Wednesday, December 5, 2012

Getaran Jiwan - Sendu

SENDU

Suatu masa nanti
aku merana merintih

berlagu tangis sendu
didakap keliru cemburu

kenangkan nasib diri
apakah aku untung

apakah aku rugi
hadir menumpang  di sini

hanya sekali
gelumang hitam putih

betapakah sukar perit
aku mengatur langkah

dari persimpangan dunia
aku  mesti  terus pergi

sendiri tanpa sesiapa di sisi
bersama aku hanya miliki

segenggam hati nurani
sebutir mutiara iman

setitis ilmu bercahaya
seraut  amal taqwa

bersama wajah mengharap
di perhimpunan maha besar

Dataran Mahsyar

 

Kelana Putra
Dungun

13 Januari 2012
Jumaat 20 Safar 1433

 

1 comment: