Monday, December 9, 2013

SIFAT TERKEJI (Mazmumah)

5.BAKHIL

Kerana  terlalu kasih cinta,
akan harta bendanya,
seseorang itu boleh bersifat,
bakhil-kikir-kedekut.

Bahkil  itu satu sifat yang terkeji,
ia dibenci oleh Tuhan Yang Maha Pemurah,
harta benda itu adalah ujian kepada manusia,
ia boleh melalaikan dan bawa bencana.
Sesiapa yang terlalu mencintai harta benda,
emas, perak dan seumpamanya,
dikatakan menjadi hamba kepadanya,
melainkan jika dia berbelanja selayaknya.

Harta kekayaan yang banyak
boleh mengundang bencana kepada diri
bermegah-megah, sombong dan bangga diri,
Ia lebih mudah menyeru kepada kerja-kerja maksiat,
Ia mengutamakan yang seronok dan bersedap-sedap,
sehingga lalai lupa kepada Allah Yang Maha Esa.

Apabila seseorang itu telah mati,
malaikat  bertanyakan- apakah amalannya,
manusia pula bertanyakan- apakahharta kekayaan yang ditinggalkan,
Nabi saw. berkata:
“Celakalah hamba dirham!
Celakalah hamba!
Celakalah dan terpencil!
Jika ia kena duri (mendapat rintangan) ia tidak dikasihi!”

Kelana Putra,
Dungun, Terengganu.
Isnin 9 Disember 2013.

 

 

1 comment:

  1. Kasih sayang cinta terhadap harta benda dan kekayaan menyebabkan seseorang menjadi bakhil, kikir dan kedekut, sehingga semuanya itu menyebabkan ia lalai lupa dan berbuat maksiat dosa kepada Allah saw. Ia adalah satu sifat yang dicela.

    ReplyDelete