LOBA ATAS KATA-KATA
Manusia yang loba atas kata-kata,
banyak berbicara daripada berfikir,
terlajak perahu boleh ditarik,
terlajak kata buruk padahnya.
Berkata keji bermacam ragam,
ada yang suka mengumpat orang,
ada yang mencaci maki sesama sendiri,
ada yang memfitnah berkata dusta.
Kerana mulut dan lidah,
diri dibenci oleh manusia,
menambahka dosa-dosa,
kelak dibalas azab seksa.
Kalimat-kalimat yang baik,
bagaikan pohon-pohon,
kukuh, subur dan merimbun,
memberikan hasil sepanjang musim.
Kalimat-kalimat yang buruk,
bagaikan pohon-pohon,
buruk akarnya, layu dan mati
tiada hasil tidak berguna.
Untuk selamat dan mendapat rahmat,
eloklah manusia berkata bicara,
beri nasihat pengajaran beguna,
agar hidup menjadi bahagia.
Tiada kata yang lebih mulia,
Puji dan puja Tuhan Yang Maha Esa,
Zikir siang-malam, pagi-petang,
Baca Al-Quran petunjuk kehidupan.
Kelana Putra,
Dungun, Terengganu.
Ahad
8 Disember 2013.
Loba atas kata-kata adalah salah satu sifat terkeji yang dibenci oleh Allah Taala. Kata-kata yang berbentuk memfitnah, berdusta,
ReplyDeletemengumpat keji, mencerca, mengadu domba, dan lain-lain sesama manusia boleh membawa pelbagai akibat buruk dalam kehidupan dunia dan azab seksa pada hari akhirat.