71.“Dan sesiapa yang
bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat
kepada Tuhannya dengan sebenar taubat; 72. Dan mereka (yang diredhai Allah itu
ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan
perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu
yang sia-sia mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. 73.
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi
peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk
mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta. 74. Dan mereka (yang
diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan
Kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami;
perkara-perkara yang menyukakan hati kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam
ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.75. Mereka itu semuanya akan
dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran
mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucap selamat di
dalamnya. 76. Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi
tempat penetapan dan tempat tinggal”. (Al-Furqan: 71-75)
No comments:
Post a Comment