Monday, October 1, 2012

PENAWAR BAGI HATI - SIFAT KIKIR

PENAWAR BAGI HATI
SIFAT  TERKEJI/TERCELA  5 –  KIKIR DAN KASIH AKAN HARTA
Ketahui olehmu bahawasanya asal bagi kikir (bakhil kedekut) itu ialah kasih akan harta, dan ia kelakuan yang dicela. Dan bermula mereka yang tiada baginya harta tiada nyata kikirnya dengan menahan daripada umpama sedekah. Tetapi nyata ia dengan kasihnya akan harta, beberapa ramai orang yang pemurah, tetapi kasih ia akan harta. Maka murah ia dengan memberikan hartanya supaya dipuji akan dia dengan pemurah dan yang demikian itu dicela juga pada syara’,kerana bahawasanya kasih akan harta itu melalaikan ia daripada zikrullah.dan memalingkan ia akan hati kepada dunia, dan meneguhkan ia akan sangkutannya dengan dunia hingga berat atasnya  oleh hati yang padanya menjumpai Allah Taala.

No comments:

Post a Comment