Sesungguhnya Neraka
Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar, Yang menjadi amaran
bagi umat manusia. (Ia itu) bagi sessiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam
mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakanya). Tiap-tiap
diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang
dikerjakannya. Kecuali puak Kanan,. (Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang
penuh nikmat), mereka bertanya-tanya, Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah,
(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata); Apakah yang menyebabkan
kamu masuk ke dalam (Neraka) Saqar?” Orang-orang yang bersalah itu menjawab; “Kami
tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat; Dan kami
tidak pernah memberi makan orang-orang
miskin; Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang
salah, bersama-sama orang yang memperkatakannya. Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,
Sehingga kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini”. Maka tidak akan
berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan
ada) sesiapa yang boleh memberikan
syafaat itu. (AL-MUDDATHTHIR; ..35-48)
No comments:
Post a Comment