8. Wahai orang-orang yang
beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan “Taubat Nasuha” mudah-mudahan
Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke
dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak
menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya
(iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah
kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang
munafik meraba-raba dalam gelap gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi
kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya engkau
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”. (AT-TAHRIIM; 8)
No comments:
Post a Comment