ORANG YANG SEBENAR-BENAR
BERIMAN
15. Sesungguhnya yang sebenar-benar
beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila
diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan
diri sambil sujud (menandakan taat patuh) dan menggerakkan lidah dengan
bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong
takbur. 16. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur,
kerana mengerjakan solat tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa
kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan
perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaan-Nya); dan mereka selalu pula
mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. (AS-SAJDAH:
15-16)
No comments:
Post a Comment