Saturday, December 8, 2012

Getaran Jiwa - Muflis

MUFLIS
muflis dunia papa kedana
muflis wang harta kenalah gadai
muflis minda keringlah idea
muflis kata hilanglah bicara
muflis ilmu bodoh dungulah diri
muflis jiwa rasa kosonglah sentiasa
muflis cinta duduk sendirianlah sampai tua
muflis amal beratlah dosa
muflis di Mahsyar rugilah diri
muflis di hadapan Allah
keringlah air mata
deritalah diri selamanya

Kelana Putra
Mahligai-Cinta
Kuala Paka, Dungun
Sabtu 8 Disember 2012

1 comment:

  1. Apakah kita hanya bimbang kiranya menjadi muflis di dunia ini kerana hutang piutang wang dan harta kekayaan?

    ReplyDelete