JANGANLAH BERANGAN-ANGAN
UNTUK MENJADI KAYA
Wahai orang miskin…!
Tinggalkanlah perkataan-perkataan yang tidak berguna bagimu. Tinggalkanlah
kefanatikan dalam bermazhab, dan sibukkanlah dirimu dengan sesuatu perbuatan
yang bermanfaat bagi dirimu di dunia mahupun di akhirat. Tidak lama lagi, kamu akan
melihat beritamu dan kamu akan melihat perkataanku. Kamu akan melihat ketika
engkau terluka sementara di kepalamu tidak ada topi waja yang akan melindungi
dirimu daripada kecederaan itu. Kosongkanlah hatimu daripada keinginan dan
godaan duniawi, kerana kamu akan dicabut daripadanya dalam waktu yang dekat.Janganlah
kamu memburu kesenangan hidup di dalamnya, kerana ia tidak tersisa di tanganmu.
Rasulullah saw. bersabda; “Kehidupan yang hakiki itu ialah kehidupan akhirat”.(Syaikh
Abdul Qadir Al-Jailani: Jumaat 8 Syawal 545H)
No comments:
Post a Comment