Salam
perkenalan buat sahabat
salam rindu
buat kekasih
salam cinta
buat penagih cinta
salam hormat buat yang tua
salam sayang
buat yang muda
salam mesra
kasih buat ayah bonda
salam si
Jebat buat si Tuah
salam rakyat
buat pemimpin
salam
durhaka buat yang zalim
salam azab
sengsara buat yang ingkar durhaka
salam Jahanam buat yang kafir fasik munafik
salam sejahtera buat Nabi dan Rasul
salam
malakul-maut buat yang akan dicabut nyawa
salam
berbahagia buat yang beriman taqwa
Salam
sejahtera abadi gembira buat ahli-ahli Srurga
“Selamat
datang wahai wali-ur-rahman”
Salamku
buatmu wahai sekelian mukmin
Kelana Putra
Mahligai-Cinta
Kuala Terengganu
31 Oktober 2012
Rabu 15 Dzulhijjah 1433
No comments:
Post a Comment