Allah Taala berfirman yang
bermaksud:
Wahai para hamba-Ku, sesungguhnya
Aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku jadikan kezaliman sebagai
suatu yang Aku haramkan di antara kamu; Oleh itu janganlah kamu saling
menzalimi.
Wahai para hamba-Ku, semua
orang daripada kamu adalah tersesat, melainkan orang yang Aku beri petunjuk.
Oleh itu mintalah petunjuk kepada-Ku, nescaya kamu akan Kuberikan petunjuk.
Wahai para hamba-Ku, semua
orang daripada kamu adalah lapar, melainkan orang yang Aku beri makan; Oleh itu
mintalah makanan kepada-Ku, nescaya kamu Kuberi makanan.
Wahai para hamba-Ku, semua
orang daripada kamu adalah telanjang, melainkan orang yang Aku beri pakaian; Oleh
itu mintalah pakaian kepada-Ku, nescaya kamun Kuberi pakaian.
Wahai para hamba-Ku,
sesungguhnya kamu berbuat dosa pada malam hari dan siang hari, sementara Aku
mengampunkan semua dosa kamu: Oleh itu mohonlah ampun kepada-Ku, nescaya
Kuampuni kamu.
Wahai para hamba-Ku,
janganlah sekali-kali kamu melakukan sesuatu kemudaratan yang dapat menimbulkan
mudarat bagi-Ku. Sekali-kali kamu juga tidak akan mampu melakukan suatu
kemanfaatan yang dapat menimbulkan manfaat bagi-Ku.
Wahai para hamba-Ku,
sekiranya kamu yang terdahulu dan yang terakhir daripada manusia dan jin semuanya
memiliki (hati sebagaimana) hati orang yang paling bertaqwa, maka hal itu tidak
akan menambah (keagungan) sedikitpun dalam kerajaan-Ku.
Wahai para hamba-Ku,
sekiranya kamu yang terdahulu dan yang terakhir daripada manusia dan jin
semuanya memiliki (hati sebagaimana) hati orang yang paling derhaka, maka hal
itu tidak akan mengurangi (keagungan) sedikitpun dalam kerajaan-Ku.
Wahai para hamba-Ku, jikalau
kamu yang terdahulu dan yang terakhir daripada manusia dan jin semuanya berdiri
di suatu tanah lapang, kemudian memohon kepada-Ku, lalu Kuberikan kepada setiap pemohon sesuai dengan
permohonannya, maka hal itu tidak akan mengurangi (sedikitpun) kekayaan yang
ada pada-Ku, melainkan seperti halnya air yang melekat pada sebatang jarum jika
jarum tersebut dicelupkan ke dalam lautan (lalu diangkat).
Wahai para hambaku,
sesungguhnya amalan kamu itulah yang akan Kuhisab, kemudian Aku memberi
balasannya secara sempurna. Maka sesiapa mendapat balasan yang baik, hendaklah
dia memuji Allah; dan siapa mendapat balasan yang buruk, janganlah sekali-kali
mencela, melainkan terhadap dirinya sendiri.
(Muslim meriwayatkan
daripada Sa’id bin Abdul Aziz, daripada Rabi’ah bin Yazid, daripada Abu Idris
al-Khaulani, daripada Abu Za r.a, daripada Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan
daripada Allah SWT dalam firmanNya…)
(Riwayat Muslim no. 2577)
No comments:
Post a Comment