39. Dan kamu tidak akan
dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang telah kamu
kerjakan. 40. Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang SYIRIK.
41. Mereka itu memperoleh limpah kurnia yang termaklum. 42. Iaitu buah-buahan (yang
lazat), serta mereka mendapat penghormatan, 43. Di dalam Syurga-syurga yang
penuh melimpah dengan berbagai jenis nikmat, 44. Mereka duduk berhadap-hadapan
di atas pelamin-pelamin kebesaran; 45. Diedarkan kepada mereka piala yang
berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir, 46. Minuman itu putih
bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya, 47. Ia tidak
mengandungi sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka mabuk kerana
menikmatinya. 48. Sedang di sisi mereka pula ada bidadari-bidadari yang tidak
menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi amat indah luas matanya;
49. (Putih kekuningaan) seolah-olah mereka telur (burung keswari) yang
tersimpan dengan sebaik-baiknya. 50. (Tinggallah penduduk Syurga itu menikmati
kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil bebincang dan
bertanya-tanyaan. (AS-SAAFFAAT: 39-50)
Penghuni Syurga diberikan dengan pelbagai nikmat sebagai balasan Allah SWT.
ReplyDelete