Wednesday, December 19, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 206-AKIDAH YG SATU

KESATUAN AKIDAH
KeimanaN atau akidah terhadap Allah Yang Maha Esa adalah asas pokok yang satu, tetap dan tidak berubah dari satu umat ke satu umat sejak dahulu hinggalah ke hari kiamat. Perkara ini terus kekal tetap melepasi perubahan zaman (masa) dan perbezaan tempat (ruang). Dalam tempoh yang panjang semenjak umat-umat terdahulu lagi, Allah SWT menurunkan Kitab-kitab-Nya dan mengutuskan semua Rasul-Nya hinngalah kepada umat yang terkemudian (umat mutakhir-umat Muhammad). Allah Taala berfirman:  
“Allah telah menerangkan kepada kamu-di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya-apa yang telah diperintahkan-Nya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: “Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dihekendaki-Nya untuk menerima agama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada agama-Nya itu sesiapa yang rujuk kembali kepada-Nya (dengan taat) (ASY-SYURA: 13)

1 comment:

  1. Allah Taala telah menetapkan akidah atau pokok keimanan yang satu kepada semua umat dan memerintahkan hukuman/syariat agama-Nya dengan menurunkan Kitab-kitab-Nya dan mewahyukan Rasul-rasul-Nya untuk diikuti oleh tiap-tiap umat tersebut.

    ReplyDelete