Tuesday, December 10, 2013

SIFAT TERKEJI (Mazmumah)

BERMEGAH-MEGAH

Ada orag bermegah akan dirinya,
bermegah dengan harta benda,
seperti Qarun yang kaya raya.
diseksa bersama dengan hartanya.

Ada yang bermegah dengan asal keturunan,
kerana  dia raja atau orang bangsawan,
hidup dalam istana bermewah-mewahan,
rakyat ramai mengangat membesarkan.

Ada orang bermegah dengan pangkat kedudukan,
memiliki kuasa dan mengumpul kekayaan,
suka   meninggi dan membangga  diri,
hidup sambong takabur di muka bumi.

Ada kemegahan yang tidak dicela,
kerana ia menerima kurnia Tuhannya,
untuk kesejahteraan hidup di dunia,
mengikut taat ajaran agama.

Kelana Putra,
Dungun, Terengganu.
Selasa 10 Disember 2013.

 

1 comment:

  1. Bermegah-megah - berbangga-bangga-sombong takabur ialah suatu sifat terkeji/cela yang dikutuk oleh Allah swt. Seseorang itu boleh bermegah-megah kerana harta kekayaannya, keturunannya,
    kedudukan, pangkat dan kedudukan yang amat tinggi pada mata manusia.

    ReplyDelete