senyum
atau cuma tersenyum
senyum manis di bibir mesra
senyum mesra pancaran jiwa
senyum puas pancaran hati
senyum demi senyum
bukan gila bukan sasau
senyum itu sejuta maknq
senyum dan terus senyum
apakah nant
bila mati
kita masih senyum?
senyum itu sejuta maknq
senyum dan terus senyum
apakah nant
bila mati
kita masih senyum?
Kelana Putera
Dungun
6 Oktober 2011
20 Zulkaedah 1433.
Dungun
6 Oktober 2011
20 Zulkaedah 1433.
Friday, October 5, 2012
KISAH PARA RASUL - NABI IBRAHIM 5
NABI IBRAHIM 5
Kaumnya menyembah patung-patung berhala
Kaumnya menyembah patung-patung berhala
51. Dan demi sesungguhnya,
Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim sebelum itu jalan betulnya kepada
tauhid, dan Kami adalah mengetahui akan halnya. 52. Ketika ia berkata kepada
bapa dan kaumnya: “Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh
memujanya?. 53. Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu
menyembahnya”. (AL-ANBIYAA: 51-53)
Tuesday, October 2, 2012
RENUNGAN AL-QURAN 145 -NABI ADAM
NABI ADAM - 1
SEMUA MALAIKAT SUJUD KEPADA
ADAM MELAINKAN IBLIS
28. Dan (ingatkanlah
peristiwa) tatkala Tuhan mu berfirman kepada Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak
menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental
yang berubah warna dan baunya. 29.”Kemudian apabila Aku sempurnakan
kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah
kamu sujud kepadanya”. 30 (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah
sekelian Malaikat, semuanya sekali, 31. Melainkan Iblis; ia enggan turut
bersama mereka sujud. (AL-HIJR: 28-30)
Monday, October 1, 2012
PENAWAR BAGI HATI - SIFAT KIKIR
PENAWAR BAGI HATI
SIFAT TERKEJI/TERCELA 5 – KIKIR DAN KASIH AKAN HARTA
Ketahui olehmu bahawasanya asal bagi kikir (bakhil
kedekut) itu ialah kasih akan harta, dan ia kelakuan yang dicela. Dan bermula
mereka yang tiada baginya harta tiada nyata kikirnya dengan menahan daripada
umpama sedekah. Tetapi nyata ia dengan kasihnya akan harta, beberapa ramai
orang yang pemurah, tetapi kasih ia akan harta. Maka murah ia dengan memberikan
hartanya supaya dipuji akan dia dengan pemurah dan yang demikian itu dicela
juga pada syara’,kerana bahawasanya kasih akan harta itu melalaikan ia daripada
zikrullah.dan memalingkan ia akan hati kepada dunia, dan meneguhkan ia akan
sangkutannya dengan dunia hingga berat atasnya oleh hati yang padanya menjumpai Allah Taala.
KISAH PARA RASUL-NABI NUH 4
NABI NUH DAN KAUMNYA 4
Nabi
Nuh kecewa kerana kaumnya tidak mahu beriman
29.”Dan ketahuilah
wahai kaumku! Aku tidak minta kepada kamu sebarang harta benda sebagai upah
menyampaikan agama Allah itu, tiadalah aku harapkan upahku melainkan dari Allah
semata-mata dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (sebagaimana
yang kamu minta itu) kerana sesungguhnya mereka akan menemui Tuhan mereka (dan
pada hari itu mereka akan menuntut dan menerima hak masing-masing); tetapi aku
nampak kamu semua, kaum yang tidak mengetahui apa yang mesti diketahu! 30. Dan
lagi wahai kaumku! Siapakah yang akan menolongku dari azab Allah jika aku
menghalau mereka? Maka mengapa kamu tidak mahu ingatkan kekuasaan Allah?” (HUD:
29 – 30)
KISAH PARA TASUL - NABI NUH 3
NABI NUH DAN KAUMNYA 3
NABI NUH DIPERKECILKAN OLEH
KAUMNYA
27. Maka berkatalah
ketua-ketua kafir dari kaumnya: “Kami tidak memandangmu (wahai Nuh) melainkan
sebagai manusia seperti kami; dan kami tidak nampak golongan yang mengikutmu
melainkan orang-orang kami yang miskin hina, lagi berfikiran sangkat; dan kami
juga tidak memandang kamu (semua) mempunyai kelebihan yang mengatasi kami,
bahkan kami menganggap kamu orang-orang pendusta”. 28. Nuh berkata: “Wahai
kaumku! Jika keadaanku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, serta Ia
mengurniakan pangkat Nabi kepadaku dari sisi-Nya, kemudian bukti yang nyata itu
menjadi kabur pada pandangan kamu (disebabkan keingkaran kamu yang telah
sebati), maka adakah kamu Nampak ada gunanya Kami memaksa kamu menerima bukti
itu sedang kamu tidak suka kepadanya? (HUD; 27-28)
Subscribe to:
Posts (Atom)