Thursday, October 18, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 157 - PUAK KANAN

SYURGA 4
Puak kanan (Asohaa-bulyamiin)

27. Dan puak kanan, - alangkah bahagianya puak kanan itu? 28.Mereka bersenang-senang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. 29. Dan pohon-pohon pisang yang tersusun rapi buahnya, 30. Dan naungan yang tetap terbentang, 31. Dan air yang sentiasa mengalir, 32. Serta buah-buah yang banyak, 33. Yang tidak putus-putus, dan tidak pula terlarang mendapatkannya, 34. Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya. 35. Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. 36. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh); 37. Yang tetap mencintai jodohnya, serta sebaya umurnya.  38. (Semua itu diuntukkan) bagi puak kanan; 39. Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu. 40. Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian. (AL-WAAQI’AH: 27-40)

 

No comments:

Post a Comment