213. Pada mulanya manusia
itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka
berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira
(kepada orang-orang beriman dengan balasan
Syurga), dan pemberi amaran (kepada orang-orang nyang ingkar dengan azab Neraka)
dan Allah menurunkan bersama-sama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang
(mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di
antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan. Dan sebenarnya tidak ada
yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada
mereka Kitab-kitab suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan
yang jelas nyata, mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri.
Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman kearah kebenaran
yang diperselisihkan oleh mereka (yang
derhaka itu), dengan izin-Nya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayah-Nya
kepada sesiapa yang dikehendakinya ke jalan yang betul lurus (menurut
undang-undang peraturan-Nya. (AL-BAQARAH: 213)
No comments:
Post a Comment