Friday, December 6, 2013

SIFAT-SIFAT TERKEJI (Mazmumah)

TAMAK LOBA ATAS MAKANAN

Tamak loba atas makanan,
dibenci  Tuhan Sekelian Alam,
ambilnya banyak kemudian dibuang,
itu semacam perangai binatang.

Kalau di majlis kenduri kendara,
nafsu selera begitu ghairah,
ambil lauk melimpah ruah,
lepas itu dibuang-buang.

Buang makanan bazirkan rezeki,
atas perasaan hasad dengki,
orang kemudian tak jumpa isi,
hanya tinggal tulang dan kaki.

Kalau tiba bulan Ramadhan,
semua benda rasa nak telan,
berbeli juadah tak cukup tangan,
lepas berbuka di sadai malam.

Kerana perut terlalu kenyang,
mata nantuk terus pejam,
solat wajib boleh melayang,
betapakah ruginya amalan malam.

Nabi saw. pernah bersabda,
rezeki yang berkat itu memang mencukupi,
makanan seorang cukup dimakan dua orang,
makanan dua orang cukup dimakan empat orang,

Allah Taala mengingatkan manusia,
makanlah kamu makanan yang halal dan baik,
makan yang haram melonggokkan dosa,
daging yang tumbuh disambar api neraka.

Makan memang untuk hidup,
bukan hidup untuk makan,
kalau makan 24 jam,
boleh sakit dan mati kerana makan
.
Kelana Putra,
Dungun, Terengganu.
Sabtu 7 Disember 2013.

 

 

1 comment:

  1. Tamak haloba atas makanan adalah salah satu sifat terkeji di sisi Allah Taala...kerana sifat ini membazir dan hanya mementing diri sendiri...ia diumpakan semacam sifat haiwan/binatang.

    ReplyDelete