103. Katakanlah (wahai
Muhammad); “Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi
serugi-ruginya amal perbuatan? 104. “(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia
amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka
sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”. 105. Merekalah
orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengan-Nya; oleh itu
gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang
timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak. (AL-KAHFI:
103-105)
No comments:
Post a Comment