Monday, December 24, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 208

MENYAHUT SERUAN ALLAH DAN RASUL

24. Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan Rasul-Nya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepada-Nya-lah kamu akan dihimpunkan. 25. Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya. (AL-ANFAAL: 24-25)

1 comment:

  1. Azab Allah tidak hanya akan menimpa orang-orang yang zalim semata-mata, bahkan terkena kepada seluruhnya kepada sesutu kaum atau golongan manusia.

    ReplyDelete