Thursday, October 3, 2013

ADAM DIMUSUHI IBLIS

IBLIS ENGGAN SUJUD KEPADA ADAM

30. (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudah sekelian Malaikat, semuanya sekali,  31. Melainkan Iblis ; ia enggan turut bersama mereka yang sujud. 32. Allah berfirman: “Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?” 33. Iblis menjawab: “Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah yang kering yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya”. 34.Allah berfirman: “Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan (adalah satu  makhluk yang) diusir”. 35. “Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus menerus hingga ke hari kiamat”. (AL-HIJR: 30-35)

 

1 comment:

  1. Iblis memusuhi Adam sejak awal permulaan lagi apabila ia enggan sujud kepada Adam walaupun mendapat perintah Allah SWT. Iblis merasakan dirinya lebih baik dan lebih mulia kerana ia berasal daripada api, sedangkan Adam berasal daripada tanah. Keengganan Iblis menyebabakan ia diusir dan menerima laknat dari Allah hinggalah ke hari kiamat. Dari itu bermulalah dendam dan permuhaan Iblis (bersama keturunannya) terhadap Adam dan seluruh ziriat keturunan umat manusia.

    ReplyDelete