SYAITAN ADALAH
SEJAHAT-JAHAT TEMAN
36. Dan sesiapa yang
tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha
Pemurah, Kami adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu
menjadilah Syaitan itu temanya yang tidak renggang daripadanya. 37. Dan
sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang
benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah
petunjuk. 38. Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang
kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): “Alangkah
baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu
sejauh timur dengan barat! Kerana
(engkau) adalah sejahat-jahat teman”. (AZ-ZUKHRUF: (36-38)
Musuh manusia yang paling jahat ialah syaitan...
ReplyDelete