Wednesday, October 30, 2013

SYURGA YANG PENUH NIKMAT BERKEKALAN

NIKMAT SYURGA YANG DITERANG DALAM SURAH AR-RAHMAAN
Dalam Surah Ar-Rahmaan, Allah SWT telah berfirman dengan menerangkan pelbagai nikmat yang dikurniakan di dalam Syurga-syurganya (bermula dari ayat 46 hingglah ayat 76). Antara perkara-perkara nikmat syurga yang diterangkan ialah seperti berikut:
“Dan orang-orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya) disediakan baginya dua Syurga. (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua mataair yang mengalir; Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hampatan yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya-dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik. Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin. Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik-melainkan balasan yang baik juga? Selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat kedua); Kedua-duanya menghijau subur tanamannya; Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya; Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima, Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya; Iaitu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing. (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah”.
Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Maha Sucilah Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. (AR-RAHMAN; 78)

1 comment:

  1. Allah SWT menjanjikan syurga-syurgaNya sebagai balasan kepada semua orang yang beriman, beramal soleh dan betakwa dengan penuh ikhlas, sabar dan patuh taat serta setia. Di dalam syurga-syurga itu mereka dianugerahkan dengan berbagai nikmat kesenangan dan sejahtera yang tidak ada tolok bandingnya.Inilah nikmat syurga yang telah Allah janjikan.

    ReplyDelete