Wednesday, December 11, 2013

SIFAT TERKEJI (Mazmumah)

TERAMAT KASIH AKAN DUNIA

Satu sifat yang dicela,
Ia terlalu kasih akan dunia,
mahu memiliki segala isinya,
emas, perak, intan dan segala macam.

Orang yang kasih akan dunia
begitu sibuk mencari dan memburunya
siang malam pagi petang,
terpedaya dengan tipu dayanya.

Atas nafsu rakus tamak haloba,
mereka tidak  peduli halal-haram,
yang utama adalah memiliki isi dunia,
bagi menyampaikan hajat diri.

Jika sudah menyintai akan dunia,
memang diri tidak mahu mati,
mahu hidup 1000 tahun lagi,
macam cerita Bani Israel.

Barang harus jadi ingatan,
dunia ini hanyalah dipinjamkan,
hidup sementara menunggu ajal,
tempat manusia mengumpul  bekal.

Hidup dunia ini semuanya cobaan ujian,
siapakah yang lebih beriman,
siapakah yang  banyak berbuat amal kebaikan,
siapakah yang taat atau derhaka kepada Tuhan.

Manusia telah diberi peringatan,
agar mencinta Allah dan RasulNya,
melebihi segala yang  lain,
Jika tidak tunggulah azab seksa akhirat.

Bukankan  manusia itu mudah diperdaya,
oleh perasaan amat kasih kepada dunia.
pada segala perhiasan dan keseronokan dunia,
namun semua itu boleh melalaikan.

Hidup dalam dunia ini,
engkau ambillah secukup seadanya,
dan jika engkau kaya harta
berderma dan bersedekahlah.

Kelana Putera,
Dungun, Terengganu.
Rabu 11. 12. 2013.

1 comment:

  1. Teramat kasih akan dunia dengan segala isinya menyebkan manusia lalai lupa dan mungkin menjadi hamba kepadanya.
    Datanglah sifat tamak haloba dan tidak mahu berpisah dari dunia...sedangkan ia adalah pinjaman dan sementara...fana' jua.

    ReplyDelete