Sunday, December 8, 2013

SIFAT TERKEJI (Mazmumah)

HASAD  DENGKI

Hasad dengki itu penyakit hati,
Bermula ia dengan dua manusia,
Habil dan Qabil yang sengketa,
Sampai berbunuhan akhirnya.

Hasad dengki permainan nafsu,
dari tak berpuas hati menjadi cemburu,
bila cemburu timbulah benci,
dari  benci membesarlah hasad dengki.

Nabi saw.  berpesan wasiat,
“Akan merayaplah penyakit,
Umat-umat terdahulu,
Ia itu penyakit hasad dan saling membenci”.

Hasad itu jelas nyata bila seseorang itu,
tidak senang dengan nikmat yang ada pada orang lain,
berusaha untuk menghapuskan nikmat itu,
ingin sekali nikmat itu berpindah kepada dirinya.

Andainya seseorang memiliki rasa hasad dengki,
dia akan berbuat apa sahaja untuk mencapai citanya,
pasti  ia mahu meninggikan dirinya,
tidak rela dan tidak redha apa yang ada miliknya.

Nabi Zakaria a.s. berkata;
Allah berfirman kepadaku;
“Orang yang hasad itu adalah musuh terhadap kenikmatan-Ku,
Marah terhadap keputusan-Ku dan
tidak rela terhadap pembahagian-Ku yang telah
Kubahagikan di antara hamba-hambaku”.

Hasad dengki  pasti akan,
merosakkan kebajikan dan kebaikan yang telah dilakukan
umpama api yang memakan kayu kayan,
atau api di dalam sekam…memamah diri seseorang.
tanpa sedar tiada kelihatan.

Dari itu baiklah selamat diri,
dari segala hasad dengki,
agar hati dan jiwa menjadi bersih,
kerana ia dilihat oleh Tuhan Yang Maha Suci.

Kelana Putra,
Dungun, Terengganu.
Isnin 9 Disember 2013.

 

 

 

 

1 comment:

  1. Hasad dengki ialah satu sifat tercela/keji yang akan merosakkan dan melenyapkan kebaikan dan kebajikan yang telah dilakukan oleh seseorang.

    ReplyDelete