Saturday, December 15, 2012

MANUSIA SEBAGAI HAMBA ALLAH - 5

ERTI IMAN

Iman dari sudut istilahnya adalah membenarkan, mempercayai dan meyakini akan sesuatu dengan pasti dan  tiada sebarang perubahan dan pembatalannya disertai dengan kepatuhan yang sempurna. Oleh itu beriman kepada Allah swt. ringkasnya bermaksud mempercayai, meyakini dan membenarkan secara pastinya akan adanya (wujudnya) Allah Taala, keesaan dan kekuasaan-Nya, semua sifat dan kesempurnaan-Nya yang tiada batas.

Para ulama berbeza pendapat tentang hakikat iman yang sebenarnya.  Persoalannya adakah iman itu memiliki semua tiga komponen iman iaitu: (a) tasdik (membenarkan dengan hati), (b) ikrar (mengaku dengan lidah) dan (c) amal (melakukan dengan angota). Sebahagian ulama melihat hakiat iman yang sebenar-benarnya ialah tasdik mutlak iaitu menyakni, mempercayai dan membenarkan dengan hati semata-mata; tidak termasuk ikrar dan amal. Mereka beranggapan bahawa Ikrar dan amal hanyalah sebagai syarat kepada penyempurnaan iman dan tidaklah merupakan hakikat iman.

Pendapat ini lebih cenderung membezakan antara dua perkara iaitu iman dan amal. Iman itu adalah akidah (tauhid) dan amal perbuatan adalah syari’at. Keimanan diumpamakan sebagai pokok dan diatasnya berdiri syariat iatu cabang-cabangnya dan dari cadang-cabang itu pula keluarlah buah-buahnya itu segala amal-amal perbuatan.

No comments:

Post a Comment